Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, October 26, 2011

Syariah tertegak di Brunei Darussalam ~ Kesultanan2 Melayu Malaysia bila lagi?



Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei Darussalam Tuanku Al Sultan Jeneral Haji Sir Hassan al-Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di atas menunjukkan bahawa walaupun Duli Tuanku Sultan Brunei memerintah sebuah negara Melayu yang kecil tetapi yang paling kaya raya dengan hasil minyak petroleum, Baginda mempunyai kesedaran yang cukup tinggi sebagai seorang Raja Melayu yang benar benar berdaulat dikalangan Duli Duli Tuanku Sultan2 Melayu yang masih berkuasa di rantau Nusantara ini.


Hamba ingin bertanya, 'Bilakah pula kesembilan  Duli2 Tuanku Sultan2 Melayu yang bertakhta di sembilan buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan berani bertitah sedemikian pula?'


Jika hendak harap parti2 politik yang dahulunya bertemakan 'Islam', takut tinggal harapan sahaja kerana mudah melatah pabila disergah Maharaj Karpal Singh Zindabar, Pengerusi DAP merangkap kuasa sebenar Pakatan Pembangkang!
Hendak harap UMNO menegakkan Syariah Islam, PM sekarang Dato Seri Najib terlalu ghairah melayan puak pencacai Kaffir MCA didalam BN yang sering mengugut dan menggertak beliau walaupun dari segi politik mereka umpama bateri hilang kuasa yang sudah luput tarikh dan hanya sesuai di kitar semula oleh tauke 'recycling' yang duduk ditepi jalan dengan botol2 plastik serta timbang kilo mereka?


Nak buat macamana?


Duli2 Tuanku Sultan2 Melayu di Malaysia tidak bebas untuk bertitah sama seperti Sultan Brunei Darussalam kerna terikat dengan kekangan kuasa Raja Berperlembagaan!


Merdeka hanya pada nama. Tidak bebas tara mana.


Bukankah negara kita sudah mengaku merdeka dari penjajah British sejak 1957?


Apakah Parlimen Malaysia mahu terus terikat dengan kongkongan Perlembagaan sekular yang dikarang dan di deraf oleh Suruhanjaya Lord Reid Kolonial British?


Apa ertinya kemerdekaan kita sekiranya masih terjajah dengan kehendak British?


Merdeka bersyarat?


Tak merdeka dengan sesungguhnya lah, ya?


Merdeka didalam sangkar penjajahan British secara teknikal perundangan sivil.


Didalam hal ini, Sultan Brunei ternyata adalah satu satunya Sultan dan Raja Melayu yang benar benar berdaulat didalam ertikata sebenarnya di dalam dunia ini.


Daulat Tuanku! Patik doakan Tuanku berjaya!!!




Salam Tok Mamu dari Makkah al Mukarramah, Arab Saudi.

5 comments:

hamsor said...

bro..

kalau kita nak tahu keburukan atau kesalahan diri sendiri jangan tanya pada sahabat, tetapi bertanya pada musuh kita.

Setiap manusia sedikit sebanyak mempunyai musuh yang tersembunyi. Negara juga bagitu. Malaysia juga mempunyai musuh. Untuk mengetahui keburukan negara dan kepimpinan nya, jangan tanya sahabat kerana semua nya indah belaka. tanya lah pada musuh.

Jika benar kita perbetulkan kesilapan dan jika tidak benar biarkan lah ia berlalu...

hamsor said...

AND LOOK AT THESE 2 STATEMENTS MADE BY THE SAME PERSON:

TANJUNG MALIM: 21 Sep.- Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini.

SEKARANG YANG INI PULA:

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.


AND DO YOU HAVE ANY ANSWER FOR THIS MAN WITH "MONITOR LIZARDS TONGUE"???

MAHAGURU58 said...

Hamsor,

Barangsiapa yang memperlekehkan Syariat Allah, tempatnya di Neraka!

Tak kiralah siapa dia itu?

Walaupun ianya seorang Sultan atau Perdana Menteri apatah lagi yang pernah menjadi penghalang pelaksanaan Syariat Allah!

Puas hati?

Aiza4t said...

YEAH! I'm sooo with you MAHAGURU!

Well mansor,
statement utk kenali diri dengan bertanya dri musuh is only part of it, the enemy already know this quote and they might use it to twist our stand.

sudah terang lagi bersuluh hukum Allah mencakupi segenap sudut. Belum dilaksanakan hukum hudud, dah nak kecoh2 yg banyak disadvantage. Bagi peluang utk dilaksanakan, baru boleh komen dengan bijaksana. not just blindly came out with such immature assumption.

MAHAGURU, sy sgtla menyokong dakwah2 anda melalui blogging ;)

MAHAGURU58 said...

Aiza4t my man,

May Allah bless u sir!

Hidup kita sebagai seorang Muslim seharusnya berasaskan kepada rasa prihatin pada org lain dan hendaklah kita berusaha sedaya mungkin utk menyampaikan kebenaran dan menegakkan Syariat Allah seboleh mungkin.

Andainya kita asyik bersengketa sesama Islam dgn meneropong kekurangan saudara seagama kita, maka kita berubah menjadi musuhnya yang paling nyata.

Apakah itu yang kita mahu?

Menjadi penyebab kehancuran saudara seiman kita?

Malangnya ramai golongan yg berjanggut sejemput mahupun segenggam, yang sama se Qiblat dgn kita seolah bersumpah mati mahu terus bersengketa sesama Islam dan sesama kaum, walaupun masing masing berkokok tak sudah sudah ; bertanggapan bahawa dirinya lah yg lebih Islam dari yg lain ttp sanggup bersepakat dgn gerombolan Syaitan bertopengkan Keadilan!

Adil kat dia le tu!

Teruskan usaha Mamu kat sini melalui blog Aiza4t pula!

Through teamwork we strive, higher Dakwah activity, Islam will thrive!

Thanks for commenting.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.