Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 04, 2011

Hudud ~ Ustaz Fathul Bari - Penerangan terperinci - Mesti Tonton!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara saudari sesama Islam dengan saya,
Elok sangatlah kita semua menghayati akan isi penerangan secara terperinci oleh Ustaz Fathul Bari tentang apakah dia intipati sistem perundangan Syariah Islam terutamanya tentang Hukum Hudud Allahu Ta'ala.


Hudud merupakan salah satu dari 4 peraturan hukuman yang diperintahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk dilaksanakan oleh para pemerintah yang mentadbir urusan hal ehwal masyarakat Muslim.


Saya bermohon agar tuan puan dapat memanjangkan video penerangan tentang apakah dia Hukum Hudud Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini yang kini sibuk diperbincangkan orangramai tanpa mengetahui keadaan sebenarnya melalui laman laman blog tuan puan.


Semoga Ustaz Fathul Bari akan terus memperkatakan yang hak tentang Islam tanpa perlu gentar atau khawatir demi Allahu Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!


Tok Mamu berdoa agar Allah memberkati perjuangan Ustaz!


Amin Ya Rabbal Alamin!

8 comments:

pokjuhomestay said...

assalamualaikum wrt wbt..

buat mahaguru58..

terima kasih atas video di atas..

saya bukan nak berbahas dengan mahaguru58.. cuma hanya hendak menyatakan ralat hati ini.. dgn video mahaguru58 dekat patai hari itu..

memang kita akui..siapalah kita untuk menukar hukum Allah dengan denda atau penjara...

saya berfikir dan berpendpat.. dalam mendraf dan perbicangan ttg had hukuman atas bidang kuasa Mahkamah Syariah.. spt denda.. sebatan dan penjara bagi pandangan mata kita terlalu ringan...
Pandagan saya.. bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia ari ini..hanyalah menjatuhkan hukuman mengikut hukuman takzir sahaja..
( itupun terbatas )

cuba kita lihat..pertuduhan di mahkamah syariah.. hanya pertuduhan berkhalwat atau percubaan melakukan zina.. walaupun dari segi adab/pandangan mata.. perbuatan zina sudah berlaku...
bagaimana penguatkuasa yang saling kenal mengenal.. polis atau rela dan rukun tertangga boleh menangkap dan milihat pasangan berzina.. nampak benda tersebut masuk .. sedangkan bagi kita org yang berIman.. apabila maksiat berlaku didepan kita wajib menegahnya.. perlukah kita mengintip?

jika pertuduhan zina.. maka wajiblah datangkan 4 saksi yang siqah... atau sabit kesalahan dengan ikrar.. jika dengan bukti/qarinah... kenalah hukum takzir..

Apa tindakan kita... menyokong untuk penambahbaikan batas hukuman di mahkamah syariah...

jom..samalah kita sokong Hukum Allah ....
saya hanya berdoa..agar semua org Islam di Malaysia bersatu..
buang yang keruh ambil yg jernih...

wassalam..
wa ila liqat..

Kamarul said...

Jazakallah.. Penjelasan yang sangat baik..

SyazZ_One said...

Alhamdullillah~~~

Penjelasan yang cukup terbaik, terperinci dan cukup JELAS!!! Harap-harap tiada kekeliruan lagi oleh orang Islam dan bukan Islam mengenai hukum ALLAH ini. Kalau ada yang masih mempertikaikan dan memanipulasi segala penjelasan ini bermakna tiada Cahaya lagi pada diri mereka itu.

Mr feckry said...

Kita asyik cakap, pemimpin yang perlu tanggung jawab kenapa hukum hudud tak di buat.

Tapi Pemimpin itu kita yang pilih secara majoriti. Kita yang nak hudud ni mulai sekarang perlu menzahirkan budaya Islam yang sebenar, yang Islam celup2 tu, kite dakwah terus sehingga mereka mengayakan budaya Islam yang sebenar.

Jika majoriti rakyat Malaysia mengayakan budaya hiudp Islam yang di ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w, insya Allah, Akan terlantik la Pemimpin yang melaksanakan hukum hudud.

Kita, kita, perlu mulakan. Jangan tuding pada orang saja.

Doa, dulu, minta kekuatan dari Allah untuk kita berusaha..kemudian bertawakal..

tak gitu tok mamu'??

MAHAGURU58 said...

Amat tepat sekali Feckry!

Segala sesuatu itu harus bermula dari kita. Kita wajib menjalani kehidupan kita mengikut lunas2 suruhan agama dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Didalam pengamatan saya, amat kurang sekali pelaksanaan gaya hidup secara Muslim sejati dikalangan masyarakat kita hari ini.

Masing masing meniru gaya hidup Barat yang liberal dan tidak lagi mementingkan soal moral atau tanggungjawab sosial.

Maksiat semakin menjadi jadi dikalangan rakyat jelata sebab masyarakat kita sudah tidak mengamalkan sikap tegor menegor diantara kita.

Semakin ramai yang mengambil sikap lepas tangan dan sebaliknya menuduh kerajaan tak melaksanakan undang undang.

Dikalangan anggota kerajaan pun ada ramai yang tidak berani menegakkan kuasa kerana takut tak popular dan akan hilang undi.

Lebai Malang said...

Dalam isu Hukum Hudud ini ianya tidak akan dapat dilaksanakan di Malaysia selagi umat Islam yg ada seramai 60% ini pun masih lagi berpecah, masih lagi ada yg mengangap mereka lebih Islam drp saudara se Islam yg lain, malah sampai ketahap sanggup bergabung dgn kafir harbi untuk menjatuhkan kerajaan yg dikuasai yg orang Islam sendiri yg telah banyak berjasa memertabatkan agama dan ajaran Islam dari segenap segi.

MAHAGURU58 said...

Pandangan yang tepat Pak Lebai.

Selagi parti parti Melayu dan Muslim bertelagah sesama sendiri, Syariah tak akan tertegak di bumi Malaysia ini.

Ini hakikat keadaan semasa. Rasa takabur dan ujub pada diri sendiri mengelabui mata hati mereka!

Hamba Allah said...

Alangkah baiknya sekiranya Ustaz Fathul Bari boleh jelaskan dlam arus media perdana agar semua orang faham mengenai hudud.