Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, September 03, 2011

Khurafat Stesen2 TV di Aidil Fitri semakin menggila sepanjang Syawal ini!!!

Assalamualaikum.


Adakah tuan puan sesama Muslim dengan saya, sedar akan kecenderungan pihak media terutamanya stesen stesen TV baik RTM (TV1, TV2), TV3, Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis(106) NTV7, 8TV, TV9 dan segala apa sahaja asyik bersaing sesama sendiri untuk menayangkan program program yang sebenarnya lebih banyak memusnahkan pahala pahala hasil dari sebulan beribadah sepanjang Ramadhan dengan kegilaan stesen stesen berkenaan untuk berpesta pora sepanjang Syawal?


Saya jadi pelik kenapakah tak ada sebarang pencegahan oleh pihak berkuasa agama untuk membanteras maksiat mata dan telinga serta pemerkosaan minda yang dilakukan oleh stesen stesen media tv haprak negara ini?


RTM adalah stesen tv kerajaan Malaysia tetapi para pengacara tvnya masih jahil tahap gaban terus muncul dengan fesyen rambut rambut karan mereka terdedah kepada pandangan seluruh negara.


Menteri Penerangan memang tak akan mampu berbuat apa sebab orang rumahnya pun rambut sama terdedah macam jambul singa Afrika!


Jadi Tok Mamu memang dah lama 'give up' nak tengok perubahan dari situ.


Sama juga dengan menaruh sebarang harapan dari JPM. Hak tu pun kena penyakit yang sama. Dia termasuk kes silap buka mulut, kena jerkah dengan hak 'sama spesis' macam singa Afrika kot belah situ.


Nak harap 'Ketua Agama Islam' Negara bersuara tentang bab maksiat dan khurafat dari siaran siaran stesen tv negara ibarat menunggu kucing bertanduk.


Jangan dok haraplah pula sekelian 'ulamak ulamak' dalam negara bersuara tentang bab ini sebab masing masing dok ghairah nak muncul dalam 'forum forum' perdana anjuran stesen stesen tv berkenaan?


Silap 'sound' sorru miss atau takde peluang le 'muka' nak keluar kot tv, ye?


Makanya berpesta pora lah 1Malaysia sepanjang Syawal!


Puasa Ramadhan sebulan hancoq musnah dengan 'Mari Menari AidilFitri', Konsert Mega Raya Aidil Fitri, Pesta Ria yang tu yang ini dan segala tok nenek program hiburan sepanjang Syawal, .....


Siapa peduli?


Takde beb!


No one gives a damn!!!


Malaysia Boleh!......Lingkop macam ini!!!

12 comments:

Living Seed said...

kita try ubah kerajaan tgk, boleh buat lg baik dak???

psss...rasanya lg teruk..huhuhu

norm said...

aku setuju bab siaran TV..banyak hiburan..sepatutnyer...banyak rancangan berbentuk ilmiah @ rencana spt National Geographic..etc...klu filem..banyakkan spt CSI..

Mohamed Firdaus Shajahan said...

mamu jangan give up....
itulah Malaysia,ramai "Friday Muslim dan Raya Muslim"...ramai lagi jahil...sunnah diperlekehkan

amnitpg said...

Terima kasih atas pandangan Mahaguru 58, sebenar nya saya juga setuju bahwa rancangan TV di Malaysia telah lari dari konsep asal untuk mendidik anak bangsa yang terdiri dari Islam, Buddha Hindu dan lain lain fahaman ugama.

Soal nya unit penapisan yang terdiri dari cendikiawan ugama tidak prihatin dengan dasar dan corak filem atau siaran yang boleh disirakan atau tidak.

Malah Menteri nya sendiri pun tidak faham dan bersikap liberal tentang ugama.. walau pun mengaku dia orang Islam tetapi harus nya poemimpin terbabit lebih fokus terharap corak filem yang lebih mendidik.. Tiada lagi kawalan dan tapisan , sebab semua nay ingin buat duit. Itu lah yang terjadi dalam Kementerian dibawah pimpinan Menteri Jelebu.

Pihak kementerian harus tahu masa dan ketika serta bentuik program yang bagaimana perl;u ditayangkan..

Jika doi hari perayaan Kristian , cerita bercorak Santa Claus boelh ditayang beberapa hari tanap ada bentuik hiburan melampau kenapa di hari perayaan Islam .. lain yang terjadi.

Adakah minda orang Islam, pencetus seni , penggiat filem telah hilang daya ingatan dan penghayatan mereka terhadap Islam??

Tanya mereka sendiri.. Yang penting kementerian p[erlu mengetatkan syarat.

anti bohmau said...

i've already stopped watching tv on raya for so many years except for prime time news...

even new raya songs are full of nonsensical lyrics & scraps of music. old songs are better, meaningful & and more appealing...

OBEE said...

Saya pun fed up program tak guna.Asyik semua hiburan dan drama sama je pasal scandal bla! bla! bla! all the same story line. Say tune channel 861 je relax dengar lagu lama-lama and new yg lain hiburan pi @#$%^&*(

Supar Yop said...

Kpd Mahaguru dan semua peminat setia, Selamat Bertemu kembali selepas cuti raya ...

Takpa Mamu dah jalankan tanggungjawab sebagai umat Islam menegur kejahilan dan kemungkaran.Sebenarnya orang macam Mamu dah tak ramai..

Dulu sebelum PRU 2008, ada satu jemaah parti politik, rajin menegur perkara2 macam ni, malah kekadang disumpah seranah nya kerajaan!

Tapi la ni, sejak sign mou dgn satu parti kafir harbi, suara diorang tenggelam tinggal dalam seluar dalam sj.

Silap kalau geng ni naik memerintah, lagi teruk program tv kita dibuatnya.Bayangkan time suboh, kita ada ceramah agama dalam tv, penceramah pakai songkok tapi cerita pasal Jesus Kristus! Lepas tu slot Hari Ini DALAM Sejarah - pejuang negara ialah Mat Indera & company..lagi haru!!!

Md Radzi Ahmad said...

Salam Mahaguru,

KIta ada kementerian yang bertanggongjawab untuk memastikan perkara2 tersebut tidak berlaku...tapi mereka tu tak boleh diharap...leka ..lengai...tak upaya nak buat apa....walhal mereka tu adalah orang2 Islam...Rais Yati menteri incarged Jakim pun orang Islam...dia tak mau buat apa pun..tambah Hisham tu lagi parah...orang2 nilah kena yang kena teliti....kuasa ada pada mereka....orang dah angkat depa kesitu...buatlah kerja...

Team Mazlelan said...

bagus kembali kepada zaman dulu... dimana hari raya tv hanbya didominasi rancangan kartun,sarkis dan dokumentari ...

tapi mesti belia2 muda negara ni akan menentang...nak2 tiap2 rumah dah ada internet... apa kisah tv bosan boleh buka facebook..

Supar Yop said...

Bila isu ini timbul, saya teringat masa time sekolah rendah di tahun 70an dulu, akhbar melayu ketika itu banyak mengulas tentang pemuda2 melayu yg tak pegi solat sunat hari raya tapi sanggup tunggu kat panggung wayang pada hari raya pertama!Masa tu ceriter melayu diberi privilege di tayang di panggung pada hari raya pertama.Yg buat wayang melayu, yg tengok melayu, tokey panggung paham2 sendiri lah siapa punya!
Sekarang orang dah tak ke panggung lagi, ada hikmahnya teknologi video dan sekarang vcd, dvd menjadi.

Cuma masalahnya dah berpindah ke tv pulak.Sekarang dah ada macam2 chanel termasuk Astro, padahal dulu cuma RTM 1 & RTM 2 saja.

Saya berpendapat ada baiknya Kementrian Penerangan mewajibkan rancangan2 yg " memboringkan" pada Hari Raya pertama hinggalah ke 3 spt nasyid,bacaan Quran,ceramah, tazkirah yg semuanya tentang hari raya, juga kisah umat Islam yg sengsara di Pelestin, Selatan Thai, Mindanao, Myanmar.Tambah lagi dokumentari pasal hidupan liar.Semua program tu biar nampak hambar, sedih dan tiada kerancakan lagu2 pop.Barulah golongan muda-mudi tak bertenggek depan tv, baru lah diorang ni nak bercampur dgn tetamu semua.Pada Hari Raya ke 4 atau dah mula hari kerja macam hari ini, barulah tayang rancangan hiburan.Masa tu mood raya pun dah habis.Tapi adakah diorang nak dengar cakap kita? Jadi kita buat lah cara sendiri.Jalan sebaik2nya, pada Hari2 yg mulia ini, kita pakat ramai2 tutup tv, bila tetamu datang.

Ahhar Hamzah said...

pesta ibadah sepanjang ramadan yg telah ditinggalkan begitu sahaja, bila syawal tiba pesta suka ria tanpa arah dianjurkan pula!

Ahhar Hamzah said...

pesta riang ria menggantikan pesta ibadah!