Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 27, 2011

Bila 'Imam' berseluar atau berkain labuh.....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuan tuan saudara saudara seIslam yang kukasihi sekelian.


Saya percaya ramai di antara kita yang faham akan tatacara dan cara sepatutnya seseorang 'Imam' berpakaian sudah pasti akan terkilan bilamana sesiapa yang dilantik menjadi imam, samada sementara atau kekal tidak mengamalkan cara sunnah Rasul Salallahu Alaihi Wassallam berpakaian tidak menutupi buku lali kaki.


Di akhirul zaman ini, sudah kerap saya melihat golongan imam yang tidak mematuhi larangan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Jika ada di antara anda yang melihat sedemikian, harap tegur lah 'imam imam' berkenaan dengan secara berhemah. 


Sesungguhnya Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda melarang kita kaum lelaki yang beriman dari melabuhkan pakaian kita sehingga menutupi buku lali kaki kerna ianya melambangkan kesombongan seseorang dari zaman jahiliyyah lagi. 


Nak kena ada ilmu menegur dan menasihati golongan imam dan pemuka Islam ini sebab mungkin ada yang akan melenting memarahi kita pula jika tidak kena dengan cara menegur akan mereka itu?


Almaklum sajalah kerna ego manusia tetap bersarang didalam dada setiap dari kita tak kiralah siapa kita ini? 


Nak kena tahu teknik dan taktik bagaikan merejam lembing tembus ke belakang tetapi bila dicabut tak setitis darah yang terbit! Fuyoo! Nak kena belajar 'skills' nasihat seperti ini. Efektif syeikh! :)


Barangsiapa yang tidak mengendahkan larangan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sesungguhnya sengaja menempah tiket ke Narr al Jahannam.


Sampaikanlah peringatan ini kepada sesama Islam. Mudah2an anda diberkati Allahu Ta'ala kerna menyampaikan nasihat ini yang diwariskan dari Muhammad ibni Abdullah, Sayyidul Mursalin.


Insya Allah.

9 comments:

Mamu line clear said...

Assalamualaikum Mamu,
Tengok gambar mamu kat sini dengan pakaian ihram teringat masa saya dan isteri menunaikan ibadah haji tahun lepas.
Kalau ikutkan hati nak join mamu di-sini.
BTW,saya mendoakan mamu dan semua warga haji agar mendapat haji mabrur.inshallah dan selamat pulang ke tanah air.
Mamu Line Clear.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Haji.

Alhamdulillah, saya dijemput Ar Rahman untuk menunaikan fardhu Umrah dan Haji tahun ini.

Syukur Alhamdulillah. Saya doakan Tn Hj juga selamat dan akan dijemput Allah kembali semula ke Haramain ini didalam waktu terdekat.

Insya Allah. Jazakallah Tuan Haji kerna mendoakan saya dan jamaah lain.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum Tuan.

Antara yang saya baca dalam hal ISBAL.

“Barangsiapa memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” Kemudian Abu Bakar bertanya, “Sesungguhnya sebagian dari sisi sarungku melebihi mata kaki, kecuali aku menyingsingkannya.” Rasulullah Saw menjawab, “Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu karena sombong.” [HR. Jama’ah, kecuali Imam Muslim dan Ibnu Majah dan Tirmidizi tidak menyebutkan penuturan dari Abu Bakar.]

Dari Ibnu ‘Umar dituturkan bahwa Rasulullah Saw telah bersabda:

“Isbal itu bisa terjadi pada sarung, sarung dan jubah. Siapa saja yang memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah swt tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” [HR. Abu Dawud, an-Nasa`i, dan Ibnu Majah]


Akhir kata, saya bersyukur kerana Tuan Mamu dalam keadaan sihat walafiat. Teruskan berilmiah.

yat said...

salam bro,

herad that Najib and his wife will be doing hajj this year, if you come across them, please (politely of course) do forward muslim grievance in malaysia......

syahir said...

Assalammualaikum syeikh,
teringat pula pakaian orang2 kita dahulu, dari istana sampai ke rakyat jelata semua berseluar senteng atau dipanggil seluar nelayan. :)

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tok Rimau.

Alhamdulillah, faqir ini masih bernyawa di bumi Makkah al Mukarramah.

Pelbagai macam peristiwa telah saya alami. Ada yang cukup menginsafkan, melihat kepelbagaian keadaan manusia dari serata pelusuk muka bumi ini.

Ada yang menyedarkan saya betapa pangkat dan kedudukan duniawi ini tidak lah terlalu penting disisi Allah tetapi disebabkan sikap manusia suka membeda-bedakan diantara umara dan ummah, maka terjadi jurang diantara mereka walaupun dihadapan Kaabah!

Ada juga yang menyayat hati melihat insan tua hidup berbumbungkan kotak kotak kadbod ditepi sebuah jalan yang sibuk dengan mundar mandirnya jutaan jamaah haji dari serata dunia. Ikhlas sajalah nak hulor seriyal dua ikut suka bagi membantunya mendapatkan makan minum sehariannya itu.

Ada juga golongan wanita sang peminta sedekah yang akan datang mencuit lengan sambil merayu rayu...'Haji! Haji!...

Macam macam ragam manusia syeikh!

Boleh buat dokumentari kehidupan disini.

Mamu baru je kebah dari pakej istimewa demam, batu kdan selesema.

Perubahan cuaca dari iklim tropika ke iklim gurun amat memberi kesan pada jasad tua ini.

Nak kena rajin makan ubat kalau nak terus berupaya mengerjakan ibadah haji ini.

Teruslah doakan saya sepertimana tadi agar sihat kembali untuk meneruskan mujahadah saya ini.

Insya Allah, akan saya doakan tuan dan kawan2 yg lain utk turut sama sampai ke sini nanti.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

syahir said...

amin, amin Ya Rab al-Alamin!!!

Saiful Nizam said...

Assalamualaikum Tuan,
saya pernah dimarahi ketika solat di masjid dgn seluar senteng separas betis.. katanya tidak hormat masjid walaupun pakaian tersebut menutup aurat.. yang lain disekeliling pun memandang sinis dan taham.. tapi bila terbaca artikel ini, rupanya ia adalah sunnah nabi.. masyaAllah.. terima kasih atas pencerahan.

MAHAGURU58 said...

Sunnah Nabi amat praktikal. Bagi kita ni golongan laki laki Muslim, apa ke halnya nak pakai seluar atau jubah yang menutup buku lali kaki?

Bukankah akan tercemar pakaian itu dengan kotoran dilantai atau tanah?

Jika memakai pakaian kita mengikut sunnah Rasul, bila bila masa senang kita nak gi ambil wudhu ke atau jika perlu nak masuk ke tandas?

Tak payah nak pening kepala mengumpul kain takut basah ke apa?

Barangsiapa yang dok semberono datang menegur memarahi kita yang berpakaian sunnah, eloklah muhasabah diri balik!

Periksa pengetahuan agama masing masing dan jangan dok jadi maarof sintok atau bagaikan kaldai mengusung kitab.

Ada ilmu tinggi tetapi tak reti nak pakai atau ikut sunnah! Belajar tak sudah tu!

Banyak nak kena perkemas syeikh!