Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 15, 2011

'Oley' ~ Filem pendek PAS menerangkan tentang Hudud ~ Tahniah!




Mahaguru58 ucapkan syabas kepada semua mereka yang terlibat didalam pembikinan filem pendek ini yang menampilkan cara berdakwah berhemah kepada umum berbandingkan cara drama drama You Tube bersiri 'Sembang Rakyat'!


Jika dari dulu lagi pihak Lajnah Dakwah & Penerangan PAS Pusat mengambil jalan dakwah secara ini, Insya Allah, tidaklah masyarakat kita keliru tentang apa dia Hukum Hakam Syariat Allahu Ta'ala?


Tak payah hiraukan apa orang nak kata? Ambil peduli akan apakah penilaian Allah Subhanahu Wa Ta'ala terhadap amal ibadat kita!


Setiap dari kita wajib menyampaikan maklumat tentang agama kita nan suci kepada semua dengan cara sebaik mungkin.


Yang nak caci maki dan hina menghina hanya menjerumuskan diri ke dalam api neraka nanti. Biar lah yang kat bumi memusuhi kita kerna dia jahil dan buta agama.


Jangan sampai yang di langit pula yang murka kerna angkara nafsu dan kesombongan kita? Na'uzubillah!


Bawa bawalah berusaha merapatkan saf. Insya Allah ada manfaatnya.


Kaffir memang suka kita bertelagah. Jangan kita pula yang ghairah membantu mereka dengan bermusuhan sesama ummah.


Nak cari penyelesaian pertelagahan ummah mudah saja. Buang sifat mazmumah dan hulurkan tangan bersalam salaman. Insya Allah ada kebaikannya pada semua.


Teruskan berkarya seperti ini. Mahaguru58 sokong 'Sembang Ummah' seperti ini dari menonton 'Sembang Rakyat' yang penuh dengan caci maki dan kata nesta terhadap sesama ummah!


Mangkok hayon yang berkopiah didalam siri itu harus beristighfar dan bertaubat. Adu domba akan hanya membawa dirinya ke neraka bukan syurga. Bukan hamba menentukannya tetapi niat jahat disebalik hasutan2 nya didalam siri tersebut tidak berasaskan kepada suruhan agama Islam nan mulia.


Wanita2 yang tampil tak berjilbab itu hanya mendedahkan kebodohan masing masing dok sembang deraih tentang agama Islam tetapi diri masing masing tu sedang berdosa terhadap Allahu Ta'ala kerana mengengkari perintah berhijab didalam Surah An Nur ayat ke 31!


Akai pi mana cik kak oi?


Berbalik kepada tenaga kerja oneheartcs's channel yang menerbitkan filem pendek seperti 'Oley!' ini, Mahaguru58 ucapkan Syabas dan berharap supaya lebih banyak lagi filem filem pendek bercorak dakwah ini dihasilkan dan disiarkan didalam You Tube!


Insya Allah akan Mahaguru58 turut mewarwarkannya nanti demi kebaikan untuk ummah!


Bagi saya, samada PAS atau UMNO, dua duanya sama seIslam dengan saya. Yang mana buat perkara elok, saya tetap sokong! Yang buat cerita mengarut macam siri 'Sembang Rakyat' yang entah apa apa, saya malas nak layan. Tak ada guna sikit pun!


Tanggung le natijahnya nanti.


Kepada umat Islam, sokonglah penerbit oneheartcs's channel ini. Baik punya! :

7 comments:

Living Seed said...

yup..benda betul kita wajib sokong

Living Seed said...

Pp haHa http://bit.ly/tOjO2Z e3E

JoN said...

xdak masalah untuk terima kalau benda betul, tp PAS members kena ingat gak bkn diaorg saja yg "ISLAM" di bumi ALLAH S.W.T ni.... satu lg tenkiu sesangat to PR sbb bnyk melayu2 penang terutama kawasan gelugoq and jelutong dh makin sempit di kwasan sendiri..so tenkiu for do a foolish thing to their own kind..

Living Seed said...

Tg ROFL haHa http://bit.ly/vvztpz s7P

Living Seed said...

tp saya a bit kurang jelas dlm hal hudud non muslim ni...
apa yg saya temui berdasarkan dalil menunjukkan HUDUD dikenakan kpd semua golongan, MUSLIM dan KAFIR ZIMMI...
.bertepatan dgn Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].
Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].
Sa’id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).
Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam ...
..

Living Seed said...

Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, SIYASAH SYAR’IYYAH pada bab ‘Hukum dan Hak-Hak Allah’ menyatakan:

Hukuman harus dijalankan secara adil tanpa pandangan bulu, pada seluruh lapisan masyarakat; pada orang terpandang,dan kelas sosial yang lebih rendah, mahupun orang yang miskin. Kewujudan hukuman harus tetap dipertahankan dan dijaga kemurniannya daripada segala jenis penyuapan (rasuah), saranan atau pengaruh-pengaruh dari pejabat tertentu dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengabaikan kemurnian nilai-nilai hukum, padahal dia mampu menegakannya, baginya laknat bagi Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. Allah Taala tidak mengenal adanya penggantian dan upaya untuk surut daripada penerapan hukum kerana dengannya, identik menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah (muka surat 88-89)

Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya, Al-Ahkam As-Sulthaniyyah dalam bab zina dan rejam menyatakan:

Untuk dihukum rejam, seseorang tidak disyaratkan beragama Islam. Jadi, orang kafir pun direjam seperti halnya orang Muslim.

Abu Hanifah berkata :

”yang dihukum rejam ialah orang Muslim sahaja. Jadi, jika orang kafir berzina, dia dicambuk dan tidak direjam.” Padahal Rasulullah s.a.w pernah merejam dua orang Yahudi yang berzina. (muka surat 367)

Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong.” (muka surat 375)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.

Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan :

“Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Firman Allah SWT :

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49]...
..

Living Seed said...

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang
berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat
menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang
melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat?

Mereka menjawab:

Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas
kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi
jalan.

Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu
berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika
bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas
ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya.

Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata
kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu
mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam.
Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi
dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan.

Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut
merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman
batu itu

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3211
http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?Doc=1&Rec=4108&Tags&Index&Searc\
h=0&desc=-1&SID=-1&pos=&CurRecPos=&dsd=&ST=&Tag=&SP=
Mengikut Sayid Sabiq (Fiqh Sunnah):

Muslim dan Kafir zimmi sama iaitu sebagaimana diwajibkan hukum had (hudud) ke
atas muslim, maka sesungguhnya diwajibkan juga keatas orang murtad dan kafir
zimmi kerana ia berada dibawah naungan pemerintahan Islam yang mana hukum Islam
di tegakkan.

Sesungguhnya Nabi Sallallahu alaihi wasallam merejam dua orang yahudi
(perempuan/lelaki) dan mereka adalah muhsan (dah kahwin). (Sila rujuk hadis di
atas)

Adapun orang murtad, dia tetap berada dalam hukum Islam dan tidak boleh lari
daripada perlaksanaan hukum Islam keatasnya disebabkan kemurtadannya. (pent:
cthnya dia berzina ketika murtad dan masuk islam semula setelah murtad
maksudnya, kalau dia tak bertaubat (masuk islam semula) setelah murtad maka
dihukum bunuh)

Mengikut Pendapat Fuqaha' (Ahli Fiqh):

Diceritakan oleh ijmak lautan sahabat bahawa akan disebatnya orang harbi (yg
sabit dengan kes hudud).

Adapun rejam:

1) Syafie, Abu Yusof, Qasimiah berpendapat sesungguhnya direjam penzina kafir
muhsan jika ia adalah:

i)baligh
ii)berakal
iii)merdeka
iv)Nikah secara sah mengikut iktikad mereka

2) Berpendapat Abu Hanifah, Muhammad, Zaid bin Ali, An-Nasir, Imam Yahya:

Sesungguhnnya orang kafir disebat dan tidak direjam kerana sesungguhnya Islam
adalah syarat pada hukuman hudud pada kes muhsan (dah kahwin) kerana sahnya
kahwin adalah bersyaratkan Islam.

Nabi merejam dua orang yahudi berdasarkan hukum yang terdapat dalam taurat yang
dipegang oleh Yahudi.