Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 12, 2011

Restoran Mamak 24jam tak payah pakai pengawal? Senang je cakap Tun!

Saya merujuk kepada komen Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor yang memberikan reaksi sedemikian berikutan cadangan Presiden Kongres India Muslim Malaysia @ KIMMA, Datuk Syed Kader Ibrahim setelah 2 kejadian samun oleh penjenayah bersenjatakan parang di sebuah restoran Mamak di Shah Alam baru baru ini.

Senang saja Ketua Polis Selangor berkata begitu sebab bukan dirinya yang terancam semasa berhadapan dengan perompak perompak berbangsa India itu!


Apa Tun Hisan nak cakap kalau diri beliau bersama ahli keluarga sendiri kena serang dan mungkin ditetak jika melawan atau cuba menahan barangan sendiri dirampas semasa rompakan sebegitu?

Tidak perlu pengawal di restoran mamak 

SHAH ALAM 11 Sept. - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, keadaan keselamatan di negeri ini termasuk di restoran mamak adalah terkawal walaupun berlaku dua kejadian samun di premis itu baru-baru ini.
Beliau sehubungan itu berpendapat pengusaha restoran berkenaan tidak perlu menempatkan pengawal untuk mengawasi keselamatan perniagaan mereka dan pelanggan.
"Mengenai pengawal keselamatan (bersenjata) itu, tak perlulah. Situasi terkawal," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader semalam, yang mencadangkan restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.
Cadangan itu susulan daripada dua kejadian samun yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan parang di sebuah restoran mamak di Seksyen 15 pada 28 Ogos lalu dan Seksyen 24, selang dua minggu kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya masih memburu suspek yang dipercayai warga tempatan.
"Saksi dan orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat kejadian itu di balai polis berhampiran," katanya.

Situasi terkawal? Hello brader?


Siapa yang mengawalnya?


Senang je cakap Tun sebab tuanhamba tak berada disitu. Lagipun tuan sentiasa dilindungi anggota polis lengkap bersenjata. Orang ramai terdedah kepada bahaya diserang dan ditetak para perompak kerana tak ada pengawal bersenjata mengawal kat restoran2 24 jam ni lah syeikh!


Kalau difikirkan memang tak masuk akal reaksi reaksi spontan dari orang orang yang hidup mereka tak menghadapi mara bahaya seperti Ketua Polis Selangor ni.


Saya ingin menyatakan bahawa bantahan 2 NGO Mamak yang tidak setuju dengan saranan Presiden KIMMA sebenarnya adalah disebabkan mereka memang tidak sebulu dengan Presiden KIMMA ini kerna masing masing ada agenda PhD @ Penyakit Hasad dan Dengki terhadap Presiden KIMMA tersebut. 


Mereka hendak menonjolkan diri masing masing sebagai 'champion' kaum India Muslim tetapi usaha kedua mereka tidak tercapai dek kerna Datuk Syed Ibrahim Kader sudah di lantik sebagai Senator dan beliau mendapat kepercayaan UMNO dan BN untuk bersama sama didalam Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terkilas ikan di air hamba dah tahu jantan betinanya!


Saya desak supaya PRESMA teruskan usaha mengupah pengawal bersenjata untuk menjaga keselamatan restoran2 24 jam ini dan usah peduli tentang komen tak boleh pakai dari Ketua Polis Selangor ini yang tak akan berada disana melindungi tuan puan selepas waktu pejabat!


Bukan dia yang nak bayar gaji pengawal?


Sepatutnya pegawai pegawai polis bijak dan prihatin sebelum berkata sesuatu? 


Janganlah bercakap tanpa berfikir akan natijahnya beb!!!

11 comments:

usin said...

respon org terkejut. kena pulak rompakan kt negeri di bwh kawalannya. nk sokong mcm pdrm tak reti buat kerja pulak. ginilah, saya rasa respon terbaik ialah selepas dia berfikir utk bercakap secara telus. beri dia masa berfikir rasional. kitapun bila didesak serta merta, yg bukan2 keluar dari mulut. tak gitu tuan?

Maarof said...

Mahaguru, kalau guna pengawal keselamatan nanti restoran kena bayar caj perkhidmatan. Restoran pula akan naikkan harga makanan untuk 'cover costs'. Pengguna macam kita juga jadi mangsa, brother.

Saya berani cakap kerana saya tak pernah buang masa pergi makan jam 4.00 pagi. Sahur pun minum air 3 in 1.

Selamat Hari Raya Mahaguru.

jejakazman said...

kalau aada pengawal....mungkin kedai akan naikkan harga makanan sebab nak serap kos....lagipun pada saya buat apa pegi kedai makan bawak laptop ke ape ke....pegi sana naka makan kan...

MAHAGURU58 said...

Begini saja tuan2.

Dunia sekarang kehidupan sosial sebahagian masyarakat kita turut berubah.

Bagi kita yang tua mua ni, memang tak akan gi melepak kat restoran mamak 24jam sebab tak ada keperluan.

Bagi sesetengah masyarakat yang terlibat didalam bisnes network marketing dan sebagainya, tren membawa laptop dan duduk menjalankan bisnes selepas perjumpaan mereka di syarikat bisnes menjadi satu cara mereka mencari kelebihan rezeki.

Bagi yang muda2 dok lepak membuang masa menghadap Facebook dan Twitter, lepak kat mamak dah jadi satu kebiasaan sekarang.

Makanya peningkatan kes samun dan rompakan oleh geng geng penyamun dan penyangak India adalah satu perkara yang tak boleh di ambil mudah oleh mana mana pihak apatah lagi oleh PDRM mahupun mana mana NGO taik kucing yang sebenarnya mempunyai hasad dengki terhadap Presiden KIMMA yang sebenarnya mengeluarkan satu pandangan yang penuh bertanggungjawab!

Datuk Syed Ibrahim Kadir mengeluarkan pendapatnya mengambil kira akan keselamatan diri baik pengusaha restoran mahupun pelanggan2 yang ada direstoran demikian selepas jam 12.

Bagi anda yang tak mampu nak bayar lebih kos makan minum kat restoran mamak selepas jam 12, eloklah duduk kat rumah saja.

Tak ada sesiapa memaksa anda, bukan?

Saya cadangkan mana mana restoran mamak yang mengambil khidmat pengawal bersenjata selepas jam 12 supaya mengenakan surcaj keatas mana mana pesanan makanan selepas jam 12.

Namun setiap orang bertanggungjawab keatas keselamatan diri dan hartabenda masing masing.

Tak boleh nak letak semua tanggungjawab soal keselamatan ke atas pengusaha restoran dan pekerja2 nya kerana mereka juga terdedah pada bahaya kena tetak oleh perompak2 India atau mana mana malaon lain yang terlibat.

Datuk Tun Hisan cakap begitu mengikut kepala otaknya.

Anggota PDRM tak akan cukup untuk menjaga keselamatan setiap restoran yang dibuka larut malam.

Tak akan cukup punya! Sembang deraihlah macam champion tara mana pun.

Tanpa senjata api dipinggang masing masing, anggota POLIS tetap terdedah kepada ancaman serangan perompak yang tak berhati perut pun!

Yang dua maarof sintok Presiden NGO dari geng mamak juga yang membantah cadangan Presiden KIMMA itu ada agenda PhD masing masing.

Saya akan mendedahkan mengapa mereka begitu menentang idea Presiden KIMMA jika terpaksa.

Namun saya bukan jenis blogger yang suka mengadu domba sesama Muslim.

Cukuplah tuan tuan para pembaca buat penyelidikan masing masing akan kenapa perkara baik seperti mengupah pengawal keselamatan bersenjata untuk menjaga keselamatan awam selepas jam 12 di mana mana restoran 24 jam dibantah oleh yakpursalam berkepentingan tersebut?

Bagi yang tak mampu nak bayar lebih untuk makan minum atau melepak kat restoran mamak, duduk diam diam kat rumah.

Kalau lapar dan haus, pandai pandailah menyediakan makan minum sendiri.

Nescaya anda selamat! :)

Supar Yop said...

Saya bersetuju jika mana2 restoran & outlet 24 jam mcm 7 - 11 yg hendak meletak pengawal keselamatan bertindak demikian jika perlu.Hakikatnya sekarang,restoran mamak adalah antara paling profitable dan bayangkan mereka memegang cash beribu2 ringgit hingga 2 - 3 pagi.!Kalau tolak balik kat polis pun mereka tak ada kerja nak station polis kawal 24 jam depan kedai mamak tu.Maka dgn keuntungan yg berlebihan, restoran mamak mampu mengupah Guard mcm industri2 lain.Tentang harga makanan akan naik, tak usahlah bimbang.Restoran mamak antara yg sanggup menyerap service charge 6 % di kala restoran lain melepaskan kos itu pada pelanggan.Saya percaya mereka juga akan menyerap kos guard jika betul2 menjadi kenyataan.Kalau harga makanan naik so what? Macam kata Mahaguru, kalau kos naik tak payah la makan kat situ, boleh dok rumah sj pulunlah stok maggi kat kabinet dapur tu!.Kalau semua pelanggan pakat dok rumah lepas 12mlm, jangan kan Guard, restoran pun tutup lepas 12 malam! Selamat, perompak pun tak boleh carik makan!!

khallax Azmane said...

Yang bisness security sapa pulak..banyak mamak jugak. nanti teh tarik roti canai boleh naik lagi 20 sen. Ini semua akai nak pi bagi naik harga semua...

kita balik konsep asal la..malam masa untuk berehat dan beribadah. Tak payah la bukak kedai sampai 24 jam. Kerajaan mesti perluaskan konsep kesihatan diutamakan. Makan malam-malam pun tak bagus kan.

Bila pergi luar negara, kita jarang jumpa kedai yang bukak 24 jam kasi orang makan. Di Malaysia ni asal boleh buat duit, bukak tak tutup2 pun ada.

Alasan untuk kemudahan pengguna dah tak boleh pakai lagi dah. Bila ramai rakyat kencing manis, obesiti, darah tinggi etc2..bukan kedai mamak ni yg sponsor medical bill. Pergi hospital kerajaan jugak ambik treatment.

Sokong...tutup kedai paling lambat jam 10. Itu pun time kalau orang nak makan...kalau kedai mamak tutup, pandai2 la kita sekarang goreng telor ke masak mee segera sendiri kat rumah.

salahuddin said...

Saya baru berbincang dengan kawan-kawan tadi tentang betapa kita rasa negara kita semakin tidak selamat lagi. Masa kita kecil dahulu kita rasa takut untuk buat jahat kerana takut ditangkap polis.Cuba kita cakap bensa yang sama pada anak-anak muda sekarang.. Mereka gelak kerana pada mereka polis tidak akan dapat tangkap mereka apabila mereka lakukan kesalahan. Pada mereka, polis sama macam mereka juga, ramai yang berbuat bukan-bukan tetapi tidak ada masalah, kerana mereka ada 'lesen'. Saya rasa memang patut kedai mamak menggunakan khidmat pengawal dan pengguna perlu membayar lebih untuk khidmat ini. Kepada kawan-kawan yang bekerja sebagai polis... jalankan amanah sebaiknya kerana setiap sen yang kita dapat akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Belajar komitmen pegawai-pegawai polis di negara lain seperti Singapura, Australia dan Amerika. Mereka amanah dalam kerja mereka.

Supar Yop said...

Saudara khallax Azmane, you are not thinking 4th dimensionally, isu2 yg awak bangkitkan, banyak saya sudah jawab dan boleh tambah lagi.Kalau roti canai dinaikan, kenapa awak risau? Awak ada pilihan, samada toksah makan atau makan dgn harga yg lebih sikit tapi dalam keadaan terkawal keselamatan?Mana satu pilihan anda?There is always a choice..
Kalau mamak nak bisnes security, apasal pulak , masalah sangat ke pada awak?Saya bukan mamak, tapi saya nampak awak ni ada macam ada masalah dgn mamak je?Adakah awak pernah dikecewakan oleh awek mamak (atau anak mami) yg menyebabkan awak berdendam tak tentu arah dgn mereka?
Adakah awak jenis burung hantu yg suka berjaga malam di kedai mamak? Saya tidak bertujuan menghina..Kalau dia nak bukak kedai 24jam, itu hak dia janji kerajaan tak halang.

Awak boleh berehat panjang di waktu malam, tidak ada siapa yg melarang, atau memaksa anda mesti pergi ke restoran mamak tengah malam!

Di oversea yg sebelah mana anda rujuk?Kalau di Eropah atau Amerika, memang jarang mereka makan malam macam kita, tapi mereka kuat tonggak, tak kira , time lunch break, petang , malam..itu cara mereka hangout.Mereka tak berkira tentang makan , tapi minum air setan is no.1 is their way for socializing and interacting...Bila happy minum ( ada happy hour), bila tension pun minum..
Jadi takan lah kita nak minum bendalah tu.Secara tak langsung terciptalah satu bentuk sosial dikalangan kita iaitu minum di restoran mamak yg pelbagai bangsa boleh join.Pernah nampak cina , india , melayu dll duduk sama di resturan melayu? cina ? hindu? Hanya mamak sj yg dah lama pelopor 1 MALAYSIA !!
Tentang penyakit kencing manis ni, pandai2 lah kita menjaganya.Boleh lah mintak teh tarik kurang gula, boleh minum air panas kosong lepas tu utk cairkan kemanisan dia dan macam2 lagi.Kalau awak tiap2 malam , mentekedarah kat restoran mamak bantai teh tarik dan roti canai memang lah peluang cerah dapat pelbagai penyakit.Jangan lah salahkan mamak pasal kita dapat penyakit.Dan apa perlunya mamak tanggung bil perubatan kita?Saya nampak banyak tak menasabah dalam komen awak ini.

Awak mencadangkan pula makan mee segera dan telor goreng waktu malam ,padahal di awal tadi awak cakap makan malam2 pun tak baguskan?
Saya cakap lagi bahaya makan mee segera dari roti canai - kebanyakan bahan tambah dia adalah bahan kimia yg tak sesuai utk di makan ! Rujuklah majalah CAP.Makan telur goreng pun bahaya menambah kolestrol.Tapi dgn syarat kalau terlalu kerap makan mcm hari2 kita bedal roti canai pun bahaya kerana banyak pakai minyak.
Saya adalah Consultant dalam Keselamatan makanan ( food safety) dan selalu gunakan contoh mee segera sbg makanan membahayakan kesihatan dalam training saya,Walaupun di awal komen saya ada kata makan maggi lah di rumah , itupun kalau tak puas hati pasal harga di luar naik..

Kalau nak sihat dan menikmati makanan lazat - makanlah capati yg tak pakai minyak atau tosai yg tidak ada hand contact.Malangnya, makanan ini jarang disukai orang melayu..

Kalau nak tengok lebih meluas, ada lebih banyak kemalangan disebabkan mabok air setan sebab minum di bar sampai lewat malam.Tapi pernah ke kita dengo accident jalanraya sebab terlalu banyak minum teh tarik?
Yg mana satu patut kita tutup dulu? Yg mana lebih mudarat, bar ke restoran?

hamsor said...

bro..

ada maarop2 sintok (pinjam u punya wordings la) masih nak defend kata2ketua polis nie...

malaysia jadi macam nie pasal maarop2 macam nie lah..takut nak tegur walaupun benar pada hakikatnya!

hmmmm...

shakafulaizer... said...

Dear mahaguru, i do follow your writings frequently as you tend to surface issues that requires intellect discussion and important decisions by the public and politicians alike. Also your writings on islamic values are good to read. Being a non-muslim i'm always open to understanding other religions to enhance my understanding.

The robbery at kedai mamak certainly spells a dire need for the authorities to immidiatelly lift their image that has been eroding for some time now.

i agree with you that the decision to engage security service is solely at the owners discretion. Patrons must feel safe when they dine in..and if the situation persist i'd certainly visit a mamak shop that has this assurance despite the prospect of paying a bit extra...


However, i'm saddened by your statement that the bloody robbers are indians.Yes the stats may show that crime among indian youths are rampant. but nothing could be deduced from this recording that the indians were indeed responsible in this incident. please highlight if i have missed it

All i see is some bad souls wearing helmets to conceal their identity... aahhh..... but their skin tone could have worked against them.

well .... cant be a chinease or a malay gang...for certain...

but let us not jump into conclusion.

Perhaps..

Some mamaks arranged by the owner himself could have staged the act for some reasons(insurance claim?). We do have history of notorious geng mamak robbers in record for your information.

though some mamaks are malay at heart but majority of them are definately indian in appearance.

even if the bloody robbers spoke in tamil...they may not be indians(tamil) they could be mamaks too...

let us do away from stereotyping people...

most malaysians thought the operators of the "CAT HELL HOTEL" must be chieanese but that was not the case....

the malays are always linked to incest related crimes but is this fair...

Remember bad intention resides in bad souls irrespective of race/religion. we need to weed them out from the society..

please don't get me wrong..

just a thought from me.

tq

MAHAGURU58 said...

shakafulaizer,

I write based upon facts not fiction or assumption.

As for your assumption that the robbers in the video are made up of mamaks, brother, please wake up from your delusion.

Take care.