Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 26, 2011

Kartun Utusan memperlekehkan Hukum Hudud Allah! Dah kaffir ke korang?


Kalau ya pun korang takde niat dan hasrat nak menegakkan Hukum Hudud Allahu Ta'ala sebab korang memang dah takde sedikit pun semangat kelelakian dan kemantapan akidah sebagai Muslim sejati, tak usahlah hendak melampaui Kaffir Harami Laknatullah didalam mempersendakan Agama Islam kita!!!!


Memang kurang ajar barangsiapa yang melukis kartun ini dan mempersendakan Hukum Hudud Allahu Ta'ala!


Utusan Malaysia harus bertaubat dan meminta maaf secara terbuka kerana menghina Hukum Hudud Allah Subhanahu Wa Ta'ala!


Hukum Hudud ni bukan ciptaan Nik Aziz yang kamu nak mempersendakan ia!


Mahaguru58 minta supaya Utusan Malaysia menarik balik kartun ini dan sipelukis kartun serta Ketua Pengarang meminta maaf kepada seluruh umat Islam secara terbuka di muka hadapan akhbar ini didalam tempoh 48 jam atau akan saya susuli dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi!


Jangan main main dengan Islam!!!


Korang ni dah kaffir ke???? @#$%^&!!!!

17 comments:

badtamperman said...

Hati-hati dalam mengkafirkan orang lain.

MAHAGURU58 said...

Muslim macam mana yang sanggup mempersendakan Hukum Hudud Allah wahai pengkomen halimunan?

Muslim jenis apa???

Bukankah gugur keislaman sesiapa yang menghina Hukum Agama nya sendiri???

Setakat nak tegor secara anonymous tak payah lah!

Jangan lempar batu sembunyi tangan beb!

Berani kerana benar!!!!

Dr Rita Coolidge said...

kartun itu bukan lah mempersenda agama ALLAH..'
kartun itu mempersenda puak2 MUNAFIK laknatullah kerana sanggup mempersenda HUDUD utk tujuan sempit politik duniawi...
mereka ini selama 50 thn mempersenda dan mempermainkan agama ALLAH utk kepentingan duniawi..!

Anonymous said...

SabarAji, kita faham marah aji tu mcm mana, dgn pulak dgn penindasan secara halus terhapislam skrg ni sgt berluasa, tapi aji, kita bole berhujah lebih bijaksana, memang salah Aji, main kartun,lepas tu perkataan hudud, tu diulang -ulang. seolah hukum Allah boleh dipersendakan dengan sewenangnya.. saya setu ju ini salah, tapi bab mengkafir ni kafiri org islam ni, well aji...????i takde tauliah dan ilmu yg boleh saya hujahkan dgn nas atau hadith...

tapi Aji, kita kena tanya bagaimana kesilapan seorang muslim yg dipunyai oleh muslim boleh melakukan kesilapan secara tak sedar atau sedar ini..
mengapa keadaan terlalu kondusif sehinggakan org islam menjadi semakin sesat ilmu hudud ini dan membenarkan ianya dipermainkan?

Aji, laungan Hudud yg di wacanakan yg selalunya sebelum pilihanraya ini sudah dianggap muslim Melayu sebagai satu gimmick? atau satu hak yg mutlak?

jika ianya mutlak, pernakah ahli kaji agama, ulamak, pemegang ilmu-ilmu Allah cuba menerangkan secara jelas akan apa sebenarnya itu hudud dlm konteks masyakat kita sekarang? dimanakah titik relevannya? pernakah ada satu precedent yg menyokong hujah Hudud dan dimakah konsep keadilan Insaniah bukan kemanusiaan yg termaktu dlm quran dan hadith? MENGAPA ORG MCM SAYA MENJADI LEBIH CONFUSE, DAN LEBIH SESAT AKAN KEFAHAM HUDUD INI.

kerana hudud yg kita dgr dari Ulamak politik ini hanya sula sana, rejam sini, pancung situ, cincang sini, rejam batu, sebat 100 kali.....This scary and does do justice for ISLAM...

what about the recent Murtad issue how hudud govern this, and what is the essence in insaniah, and ofcourse humanity. What about the Video issue and the sumpah there and sumpah here? how does Hudud govern CCTV and other forms of evidence like dna sample...coz Mat sabu and Tok ajis told me you need 4 saksi, and they have to be muslim, bebas dosa besar, adil,etc...there must be a link with hudud but where and how?

what about kartika issue? was not that is hudud sort of punishment? if it was and the lady wants it to be ...why didnt we create the precedent??? it should have some enlightmet to it, and the scholars of the highest degree is shutting their, eyes, mouth,ears and heart shut....
IT IS FORM NOT SUBSTANCE FOR NOW..
Dont you get it the serban yielding people ( which not all) is making it into a big JOKE, not this naieve and sesat cartoonist editor that need to be reason instead of judge.

Saya hanya bercakap melalui ilmu saya yg dengkel dan bodoh ini, cuma, saya rasa sudah masa kita ikut cara Arwah Ahmad Deedat, THE POWER OF REASONING, INSTEAD OF JUDGEMENTAL.

The power of comparative learning and religion and system, which inturn will benefit in the long term and a better approach in accordance with Islam and a peace ful religion..

you still command my respect..maaf kalau tersilap kata dan tersalah eja.

Salam semua (R)... said...

Salam seperjuangan...

Rendahnya moral mereka yang menyiarkan karton ini. Teramat sedih bila hukum Allah dipersendakan oleh orang Islam sendiri.

Kalaupun nak menyampaikan mesej melalui karton, gunalah perkataan atau tema yang sesuai. Jangan sampai orang Islam mentertawakan kita dek kebodohan kita sendiri.

Apa-apapun saya setuju dengan mamu. Tapi, tidak perlulah sampai mengkafirkan orang lain kerana itu tidak akan meredakan keadaan.

Kepada mereka yang berkepentingan perlulah segera memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel ini.

Wassalam.

lordapes said...

IMHO, kartun tu memaparkan nik aziz "mendendangkan" lagu yang sama sebelum setiap PRU iaitu "lagu hudud". Bukannya niat si kartunis untuk melekehkan hukum Allah.

Rojak Punya said...

jangan sesekali benci hukum hudud. para blogger yang beragama Islam sekelian jangan takut untuk post entri pasal hudud di blog sendiri sebagai tanda menyokong hukum Allah undang-undang yang tiada cacat cela.

MAHAGURU58 said...

Jawapan saya kepada semua dalam artikel seterusnya. Saya nasihatkan setiap Melayu yang mengaku beriman dengan Allah dan 'reti bahasa' supaya menajamkan akal masing masing berasaskan ilmu kefahaman membaca dan memahami konteks artikel saya dan buka mata seluas mungkin untuk menyedari bahawa saya sedang MENYOAL ??? mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan BUKANNYA membuat tuduhan atau KENYATAAN!!!

Harap saudara saudari sidang pembaca faham hakikat ini dan tidak semberono melatah dan membuat sebarang kesimpulan.

Ini baru mukadimah. Belum selesai lagi.

Pengundi Baharu said...

HUDUD PAS dengan HUDUD ALLAH. Aku pilih HUDUD ALLAH! PAS tipu Ummat Melayu dengan HUDUD mereka. Nauzubillahiminzalik!

farul_izraf said...

Lagu ni untuk PAS ibarat lagu Dendang Perantau untuk kita..Dimainkan bersebab, saya tak terkejut kiranya lepas ni Nik Aziz berpeluk sakan dengan Karpal Singh dan mengatakan hal ini telah diselesaikan secara perbincangan..Skrip lama, orang suma dah tau..

Bab kartun ni saya pembaca tegar UM pun rasa kurang selesa..

nFx said...

Kenapa perkara tersebut boleh berlaku :

1) Ulama + Professional tidak sependapat dan banyak mengeluarkan perkara-perkara yang tidak dihurai dengan habis dan meletakkan kotak pertanyaan kepada muda-mudi

2) Umat Islam sendiri berpecah..cuba kita lihat sekarang, dimalaysia terdapat 4 percaturan untuk menegakkan islam : PAS, UMNO, PKR, KHILAFAH ....keempat-empat adalah sebuah organisasi besar tetapi sayang, masing-masing mempunyai agenda sendiri dan tidak sependapat. mereka mengeluarkan fatwa yang bermcm jenis sehingga umat islam sekarang banyak yang keliru...keliru dalam memilih pejuang islam sebenar.

Maaf jika ada terlanjur perkataan & tersalah kata.

nFx
http://noframex.blogspot.com

Kami Menyokong Kepimpinan Ulama said...

Hakikatnya Utusan sememangnya berniat menghina hukum Hudud. Bukan saja kerana berbeza pemahaman politik tetapi sememangnya mereka menolak pelaksanaan hukum hudud.
Najib Razak telah membuat ucapan bahawa "Barisan Nasional tidak akan laksanakan hudud kerana kita perlu realitistik". Adakah Najib Razak mahu katakan hukum Hudud tidak relevan?

OBEE said...

Salamuialaikum bro, meman depa ni antara telinga tak ada apa. Kalu pun berbeza pendapat politik yang hak Allah tentu lah hak Allah yang pi dok sentuh perkara itu pasai apa. Tapi bro bukan kah perkara macam ni yang dibuat oleh akhbar kepunyaan orang Islam ni satu tanda kecil khiamat hampir tiba? Semoga Allah buka mata dan otak mereka@#$%^&*()

baduk said...

Hudud Pas, hudud Allah..pilih hudud Allah..habis,bila nak laksanakan tu?sampai pandai pakai tudung dulu ker?..Pas x pernah cakap pun hudud miliknya..dan mahaguru x mengkafirkan pun..just tanya,dah kafir ke korang?

carlos said...

Personally, saya tak nampak dimasa hadapan negara ini mampu melaksanakan hudud dalam masyarakat majmuk.
Kuasa bukan pada kita sepenuhnya. Kita kongsi kuasa sebenarnya.

Dulu PAS kata UMNO.
sekarang PAS dalam situasi sama ketepikan hudud, tapi PAS masih kata UMNO.

inilah realiti - idea fantasi.
Tapi PAS membayangkan seolah-olah ianya bukan fantasi.
Majoriti Bumiputera hanya 64% , Islam hanya lebihkurang 50%. Kita nak cerita apa?
Ekonomi siapa pegang? Ekonomi Islam berapa peratus?

Cakap memang senang. Kalau macam ni, penduduk Islam kat UK atau US pun boleh canang nak buat hudud.
Persoalan saya sekarang ialah keikhlasan PAS. Dah berpuluh tahun bertapak, tapi masih tidak boleh membayangkan apa itu hudud dengan jelas dan total. Tiba-tiba baru sibuk nak bermuzakarah selepas 3 tahun berpakat dengan DAP.
Dulu kata nak tarbiyah DAP. Tapi kelmarin kena jerkah dengan DAP.

carlos said...

Nak tambah sikit.

Kalau bab mempersendakan hukum Allah, Ini jatuh kepada PAS kerana mempergunakan hudud untuk tujuan politik sahaja. Dan kita tahu, setelah sekian lama, tidak ada apa yang dilakukan PAS untuk memperkembangkan hukum ini.
Mungkin ini yang digambarkan oleh kartun itu.
btw
Pakistan, Yaman, Afgan, Sudan, Saudi etc pun laksana "hudud", tapi samakah antara mereka?
Apakah Malaysia versi yang sama?

Wallahualam.

abu idris said...

arrayah.info - Konferens Negara Islam - Dunia Menuju Khilafah