Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, September 15, 2011

Naqsyabandi Sufi Muslims get unimaginable support from local Americans



In these End Times, its unusual to see Muslims in America especially those who belong to the Naqsyabandi Sufi Tariqah, with the unique turbans and religious garb, get support from local Americans who have rallied behind them in fighting off religious bias and discrimination from a local town supervisor @ Bob McCarthy, who protests the Muslims setting up of their own private cemetery at their Haqqani Center ranch and farm.


The Naqsyabandi Haqqani Center is located at 1663, Wheat Hill Road, Sidney Center, (upstate) New York 13839, USA.


The local Americans in this small town of Sidney banded together and fought off the attempts by Bob McCarthy to have the two graves of departed members of the Naqsyabandi group be exhumed.


As a fellow Muslim and perpetual seeker of Allah the Almighty's Endless Mercies, I feel so much relief knowing that in the said to be still Islamophobic America, there are still many of those who are tolerant and basically down to earth good fellow Children of Adam Alaihis Salam who possess good judgment and universal humanitarian values which we all cherish and hold close to our hearts.


Alhamdulillah.

7 comments:

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum wbt buat Tuan Zainol Abideen yang saya hormati dan sanjungi,

Saya pernah mendengar ceramah ilmuan Islam yang teguh memegang manhaj Salaf dan membuktikan bahawa tariqah Sufi Naqsyabandi ini sesat. Ia dihidupkan oleh Abdullah Bin Saba iaitu orang yang sama menghidupkan Syiah.

Semasa hayat Rasulullah SAW, tidak pernah Baginda menyebut hal-hal Sufi dan tiada langsung diungkapkan atau diriwayatkan oleh para Sahabah RadiAllahuanhum Ajamain.

Malah, perkataan "SUFI" juga bukan berasal dari Bahasa Arab. Ia dari Yunani (kalau tidak silap) yang berakar dari perkataan "FILOSOFI" atau "FALSAFAH".

Ada juga saya mendengar bahawa ada antara mereka yang boleh dilabelkan sesat kerana taksub melampau pada Syeikh2 mereka.

Wallahua'lam bissawab.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam brader,

Sebenarnya saya sendiri mengundurkan diri dari tariqah Naqsyabandi diatas sebab saya tidak rela bersama dengan mereka yang terlalu taksub pada Mursyid dan Syeikh didalam tariqat berkenaan.

Saya amat rindu kepada suasana berzikir beramai ramai tetapi dek kerana beberapa perkara yang berlawanan dengan asas prinsip amal ibadah yang saya pegang dengan kukuh sampai ke hari ini makanya saya terpaksa menjauhkan diri dari khurafat dan keterlampauan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak oleh segelintir murid tariqah.

Susah hendak kita membetulkan mereka yang tidak mahu langsung ditegur mengenai kesilapan mereka didalam cara beribadah.

Tariqah itu pada dasarnya menuju keredhaan Allah tetapi kaedah yang saya lihat sedang dipraktikkan oleh murid dan mursyid ada unsur unsur pemujaan pemimpin ke tahap tahap terlampau dengan menganggap mereka sebagai auliya Allah dan pelbagai lagi gelaran gelaran yang tidak munasabah.

Saya sudah sekian lama ingin menulis secara mendalam dan terperinci mengenai salah laku didalam tariqah tetapi masih didalam peringkat mengkaji.

Saya tidak sampai hati untuk membuang mereka terus dari hati saya kerana masih merindukan suasana hening ketika berzikir bersama sama mereka yang pada dasarnya hanya mahu mengagungkan Ar Rahman tetapi ada pula penyimpangan yang berlaku didalam pengembaraan rohani sesetengah pihak yang berkenaan.

Doakan saya agar berjaya mendedahkan segala salah laku didalam dunia tasawwuf tempatan dan dunia amnya.

Insya Allah.

Abdillah.
Zainol Abideen.
Debu Dunia.

Supar Yop said...

Harimau, hang dengaq cakap Salaf lagi tak boleh pakai .Diorang tu wAHABI, lagi teruk.Mana tak dia cakap sesat - semua wirid , zikir, baca yasin ziarah kubur , baca talkin sampai angkat tangan baca doa tu pun bidaah dan sesat.Saya dapat rasekan hang mendengar ceramah ASRI ZAINAL ABIDIN kut.Kalau mamat ni takpalah lain kali saya boleh ceriter panjang.
Kalau hang dah dengar belah depa, cuba hang dengaq sebelah tarikat pulak , kemudian barulah dinilai dan ditimbangkan dgn seadil2nya.Jgn terus buat kesimpulan amalan yg nabi tak buat tu bidaah , sesat, .Alangkan Sheikh Kadir Jailani yg merupakan Sultanus Auliapun adalah penghulu tarikat Qadiriah.Benda2 peringkat halus ni jgn kita hentam terus sj, selidik dulu.Para wali2 Allah yg terkenal termasuk yg ada di rantau dunia melayu ni pun mengamalkan pelbagai tarikat juga..Tapi saya percaya anda belum terpengaruh betul2, baru dengar2 sj.Kekadang adalah sekumpulan yg menyimpang dalam amalan itu spt yg dialami oleh Mahaguru hingga membusukan nama tarikat itu.Tapi jgn pasal sekumpulan hamlau ni, kita terus beri imej sesat pada tarikat.

Harimau-Menaip said...

Supar Yob,

Saya menghormati pandangan Tuan tetapi saya tidak bersetuju "label-label" yang Tuan berikan kepada ilmuan-ilmuan Islam. Mereka membentangkan nas-nas dan hujah-hujah yang berdasarkan sejarah yang benar. Nama-nama seperti Prof. Madya Dr. Asri, Al-Fadhil Ustaz Abu Islam Fathul Bari, Al-Fadhil Ustaz Hussein Yee, Al Fadhil Ustaz Rasul Dahri dll adalah mereka yang benar-benar ikhlas membawa kebenaran dan memberi ilmu Allah kepada kita disamping mengasingkan amalan kita yang bukan-bukan. Ia bukannya pandangan peribadi mereka tetapi berdasarkan Al-Quran, Hadith Sahih, Ijmak Ulama dan Kajian Ulama Yang Rabbani.

Sedangkan AlImam Syafie Rahimahullah juga berlepas diri seandainya kita mendapat tahu terdapat hadith sahih amalan Rasulullah SAW dan para Sahabah RadiAllahu Ajmain yang "agak berlainan" dari apa yang dianjurkan oleh beliau (rahimahullah).

Sesungguhnya, saya berdiri di atas Manhaj Salaf (dan saya doakan kita semua begitu).

Berkenaan Wahabi (yang berakar dari Muhammad Ibn Wahab), minta Tuan kaji sedalam-dalamnya berkenaan Muhammad Ibn Wahab sebelum berkata sedemikian. Saya berlepas diri tentang perkara yang saya tidak tahu.

Saya sudah mengikuti blog Mahaguru 58 terlalu lama dan hanya memberi komentar tentang perkara yang saya pasti. Kerana apa? Kerana penghormatan saya terhadap Tuan Zainol Abideen cukup tinggi. Hal-hal Sufi, saya juga mendapat dari sumber-sumber yang "reliable".

Wallahua'lam.

Aside to Mahaguru58,

Saya mendoakan agar Tuan berjaya mendedahkan salah laku dunia Tasawwauf.

Dan saya dibelakang Tuan terhadap penentangan kepada Namewee.

InsyaAllah.

Supar Yop said...

Ya Tuan Harimau, semua mahu mendakwa bersumberkan Al-Quran, Hadith Sahih, Ijmak Ulama dan Kajian Ulama Yang Rabbani.Kalau tuan sudah menetapkan berdiri di atas Manhaj Salaf , maka pendirian saya adalah disebaliknya.Dan saya menghormati pendirian tuan.
Tetapi bila tuan meminta Mahaguru mendedahkan salah laku tasawuf , tidakah tuan sudah mengisytiharkan perang saraf terhadap tasawuf? Kenapa tidak berlapang dada utk melihat kebaikannya sekali?

Utk pengetahuan tuan, saya pernah solat jumaat di kUALA Perlis awal tahun 2007. Tak ada doa lepas azan tu satu, atas mimbar Imam berkhutbah doa awal muharam yg diamalkan itu sesat, toghut dan tidak pernah diamalkan Rasulullah, sesuatu yg tak boleh saya terima sama sekali.Malah orang2 tempatan sana pun sependapat dgn saya.Itu baru permulaan sahaja dalam dunia Wahabbi.

Harimau-Menaip said...

Tuan Supar Yob,

Saya menghormati Tuan. Saya tidak pernah bermaksud untuk melancarkan "perang saraf" kepada tasawuf cuma jika mereka terang- terangan salah, kita dedahkan untuk selamatkan ummah.

Saya ingin bertanya, kita mengikut Sunnah Baginda Rasulullah SAW atau amalan Ustaz/ Cikgu/ Imam Masjid/ Mufti? Agama itu telah lengkap untuk kita. Seandainya tasawuf atau sufi itu perlu untuk Islam, kenapa Baginda Rasulullah SAW tidak pernah bersabda tentangnya? Kenapa tiada sahabah RadiAllahuanhum Ajmain yang meriwayatkannya? Hadith Rasulullah SAW adalah cahaya penerang kegelapan. darinya kita memahami Islam. Darinya kita keluar dari kesesatan dan kebutaan. Alhamdulillah, kita akan dapat "merasai" amalan jika kita tahu dari mana asalnya. Sebagai contoh, Sifat Solat Nabi. Dahulu kita solat berdasarkan buku "Mari Sembahyang". Kita tidak tahupun kenapa pergerakan atau kedudukan kita begitu dan begini. Berdasarkan riwayat dan hadith sahih, maka kita tahu, kita bersolat sebagaimana Rasulullah SAW solat. (Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabah r.a.).

Mungkin Tuan perlu berhujah dengan bersandar kepada Al Quran atau Hadith bagi menerangkan kebenaran yang Tuan katakan itu. Jika tidak, ia hanya suatu penambahan yang hanya "dianggap benar" oleh Tuan sahaja.(Maaf)

Saya tidak mahu berdebat perkara yang khilaf ataupun yang saya tidak tahu. Saya memohon dosa kita semua diampunkan seandainya penulisan kita ini memudaratkan Ummah dan Agama Islam.

Saya berbesar hati jika Tuan memberikan pandangan.

Wallahua'lam.

Supar Yop said...

Ia, tuan ada kata tidak mahu melancarkan perang saraf, tapi tuan ada kata jika mereka benar - benar salah, kita dedahkan utk selamatkan ummah.Sekali lagi, tuan bermain curi-curi tikam belakang - mengaku sudah tak mahu bertarung, sudah bersalam2 man minta maaf, tapi bila pesaing pusing belakang saja - tuan curik - curik bagi penerajang kat bontot dia!
Dgn itu tuan tetap mahu memberi element of the doubt pada pembaca bahawa tarikat ini salah!
Tuan sudah jelas berpendirian Wahabbi walaupun tidak menyatakan demikian kerana memang penyokong Wahabbi tidak pernah mengakui demikian, tapi bagi saya pendirian anda sudah jelas .
Tentang persoalan samada Rasulullah pernah bersabda atau tidak tentang tasawwuf,ada banyak rujukan buku, website , vcd, dvd, malah you tube yang tuan boleh buat rujukan dan kajian. Cuma kita hendak mencari atau tidak.
Oleh kerana kita berbincang dgn menumpang di dalam blog orang lain, maka biarlah tuan punya blog ini iaitu Tuan Mahaguru menentukan utk membawa topik2 baru berkaitan tarikat atau tidak dalam masa kan datang.

Bagaimanapun cuba lihat entree yg dibawa oleh Mahaguru,saya sendiri tidak menyangka tarikat Naqsyabandi sudah bertapak di Amerika.DAN kita tengok hasil kejayaan tarikat ini, kafir Amerika juga tertambat hati utk bersatu dgn pengikut Naqsyabandi utk mengelakan usaha kafir laknat Bob McCarthy dari memindahkan 2 kubur ahli2 Naqsyabandi.

Jika ahli Wahabbi berada disitu , tentu tuan tahu apa akan terjadi pada kubur2 tersebut? Mereka akan galakan lagi utk dipindahkan sebab anda tahu sendiri apa dasar Wahabbi utk elakan khurafat!!