Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 25, 2011

Tabung Haji ~ Pengendali Haji terbaik dunia - Pandangan Mahaguru58

Pengembaraan saya ke Tanah Suci bermula dengan panggilan pihak berkuasa ke atas Tabung Haji memaklumkan akan pemilihan saya untuk bersama sama dengan puluhan ribu jamaah Haji 1432 Hijrah tahun ini.


Antara percaya dan tidak, yang saya mampu lakukan adalah hanya menangis kesyukuran dan sujud kepada Allahu Rabbi kerana memakbulkan impian faqir ini sejak sekian lama untuk dapat menyempurnakan Rukun Islam ke 5 dan terakhir ini.


Saya menangis kegembiraan dan menyampaikan berita gembira ini kepada isteri saya nan tercinta. Beliau hanya mengucapkan syukur dan mendoakan saya selamat pergi dan selamat mengerjakan fardhu umrah dan haji dengan sesempurna mungkin.


Syukur Alhamdulillah.


Hari hari yang berikutnya menyaksikan saya ke hulu ke hilir membeli keperluan haji seperti kain ihram, pakaian2 yang tertentu dan pelbagai macam kelengkapan lain yang akan saya perlukan semasa berada di Haramain.


Saya ke Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak dan bertemu dengan pegawai2 yang berkenaan. Jutaan terimakasih tidak terhingga kepada mereka yang terbabit didalam pengurusan pemergian saya ke Tanah Haram.


Hanya Allah sahaja Maha Pembalas di atas segala bantuan dan pengorbanan tuan/puan. Saya amat terhutang budi kepada Tuan Haji Mohd Naser Jaafar, Pengurus Media TH dan juga kepada Pn. Hjh. Zakiah serta beberapa orang Petugas Haji yang lain diatas jasa mereka kepada saya baik di tanahair dan juga di Makkah al Mukarramah sini.


Seperti dipinta, saya beserta isteri berlepas ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada malam Rabu 19hb Oktober dan tiba di sana pada jam 5 petang ke atas.  


Suasana disana memang meriah bagaikan pesta pestaan dengan ribuan orang terdiri dari para jamaah haji dan ahli2 keluarga mereka serta para peniaga barang keperluan haji dan pengusaha gerai2 makanan dan minuman menambah kepada keadaan sibuk di kompleks tersebut. 


Sesudah solat Maghrib dan kemudian mandi dan menukar memakai kain ihram selepas membaca niat yang diperlukan, saya pun bersama jamaah yang lain serta ahli keluarga menunaikan fardhu maghrib secara berjamaah dan selepas itu, melapor diri di bahagian pentadbiran TH.


Saya kemudiannya bersalaman dengan isteri tercinta dan ahli keluarga kami yakni keluarga abang ipar sulung saya yang turut datang menghantar saya pada malam itu. Terimakasih kerana sanggup datang. Pak Uda, Kak Marsita, Emiza, Efiza dan Eliza. Uncle sayangkan kamu semua. :)


Walau berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta, daku terpaksa juga demi menyahut Panggilan Baitullah! Labbaik kallah humma labbaik! Labbaik kala syarikalaka labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata. Lakawal mulk. La syarikalaq!


Kami berpisah buat sementara kerana Allahu Ta'ala telah memakbulkan do'a saya untuk dapat menunaikan fardhu haji sebelum meninggal dunia yang fana ini. Saya berhasrat untuk membawa isteri tercinta menunaikan fardhu haji bersama nanti bilamana mendapat duit EPF jika saya panjang umur dan dapat hidup samapi cukup usia 55 didalam dua tahun lagi? Insya Allah.


Saya kemudiannya dihantar abang ipar saya, Ir.Tuan Haji Zainal Abidin yang menolong membawakan beg besar saya sampai ke pintu masuk ruang pentadbiran Kompleks TH. Selepas menyerahkan paspot kepada pegawai bertugas dan melepasi pemeriksaan keselamatan serta X-Ray bagasi, saya kemudiannya di minta menunggu di bilik khas dan kemudian datang seorang pegawai TH membawa saya sampai ke Dewan Besar Kompleks TH Kelana Jaya dimana sudah berkumpul para jamaah haji yang lain.


Kami diberikan taklimat tentang cara cara pelaksanaan ibadah haji dan kemudian ada seorang jamaah yang juga seorang ustaz diminta melaungkan azan. Sayu hati ini mendengar laungan azan sebelum pemergian kami ke Tanah Haram, bumi para rasul dan anbiya iwal mursalin.


Saya begitu bersyukur dengan layanan sebegitu baik dan hormat oleh setiap petugas Tabung Haji. Memang cukup membanggakan. Semoga Allah memberikan mereka ganjaran dunia dan akhirat nanti. Insya Allah!


Bayangkanlah! Bagaikan VVIP, kami di iringi pegawai polis trafik dengan kilauan lampu biru motosikal kuasa besar mereka dan dengan bunyian siren melapangkan laluan di jalanraya dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sampai ke KLIA.


Memang kelas lah Tabung Haji jaga jamaah! Tak ada benda nak boleh komplen! Kita ni harus mensyukuri nikmat!


Bagi pandangan peribadi saya, Tabung Haji memang sudah dan sedang melakukan sebaik mungkin didalam melayani keperluan para jamaah haji seMalaysia.


Saya cuma boleh memperingatkan tuan puan, saudara saudari seIslam dengan saya bahawa sekiranya kita hendak mencari kekurangan seseorang atau sesuatu, maka sudah pasti kekurangan yang kita cari akan terserlah pada kacamata kita.


Sebaliknya jika kita hendak mencari kelebihan seseorang atau sesuatu perkara, Insya Allah akan jelas pada pandangan mata hati kita jua.


Tinggal mahu tak mahu je untuk menerima dan mengakui hakikat keadaan.


Mudah2an Tabung Haji terus maju demi kesejahteraan umat Islam seMalaysia yang menanam azam untuk dapat mengerjakan umrah dan haji yang sempurna melalui pengelolaan Tabung Haji Malaysia.


Seorang rakan blogger saya yang sudah menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu berkongsi kerisauan beliau tentang nasib umat Islam Malaysia sekiranya kerajaan sedia ada sekarang di terajui pula oleh pakatan kuffar sekiranya berlaku perubahan kuasa kerajaan pada pilihanraya akan datang?


Belum tentu lagi jamaah haji negara akan ditatang sedemikian rupa seperti sekarang ini dengan disediakan segala keperluan para jamaah haji!


Mudah2an kerisauan sahabat saa itu tidak menjadi kenyataan. Na'uzubillah!


Selaku seorang jamaah haji sendiri bagi musim ini, saya amat berpuashati dengan segala prasarana dan cara cara Tabung Haji menguruskan jamaah seMalaysia.

TH is the best! 

Majulah Tabung Haji untuk umat Islam seMalaysia!

Bersambung...

7 comments:

hamsor said...

Seorang rakan blogger saya yang sudah menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu berkongsi kerisauan beliau tentang nasib umat Islam Malaysia sekiranya kerajaan sedia ada sekarang di terajui pula oleh pakatan kuffar sekiranya berlaku perubahan kuasa kerajaan pada pilihanraya akan datang?

NOTA:
bro..

bila pergi haji, hati kena bersih bro.. jangan ada kesangsian terhadap orang lain... ingat bahawa ramai ahli PAS bekerja dalam tabung haji...

benda2 islam nie nak harapkan orang UMNO ka? hehehehe....

pesona said...

Assalamualaikum Tuan,

Sememangnya tidak dinafikan dan saya akui sepertimana yang tuan nyatakan bahawa Tabung Haji adalah sebuah badan yang TERBAIK dalam menguruskan urusan mengerjakan haji di dunia di kala ini.....
mengikut pengalaman saya dan isteri yang telah pergi mengerjakan haji pada tahun 1431/2010 (secara muasasah), segala kemudahan yang TERBAIK telah disediakan oleh Tabung Haji kepada bakal-bakal haji....

Saya ucapkan semuga tuan selamat mengerjakan haji dengan penuh kesabaran dan di makbulkan dengan Haji Mabrur......

pendekartua said...

Alhamdulillah, dah selamat pergi.

Macam mana kemudahan internet di Mekah dan Madinah? Ada cybercafe di sana?

Kama At-Tarawis said...

benda2 islam nie nak harapkan orang UMNO ka? hehehehe....

ini pun nak dipolitikkan?? ini satu ungkapan yang amat menjijikkan... dan saya bukan ahli umno. kenyataan ini menghina org yg bukan memegang ideologi pas yg bertugas dalam tabung haji.

btw, saya setuju dengan kata-kata M58.. layanan TH amat baik, takkan saya lupa hingga keakhir hayat. syukur alhmadulillah.

LKTP1436 said...

Saya hairan, kenapa Mahaguru58 menukilkan ayat

" Seorang rakan blogger saya yang sudah menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu berkongsi kerisauan beliau tentang nasib umat Islam Malaysia sekiranya kerajaan sedia ada sekarang di terajui pula oleh pakatan kuffar sekiranya berlaku perubahan kuasa kerajaan pada pilihanraya akan datang?

Belum tentu lagi jamaah haji negara akan ditatang sedemikian rupa seperti sekarang ini dengan disediakan segala keperluan para jamaah haji!

Mudah2an kerisauan sahabat saa itu tidak menjadi kenyataan. Na'uzubillah! "

Kenyataan seperti diatas menampakkan sangat akan kebebalan penulisnya,

Kalau pun berlaku perubahan kerajaan di PRU13 akan dtg, sudah tentulah kerajaan yg menggantikannya nanti ialah kerajaan Pakatan Rakyat.

Seperti yg kita sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah merupakan gabungan di antara pelbagai parti, sepertimana juga gabungan di dlm Barisan Nasional (BN).

Didlm keadaan sedemikian rupa, adalah tidak munasabah sekali jika PR yg memerintah maka kedudukan dan pentadbiran Tabung Haji akan kucar kacir.

Ini adalah kerana, buat masa ini, mana-mana gabungan pun yg memerintah, tunjang pemerintahannya ialah parti yg majoritinya org Melayu/Islam.

Sebagai contohnya di dlm BN, Umnolah tunjangnya dan begitu juga di dlm PR, sudah tentulah Pas atau Parti Keadilan.

Manakala Parti Keadilan pula walau pun merupakan parti pelbagai kaum tetapi untuk menjadi majoriti melebihi Pas, sudah tentulah ianya akan di monopoli oleh calon Melayu/Islam.

Kesimpulannya, Mahaguru58 sudah secara tidak langsung menjadi alat kepada BN menabur propaganda murahan.

Sesuatu yg amat di kesalkan, tambahan pula propaganda ini disebarkan semasa anda berada di tanah suci Makkah.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selamat menunaikan HAJI Tuan Mahaguru.. Jaga-jaga keSIHATan semasa di sana..

Wallahualam..

anti bohmau said...

bersetuju sgt2 dgn Tuan mahaguru58.

mungkin takkan sempurna since nobody is perfect but TH memang yg terbaik... tp jika segelintir kakitngn TH bersikap negatif, akan menjejaskan nama baik TH.

harapan kita semua TH akan terus berkembang baik dgn pengurusan yg dinaungi oleh kerajaan yg prihatin dgn nasib orang2 Islam di negara ini, Insyaalah.