Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 13, 2011

Kelesuan Pemerintah BN menangani isu isu semasa menghakis keyakinan

Ada seorang penyokong tegar Pakatan (PEMBANGKANG*) yang halimunan @ hamsor menghantar komen pada saya menyatakan pandangan beliau bahawa pada hemat beliau saya seolah sudah penat menulis tentang hal ehwal politik semasa terutama mengambil sikap berdiam diri dari membela BN seperti kelaziman blogger2 hardcore pro BN yang lain.


Sebenarnya ada juga sedikit kebenaran pada tanggapan 'hamsor' kerana saya sebenarnya memilih untuk menghormati Ramadhan nan lalu dengan tidak menyentuh sangat bab bab politik nasional selama bulan puasa. 


Barangsiapa yang baginya Ramadhan tidak menyaksikan ia berubah sikap dan menghayati amal ibadah puasa demi Allahu Ta'ala hanya menempah tempatnya bersama sama mereka yang lagha dari menerima hasil dari ibadahnya itu bagaikan nelayan pergi menjala tetapi pukatnya bocor.


Nak menulis memberikan pendapat berdasarkan pergolakan emosi saya menyaksikan kelesuan pihak pemerintah Kerajaan BN Malaysia didalam menangani isu isu semasa tidak akan membantu menyelesaikan apa apa.


Sudah acapkali saya menulis menegur Ketua Agama Islam negara agar bersuara mengambil tindakan tegas keatas mereka yang sudah melampau didalam perkara perkara yang melibatkan kesyumulan Ad Deen kita.


Hasilnya? Tiada!


Perlukah saya membuang masa dan tenaga saya menulis, menyuarakan luahan hati saya kepada pihak yang bagaikan pekak, bisu dan buta terhadap semua ini?


Tak payah lah! Lebih baik saya menumpukan perhatian pada soal soal mencari rezeki saya dan soal profesyen saya didalam bidang akademik.


Begitu juga tidak ada gunanya menulis berterusan menegur pemerintah Kerajaan Persekutuan yang seolah sama penyakit mereka dengan Ketua Agama Islam.


Albert Einstein merumuskan bahawa adalah kerja gila melakukan sesuatu yang sama berulang ulang tetapi mengharapkan hasil yang berlainan?



Makanya saya mengambil keputusan akan menulis hanya bila perlu dan mengenai perkara perkara yang akan ada manfaat kepada diri kita sahaja.


PRU ke13 bakal menyaksikan perubahan drastik politik negara kerana rakyat seharusnya sudah boleh mempertimbangkan yang mana pemimpin cakap serupa bikin dan yang mana hanya gemar beretorik?


Mana mana pemimpin negara yang tidak berani menegakkan undang undang yang sedia ada dan cuma berani memberi amaran demi amaran yang tak mengganggu gugat mereka yang terang terangan melanggar norma norma tatasusila kehidupan kita rakyat Malaysia sekian lama ini sudah pasti akan terima natijahnya nanti angkara kegagalan mereka untuk menguatkuasakan peraturan peraturan negara.


Perjuangan saya sekian lama ini baik didalam dunia Dakwah al Islamiyyah mahupun didalam laman blog adalah demi Allah dan Islam. 


Saya tidak rela diperintah oleh sesiapa yang tidak mendaulatkan Syariat Islam kerana bila meninggal dunia kelak, saya dan anda sekelian akan berhadapan para malaikat malaikat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bukan mana mana manusia pun!

إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ


Innas solati wanusuki ; wamah yaya wamamati lillah hi rabbil alamin!

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam!

Insya Allah!


* Terimakasih hamsor kerna memperingatkan saya. :)

1 comment:

hamsor said...

Assalamualaikum Bro..

1) Tergelak hati kecil saya bila bro meng'alamat'kan saya sebagai penyokong tegar pakatan rakyat. Dan hairan jugak saya kerana bro telah menggunakan perkataan "pakatan rakyat" yang tiada dalam kamus bro..bo dah iktiraf PR ke apa? hehe

2) Bro adalah orang kedua yang saya 'ignite' untuk mendapatkan jawapan. Orang pertama ialah Dato A Kadir Jasin.

3) Bro..memang matlamat semua orang Islam adalah sama. Tetapi disebabkan pemerintah yang ada sekarang ini sudah syok didodoi selama 54 tahun, maka sesuatu yang salah pon dikatakan benar 'to gain political mileage'. Pekara ini berlaku juga kepada komponen dalam Pakatan Rakyat, mungkin dgn pendekatan yang berbeza.

4) Dalam hal ini saya pernah terbaca, jikalau tiada pilihan yang terbaik, pilih sahaja yang terbaik diantara yang 'busuk' itu. Ialah buah durian yang dimakan ulat/tupai, kekadang bukan semua ulas durian itu busuk/rosak kan? Juga kata sesetengah orang, durian yang dimakan tupai gerenti sedap punya walaupun sudah rosak sedikit isinya!

5) Masa zaman Mahathir, kita dapati Mahathir adalah seorang yang sangat zalim dan menghina Islam. Sekarang rasa macam lebih elok lagi pemerintahan Mahathir. tapi dia juga berkata, UMNO sudah busuk hingga ke usus, tanpa disedari yang busuk itu bermula pada zaman permerintahannya lagi. Apa lagi pilihan yang ada?

5)Kehakiman dalam Islam adalah yang paling adil. Dalam isu ini, dapat lihat bagaimana kerajaan skrg menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menafikan keadilan kepada sesiapa yang difikirkan menjadi ancaman kepada kerajaan BN.

6) Dalam menilai sesuatu, perlu mendapat pandangan kedua pihak. Apa yang belaku skrg ini ialah pandangan satu pihak sahaja di utamakan dan dicanang lalu wajib di terima oleh rakyat walaupun pandangan itu boleh dipetikaikan. Tetapi apa2 perkara yang kerajaan cuba sorokkan oleh kerajaan dengan mudah boleh didapati dalam internet.

akan disambung..