Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 14, 2011

Mahaguru58 akan menunaikan Fardhu Haji tahun ini! Insya Allah!

Labbaikallah humma labbaik! Labbaikala syarikala labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! La syarikalaq!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Sidang pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian. 


Syukur Alhamdulillah, selepas genap berusia 53 tahun seminggu lebih yang lepas, debu dunia ini dipilih Allahu Ta'ala untuk turut sama menjadi tamu agungNya sebagai salah seorang bakal haji pada musim haji 1432Hijrah ini.


Tok Mamu Zainol Abideen akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji pada malam Rabu 19hb Oktober ini untuk berlepas ke Tanah Suci, Insya Allah pada awal pagi Khamis 22hb Zulkaedah 1432 Hijrah bersamaan dengan 20hb Oktober 2011 Masehi. 


Maka, saya ingin memohon ampun dan maaf dari tuan puan, pembaca blog Mahaguru58 sekiranya ada sebarang kesilapan saya terhadap anda dan memohon agar anda dapat mendoakan saya selamat menunaikan fardhu haji julung julung kalinya bagi diri saya ini. Insya Allah.




Saya akan berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya mulai sebelum Maghrib lagi kerana tidak mahu terlewat atau tertinggal didalam menyelesaikan apa apa urusan sebelum berlepas. Sekiranya ada di antara tuan puan yang ternampak saya semasa tuan/puan turut berada di sana nanti, janganlah malu atau segan untuk datang bertegur sapa.
Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dengan haji mabrur, Insya Allah. Andainya umur Tok Mamu tak panjang dan saya ditakdirkan kembali ke Rahmat Ilahi, maka ingatilah saya didalam doa tuan puan.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah. 


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Labbaikallah humma labbaik! Labbaikala syarikala labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! La syarikalaq!

24 comments:

tokpakirkd said...

Assalamu'alaikum Tok Mamu,

Semoga dipermudahkan Allah subhanahu wa ta'ala dan dianugerahkan Haji yang mabrur.

Mohon doa'kan kepada Allah subahanhu wa ta'ala di hadapan Ka'abah dan di Maqam RasuluLlah sallAllahu 'alahi wassalam moga Daulah Khilafah Islamiyyah segera ditegakkanNya semula di mukabumi ini. Dan Melayu Islam kembali bersatu untuk mengembalikan Kerajaan Melayu Islam yang bersyari'at.

Amin Ya Rabbal 'alamiin.

TokPakirKD

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam TokPakirKD,

Insya Allah akan saya tunaikan permintaan tuan. Sesungguhnya umat Islam ditanahair kita ini amat memerlukan bimbingan seorang Khalifah didalam ertikata sebenarnya.

Namun yang kita ada Amir2 bermusim. Masing masing dengan kerenah tersendiri.

Ada sahaja yang tak selesai jadinya.

Bagaikan orang berselimut gebar yang tak cukup inci.

Ditutup muka ; kaki terdedah.

Diselimut dek kaki, kepala terdedah!

Macamana le nak selesai masaalah?

Apa apa pun hasrat tuan Insya Allah saya tunaikan.

Jazakallah kerna sudi mendoakan saya.

Wassalamualaikum tuan. Panjang umur, ketemu lagi.

Insya Allah.

CANDEKURA said...

Assalamualaikum
Semasa ditanah suci dulu tahun 2005, saya pernah memohon pada allah s.w untuk ditunjukkan 7 makhluk yang baik-baik dan disebut dalam pelbagai taksiran. Maka pada suatu hari ketika bersandar disalah satu tiang dimasjidil haram, sekumpulan 7 pemuda datang dan bersolat dihadapan saya dengan salah seorang dari mereka menjadi imam. Kesemua mereka berpakaian secara berlainan. Anehnya saya tidak menyedari langsung tentang permohonan ini ketika itu dan hanya sedar setelah saya berlalu pergi dari situ. Sekiranya saudara bertemu mereka yang bertujuh ini, kirimkanlah salam saya sebagai seorang islam kepada mereka. Wallahuaklam.

Harimau-Menaip said...

Demi Allah, air mata saya bergenang gembira membaca tulisan Tuan. Saya mendoakan kepada Allah Azza Wa Jal agar Tuan diberi kemudahan dan mendapat Haji yang mabrur.

Doakan Palestin merdeka dan umat Islam bersatu dalam memuliakan Agama Allah dan RasulNya.

Wassalam,

Abu Qaseh.

DEN CDO said...

Alhamdulilah Tok Mamu,Den doakan semoga dipermudahkan Allah subhanahu wa ta'ala di dalam segala urusan tok dan dianugerahkan Haji yang mabrur. Ameen

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Candekura.
Permintaan saudara pelik sekali kerna ianya tidak berasaskan ketentuan.

Didalam lautan 3 juta lebih manusia yang bakal berhimpun menunaikan fardhu haji, permintaan saudara seumpama mencari sebatang jarum halus di celah padang rumput dan lalang seluas mata memandang?

Yang boleh saya nyatakan adalah Segala-galanya terpulang pada ketentuan dan Takdir Ilahi!

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultanik!

MAHAGURU58 said...

Abu Qaseh @ Tok Rimau,

Jazakallah khairan kathiraw ya sahabat!

Walau belum pernah kita bersua muka, kasih sayang tuan pada Mamu tetap terasa.

Hanya Allah sahaja Maha Berkuasa keatas kita semua dan Hanya Ia Sahaja Maha Mampu membalas jasamu tuan!

Insya Allah akan saya doakan kesejahteraan bagimu tuan dihadapan Baitullah!

Jazakallah sekali lagi ya sahabat!

Panjang umur Insya Allah akan kita bersua muka suatu hari nanti.

Jika Mamu sudah tiada, kenanglah daku didalam doa doa mu!

Selamat tinggal dan semoga selamat semuanya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Den CDO,

Sokongan berterusan tuan untuk Mamu tetap Mamu hargai dan mudah2an Allahu Ta'ala mempertemukan kita satu hari nanti.

Saya akan doakan tuan selamat sejahtera selalu nanti di hadapan Kaabah! Insya Allah!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Kama At-Tarawis said...

menitis air mata bila kak kama dapat tahu mahaguru dapat peluang pi haji tahun ni. menitis lagi ketika menulis ini. Ya Allah, gembiranya saya untuk mu. semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga mendapat haji yg mabrur.

Maarof said...

Selamat berangkat ke tanah suci, En.Zainol. Saya ke sana semasa sudah berumur 57 tahun, nampaknya Mamu mengalahkan saya.

Jika saya tidak ke tanah suci dulu mungkin kita tidak berkenalan, kerana Mamu terima saya menjadi ahli Muslim Bloggers Alliance atas cerita pengalaman Haji saya.

Banyak bersabar di sana kerana cabaran berada di mana-mana. Kesihatan hendaklah dijaga.

Hope you return in one piece.

Mr feckry said...

Assalamualaikum ya tuan Mahaguru58..

saya akan doakan tuan selamat sampai dan bersemangat dengan penuh kesihatan yang terbaik untuk tunaikan haji..semoga dapat haji yang mabrur.

saya pohonkan tuan mahaguru sampaikan hajat rindu saya mohd zulfikri bin abdul jalil yang teramat sangat merindui untuk pergi haji nanti..tolong ye..

semoga tuan selamat pulang dan semakin bertambah keimanan pada Allah.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Kak Kama,
Sungguh terharu hati ini membaca kata kata kakak turut gembira untuk saya dipilih Allahu Ta'ala menjadi salah seorang dari berjuta juta hambaNya dapat peluang ke Haramain mengerjakan fardhu haji buat julung julung kalinya bagi sidebu dunia ini. Semoga Allah memakbulkan segala doa2 kakak untuk saya. Amin!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji Maarof.

Terimakasih diatas doamu tuan untuk saya.

Memang benar kisah tuan mengerjakan haji menjadi titik tolak perkenalan kita.

Ianya juga menggerakkan hati saya menjemput tuan menyertai perikatan penulis blog Muslim yang saya mengendalikan.

Haji adalah acara tahunan yang membawa jutaan Muslim bersatu mengagungkan Allahu Ta'ala.

Ianya juga telah memperkenalkan kita berdua melalui pertemuan maya dan juga zahir diantara kita beberapa kali sudah.

Alhamdulillah. Segala nasihat tuan akan saya ikuti.

Jazakallah khairan kathiraw ya sahabat!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam ya sahabatku Mr Feckry!

Amin keatas segala doa tuan untuk saya.

Insya Allah akan saya doakan Feckry dapat turut sama mengerjakan umrah dan haji nanti.

Jika panjang umur saya Insya Allah akan kita ketemu lagi suatu hari nanti.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

hexhar said...

Alhamdullilah, bukan mudah utk terpilih mengerjakan haji. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik dan mendapat haji mabrur

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum hexhar.

Terimakasih kerna sudi mendoakan pemergian saya dan semoga Allah memakbulkan hajat kita semua untuk mendapat Haji Mabrur, Insya Allah!

Semoga semua yang mendoakan saya dibalas Allah dengan yang sama.

Amin!

pengembala said...

Assalamualaikum Tok Mamu

Alhamdullilah bakal tertunai juga rukun Islam ke 5 oleh tuan

semoga tuan berjaya mendapat haji yang mabrur tahun ini Insyallah

adakah tuan masih ingat kita pernah berjumpa di kedai nasi kukus minggu lepas?,maaflah kerana pada masa itu mamu sedang nak makan,saya teruja pulak pada masa itu untuk bertegur dengan tuan

harap tuan mendapat haji yang mabrur dan saya kirimkan doa semoga urusan tuan di permudahkan,insyallah

Md Radzi Ahmad said...

Salam Mahaguru,

Tahniah, semoga Allah permudah semua urusan selamat kembali dengan Haji mabrur. Janagan lupa berdoa supaya Allah limpah rahmat umat Islam ditanah air kita dan seluruh dunia.

Mohamed Firdaus Shajahan said...

tok mamu,doakan untuk hamba Allah yang lemah ini agar baik dalam studies dan doakan hidayat untuk menteri2 di malaysia ini

talol d telok said...

A'kum.
Selamat berangkat semuga dimudahkan semua urusan dan di berkati ALLAH sepanjang perjalanan.

Mejar Zainal said...

Assalamualaikum Sdraku Zainol,

Muga saudara dan rombongan diberi kemudahan oleh Allah SWT untuk melaksanakan ibadah. Selain ilmu haji dan umrah, gunakan juga ilmu fotografi dan penceritaan sebagai mesej dalam mendidik pembaca blog saudara. Saya kurang kesempatan mengabadikan foto semasa di sana dulu kerana kurang daya kreativiti agaknya. Didoakan saudara selamat pergi dan kembali. Amin...

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pengembala.
Ya, saya masih ingat Maaf tk sempat melayan saudara sbb nasi kukus ayam dara Berahim dah terhidang. Insya Allah, nanti bila Tok Mamu balik, kita jumpa jika senang? Insya Allah, doakan Mamu selamat menunaikan fardhu haji dgn sempurna dan selamat! Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Linda.... said...

Assalamualaikum tuan, selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah swt memberkati perjalanan ini dan dipermudahkan segala urusan, diterima segala amalan. Ameen.

CuteOven said...

assalam...

selamat berangkat dan selamat kembali.. semoga dipermudahkan pekerjaan tuan disana...amin

mohon doakan kite agar dapat kesana...tq