Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 21, 2011

Khazanah artefak sejarah bumi Melaka sedang dilelong ke ejen2 Singapura?

Teramat sakit lah hati ini membaca laporan The Star bahawa barang2 purba dan khazanah artefak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka dan era penjajahan Portugis serta Belanda sedang dicari gali dan dijual kepada ejen ejen pengumpul barangan antik Singapura!


Apakejadahnya yang sedang dibuat Kerajaan Melaka? Masih dok nganga lagi ke?
Bukankah menjadi satu kesalahan dan jenayah besar menjual barangan artefak sedemikian?


Sepatutnya Perbadanan Muzium Melaka sudah mengepung dan mengawal tempat dimana khazanah purba itu dijumpai dikawasan tebing Sungai Melaka sejak awal lagi?


Ini nak tunggu pecah berita kat suratkhabar baru hendak buka mata?


Macamanalah negara ini hendak maju?


Yang dok ada semua lembab gila! Memang dah nasib bumi Melaka bertuankan mereka yang cuma bagai melepaskan batuk ditangga.


Buat kerja halai balai. Tak sungguh sungguh.


Bumi Melaka bumi bertuah. Cuma pentadbirnya bagaikan Pak Kadok.



Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk!


Sudah terkenal seantero dunia bahawa bumi Melaka adalah tempat berdagang. Sepanjang Sungai Melaka itu, jika dicari gali pasti akan terjumpa segala macam khazanah silam didalam pelbagai rupa dan bentuk. 


Namun Kerajaan Negeri Melaka tak sadar diri di untung. Usahakanlah memulihara khazanah harta purba ini supaya dapat dijadikan tarikan pelancungan ke negeri bersejarah ini.


Muzium2 kat Melaka memang banyak tetapi sistem dan cara pentadbirannya bagaikan hangat hangat tahi ayam.


Sindrom makan gaji dengan kerajaan masih menular dikalangan kakitangan yang ada. Tak ada semangat cintakan khazanah negeri didalam hati dan jiwa petugas2 yang ada.


Sudah sering saya suarakan supaya muzium muzium di Melaka dihidupkan dengan acara acara yang melibatkan kumpulan2 teater dan seni budaya Melayu lama.


Dari membiarkan hanya patung2 'mannequin' mengumpul habuk di replika Istana Kesultanan Melaka, kan lebih baik dibuka peluang kepada kumpulan2 teater bangsawan tempatan mempersembahkan adat istiadat Melaka lama. 






Naikkan lah bayaran masuk dari RM2.00 ke RM8.00 atau RM10.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak kanak) untuk menyaksikan persembahan itu.


Sekurang kurangnya akan hiduplah kembali suasana zaman Kesultanan Melayu Melaka dinegeri bertuah itu walau cuma persembahan teater bangsawan dari keadaan sekarang ini. Hidup segan ; mati tak mahu.


Aktivis aktivis teater dan seni tanahair akan mendapat peluang meneruskan usaha mereka disamping dapat menjana pertumbuhan ekonomi dari segi aktiviti pelancungan dan membuka ruang dan peluang kepada pelbagai cabang seni Melayu tanahair yang lain.


Kumpulan kumpulan seni perguruan persilatan Melayu dan juga industri kraftangan Melayu akan mendapat tempias dari cadangan program pelancungan yang saya utarakan ini!


Usahakanlah untuk mendakwa para pencuri dan penjual khazanah2 Melaka ini dan jagalah supaya harta negara tak habis dirampok orang!


Hendak seribu daya tuan puan! Mahu tak mahu saja!



2 comments:

SangGuna said...

Salam bro,
Memang byk terjumpa barang antik mcm syiling2 lama dan sebagainya, tengok aje kedai2 antik yg ada kat jonker street semua ca ya nun alif yg pegang.
bro kalau nak tau org yg selalu jumpa barang2 antik ni adalah nelayan, nelayan dari ujong pasir sampai ke tanjung kling atau pun pantai kundur byk yg terjumpa tembikar lama yg tersangkut kat jaring ada nelayan kat tempat saya pernah tunjukkan saya pedang lama yg berteritip sarung dia, mata dia pun dah terhakis makan karat.
tak tahule kita dari zaman mana sebab kita bukan dlm bidang ni.
Pihak muzium sepatutnya memberi tawaran yg menarik pada golongan ni, ialah dari dijual kat jonker street dgn harga yg tak seberapa.
blm pernah sekali pun jumpa ada kapal atau pun bot dari perbadan muzium buat ekpedisi mencari harta karun kat pantai tempat saya padahal nelayan2 kat situ dah blh dikatakan kerap jumpa berbagai2 barang lama.
Bro bagus jugak bro kacau sikit pemimpin kat melaka ni, diorang ni dah rasa terlalu selesa sgt diorang tak sedau org2 melaka terutama yg muda2 tengah perhatikan aje tingkah laku sorang2.

shakafulaizer... said...

This is the most heartbreaking news that i have read in recent time. How could the authorities keep a blind eye or waiting to react on this issue? I guess even the Chief Minister is not aware of such incident at the time of press...his comrades semua TIDOR KOTTT....

Well, any artifacts unearthed belongs to the country, simple as that. A country's history must be preserved at all cost and any findings of historical substance automatically falls into this category.Don't the authorities know that these coins signify the glory days of Malacca.

I read(STAR) that some guy now wants to embark on a fund raising drive to save these precious findings. It aint gonna be that easy babe... By now these coins would have attracted worldwide attention. Remember Malacca City center has been accorded an UNESCO World Heritage Site status since 7 July 2008.

Even the Portugese Museam might want to get their hands on some of these items if available in the trading market...

Museam Negara?...i'm curios to know their view on this. we will have to wait for that i guess...

The Malay saying 'nasi sudah jadi bubur" certainly applies here.

To me, the guy (Rafi) involved in the trade should be charged for treason coz,on top of not informing the authorities, he has the guts to trade it for personal gains.

Certainly a slap on the face for the authorities when he says; Read (STAR) "Rafi said he was only armed with a ladle and hoe for his search, adding that although the relevant authorities “were aware of the find, nobody had stopped them from digging. I know we should not sell these items but the offer is too tempting,” he said.

what a joke....