Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, November 03, 2011

Ucapan Jamaah Haji Malaysia sempena lawatan PM ke HQ Tabung Haji


Rakaman ucapan spontan Jamaah Haji Malaysia di Hotel Abraj al Janadiriyya, Makkah al Mukarramah sempena lawatan PM Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam.


Video tersebut di atas turut memaparkan rakaman jamaah haji yang mengikuti pakej mewah anjuran TH Travel & Services yang sempat saya rakam dua minggu sudah tetapi tak sempat nak muatnaik. Hotel Royal Dar Al Eiman adalah hotel bertaraf 5 bintang dan terletak tidak jauh dari Masjidil Haram.


Semakin dekat lokasi penginapan, semakin mahal le kos pakejnya. :)


Rata-rata jamaah haji Malaysia amat berpuashati dengan layanan dan kemudahan yang Tabung Haji sediakan.


Alhamdulillah!

5 comments:

Supar Yop said...

Syabas Mahaguru!

Supar Yop said...

Sebenarnya sudah lama saya hantar komen tapi asyik kena tendang beberapa kali,rupanya kena update password.

Tahniah saya ucapkan pada Mahaguru kerana berupaya mengerjakan fardhu haji tahun ini. Ramai rakan2 saya sudah melakukannya.
Kalau ikut usia Mahaguru, maknanya lagi 5 tahun saya akan lakukannya. Moga2 dipanjangkan umur, Insya Allah.
Saya sangat kagum dgn penghargaan yg Tuan berikan pd kakitangan TH.Dalam kesibukan mengerjakan ibadat , sempat jugak menngupdate blog! Apa tuan pegi internet cafe kat sana atau bawak lap top taip kat bilik hotel?

Apa2 pun tak kisahlah, janji dapat update.20 tahun dulu tak terfikir nak dapat update demikian cepat begini.Tunggu jemaah balik haji dah 40 hari kemudian barulah dapat dengar cerite dari mulut jemaah haji.

Begitu pun saya melihat, dalam pandangan positif tuan terhadap tenaga kerja TH, ada jugak suara2 sumbang bak radio buruk yg sentiasa mencari pelaung menghantar komen sindiran dan penuh sinikal seolah2 memperlekehkan TH.
Pada tuan2 begini, saya nasuhatkan supaya berhenti sekejap mengguna frame politik anda tu,cuba lihat dgn pandangan lebih luas, jangan pasal TH dalam lingkungan pemerintahan parti yg tak sehaluan dgn pandangan kita , semua nampak serong, tak betul padahal kerajaan Arab Saudi juga memberi penghargaan tertinggi pada TH.
Pada Mahaguru, teruskan sumbangan anda, kami sini sentiasa ternanti2 berita update dari Tanah Suci!

anti bohmau said...

Congratulations sir for making it to Mekah this season. May Allah SWT grant you with a MABRUR HAJ upon completing your ibadah & come back safely soon, InsyaAllah...

hope i'll be following the same path soon

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Terimakasih di atas doa tuan2 sekelian.

Saya hanya mampu bersyukur kepada Allahu Ta'ala dan Tabung Haji yang membuka peluang bagi saya menyempurnakan fardhu umrah dan haji saya tahun ini.

Tidak pernah putus doa saya kepada Allah setiap kali lepas solat supaya Allah SWT mengizinkan saya menjejak kaki saya dan isteri ke Tanah Suci Nya bagi mengerjakan fardhu umrah dan haji kami.

Doa saya dimakbulkan Allahu Ta'ala tahun ini. Insya Allah akan saya bawa isteri tercinta saya bersama untuk menyempurnakan fardhu haji kali kedua bagi saya dan pertama baginya tahun 2013 jika dapat, Insya Allah.

Supar Yop, sbg blogger saya sudah semestinya menjalankan tugas biar dimana sahaja.

Alhamdulillah!

pesona said...

Assalamualaikum Tuan,

Terlebih dahulu saya mendoakan agar tuan dapat melaksanakan haji dengan penuh kesabaran dan bertawakal kepada ALLAH agar mendapat Haji Mabrur....

Sememangnya Tabung Haji memberikan perkhidmatan yang TERBAIK kepada para jemaah drpd Malaysia oleh kerana saya sendiri telah alami pada musim haji 1431/2010..yg menginap di hotel Al Janadriyah...