Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 25, 2012

PM Najib buat kerja khurafat! Mana penasihat Agama Islam Tuan Haji?

Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terbukti sedang melakukan kerja khurafat menepung tawar salah sebuah dari 15 buah kenderaan van 'Skuad Sayang' Pergerakan Wanita UMNO Kelantan. 


Sumber berita Utusan Online disini.


Menepung tawar adalah suatu perbuatan adat resam Melayu lama yang haram di sisi Agama Islam.


Malah Majlis Agama Islam Malaysia telah mengeluarkan fatwa secara rasmi mengharamkan dan melarang segala bentuk perbuatan khurafat yang haram di dalam ajaran Agama Islam. Sila rujuk kepada e-fatwa berkenaan disini.


Kita sedang hidup di Akhirul Zaman.


Segala bentuk ilmu pengetahuan dan hukum hakam berkenaan Islam begitu mudah sekali dicapai oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan sistem perhubungan telekomunikasi tercanggih yang terdapat didalam negara kita berhubung dengan rangkaian laman internet sedunia.


Untuk sesiapa pun umat Islam didalam negara ini atau dimana sahaja di seluruh pelusuk muka bumi Allahu Ta'ala ini untuk berkata bahawa ia tidak tahu akan kedudukan sesuatu perkara itu dari segi perundangan dan Syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan hanya membuktikan bahawa ianya jahil tahap gaban dan cuma memberikan alasan semata mata untuk mengelakkan diri dari disabitkan dengan kesalahan yang begitu ketara dan nyata!


Jahil tahap mana? Sendiri mau ingat lah!


Barangsiapa yang mengamalkan perbuatan khurafat serupa dengan cara orang orang kaffir adalah sama dengan mereka.


E-fatwa disini menjelaskan bahawa 'Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya' adalah HARAM dan berlawanan dengan akidah kita sebagai manusia Muslim yang beriman kepada Allahu Ta'ala!


Dari dok menepung tawar ape ke benda, bukankah lebih elok membaca doa minta selamat beramai ramai bermunajat kepada Allahu Ta'ala untuk memberkati usaha mereka yang bercadang untuk berkhidmat kepada masyarakat menjelang tibanya musim pilihanraya ke 13 nanti?


Berdo'a terus kepada Allah. Tak payah nak pakai perantara. Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri melarang umatnya untuk berwakilkan diri baginda untuk berdoa kepada Allah.


Ada apa apa hajat minta terus kepada Allah. Tak payah nak bakar colok, perasap kemenyan, menepung tawar, segala tok nenek dan sebagainya.
Teringat saya akan kebiasaan orang orang kaffir melukis pelbagai macam rajah dan tanda tanda kepercayaan mereka pada nombor plet kenderaan masing masing.


Siap ada tokong kecil atas 'dashboard', segala macam tangkal 'hekkoh' dan azimat untuk mengelakkan bala konon nya?


Jika saya ada masa lapang, nanti saya pergi ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee tengok akan keadaan kenderaan kenderaan yang terlibat didalam kemalangan dan ambil gambar akan kenderaan2 sebegitu sebagai bukti bahawa 'Tidak ada kuasa selain Allah Rabbul Alamin!'


Letaklah kepala apa pun sebagai azimat yakpursalam. Jika takdir Allah bahawa sipolan itu ini akan jadi begini pada saat dan waktu seperti itu dan ini, maka percayalah bahawa ianya akan berlaku juga.


Tak ada tapi tapi atau barangkali lagi, beb!


Haji Najib harus bertaubat!


Tak payah lah nak buat kerja kerja khurafat seperti ini lagi. Taubat Nasuha dan belajarlah akan hukum hakam Agama Islam selaku Perdana Menteri negara Malaysia ini yang kononnnya sudah menjadi 'Negara Islam'?


Kita masih ada banyak kerja membetulkan amalan dan kepercayaan umat Islam didalam tanahair kita ni Tuan Haji!


Baru baru ini saya pergi menjelajah ke bandar lama Tanjong Malim dan Slim River di Perak semasa cuti umum Tahun Baru Cina.


Semasa saya sedang berjalan jalan mengambil gambarfoto bangunan bangunan lama disana, saya disapa seorang lelaki Melayu yang bertanya samada saya ini seorang ustaz berdasarkan penampilan saya?


Saya bertanya kenapa?


Ia mengadu sedang sakit sakit dan meminta di jampi.


:P


Saya bertanya kepadanya samada ia amalkan solat seharian ke tidak?


Ia tersengih saja dan tidak menjawab.


Saya nyatakan kepadanya bahawa selaku seorang Muslim, adalah wajib bagi kita mengerjakan solat 5 waktu dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala memohon perlindungan Nya dan tidak kepada yang lain.


Saya mengajarkan kepadanya contoh beberapa surah pendek yang Insya Allah akan memulihkan dirinya dari sebarang gangguan makhluk halus dan menasihatkannya supaya rajin rajin beramal dengan zikir dan amal ibadah yang diharuskan didalam Islam.


Masih ramai lagi masyarakat kita yang cukup tebal dengan kepercayaan karut dan khurafat serta animisma walau berlabel diri sebagai Muslim!


Sayang sekali PM 1Malaysia kita tak sadar akan haramnya kerja menepung tawar seperti yang dilakukannya itu?


Nak harap siapa yang berani menegur dan menasihati Dato Seri Tuan Haji Mohd Najib?


Jika semua yang sibuk dok bergayut dipinggangnya asyik na'am na'am tak sudah sudah dan diam membisu terhadap salah laku pemimpin tertinggi yang dipuja dan dipuji maka bersedialah wahai tuan puan untuk melihat Murka Allahu Ta'ala nanti menimpa kita!


Na'uzubillahiminzalik!


Kepada Dato Seri Haji Mohd Najib, hamba berseru agar berusahalah menambah ilmu pengetahuan Ad Deenul Islam diri sendiri kerana yang disekeliling Dato Seri ternyata tak boleh diharap untuk membimbing Tuan Haji ke arah yang benar?


Mereka takut 'sorru miss' Dato Seri.


Segala info tentang yang halal dan haram ada tersedia 24jam sehari dihujung jari saja Tuan Haji.


Tuan Haji kan mesra IT? Maka pandai pandailah membuat carian Google tentang apa saja yang Tuan Haji musykilkan?


Susah susah, Tok Mamu sedia berbakti. :) Tak jadi hal! Bisa di atur brader. :)


Hendak seribu daya Haji. Tak hendak? Sorry aa. Hamba dah berusaha.


Mudah2an tak buat lagi kerja kreko macam tu, ye?


Semoga Allahu Rabbul Alamin membimbing dan memberkati kita semua.


Amin Ya Rabb. Amin Ya Rahman Ya Rahim.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
~ Sekadar memperingatkan sesama Islam~ 





5 comments:

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Haji Tok Mamu.

Jika bersolat, mengapa kita tidak memahami "iyya kana' budu wa iyya kanas tai'n"?

"Sesungguhnya, Engkaulah yang aku sembah dan kepada Engkau aku memohon pertolongan."

Saya cukup mengelakkan untuk berpihak tetapi saya sungguh malu bila melihat Melayu jahil agama.

Saya sedih dan cukup sedih. Demi Allah Azza wa Jalla..saya cukup sebak dan marah melihat keletah Melayu sekarang. Yang bagus cuma boleh dikira dengan jari sahaja.

Yang berlagak gengster..fuhh..ramai Tuan haji. Padahal, habuk pun takde. Andai Allah menarik kudrat mereka, beramai-ramailah mereka mengisi slot "Bersamamu". Status Melayu takkan tolong kita Tuan Haji. Hanya Allah..Hanya Allah..Hanya Allah kita memohon pertolongan.

Astaghfirullah. Semoga kita semua bertaubat dan Allah memberi hidayah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam sahabat Tok Mamu.

Usah berhenti menegur dan menasihati sesama Islam dengan kita Tok Rimau.

Andainya Tok Rimau 'give up' dan memilih buat hal sendiri, percayalah bahawa akan datang masa nanti dimana, yang dok hidup dan mengaku diri sebagai Muslim akan tak tahu bagaimana caranya untuk memandikan janazah kita?

Akan tidak tahu cara cara mengkafankan kita?

Menguruskan janazah kita dan mungkin tak akan tahu lagi cara cara mengebumikan kita secara dituntut dan di ajar Ad Deenullah kita?

Hanya kerana ada diklangan kita yang sudah jahil tahap gaban, tak bermakna kita yang faham sikit sikit ni semberono pula merasa kita dah arif akan segalanya dan memusuhi mereka!

Bersama samalah kita belajar dan ajar kepada mana mana sesama Islam yang mahu mencari kebenaran.

Selagi jantung kita masih berdegup, selagi nadi kita masih berdenyut, darah masih mengalir, Insya Allah harus kita terus bersuara, mengajak manusia ke jalan Allahu Ta'ala.

Jangan kerana marahkan Najib suami isteri, kita melatah membiarkan segala yakpursalam kuffar laknatullah tampil merebut kuasa bermaharajalela ikut sesuka!

Tok Rimau selaku seorang yang sadar akan keadaan sekeliling harus belajar bersabar dan lebihkan bermunajat kepada Allah mohon diberikan petunjuk Taufik dan HidayahNya kepada yang sedang bengong mengong ni?

Insya Allah, itu lebih afdhal bagi kita bersama.

Never surrender brother!

We must keep on blogging for Allahu Ta'ala till we drop dead!

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultaanik!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Harimau-Menaip said...

Tuan Haji,

Allahumma inni asa'lukal huda was sadaadah. "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan teguhkanlah kedudukanku dalam menempuh jalan yang benar".

Andai kita give-up, apa yang mahu kita jawab di hadapan Allah SWT?

Terima kasih atas nasihat Tuan Haji.

Saya amat menghargainya.

putera said...

jgn double standard tok mamu...tu yg nizar bwk lilin..si nuwar sembah mayat cina tu xmau komen apa2 ke ?

MAHAGURU58 said...

Inilah yang dikatakan 'out of topic' putera!

Yang ditulis disini adalah berkenaan kerja khurafat Perdana Menteri Malaysia bukannya orang orang itu!

Tok Mamu malas nak komen tentang mereka yang bukan pemimpin kerajaan kerna yang sorang tu bekas menteri besar ~ dia dah jadi orang perseorangan balik. Tak ada kuasa ke atas negara.

Sorang lagi tu terlalu banyak kontroversi dan sebenarnya tak ada kuasa ke atas diri kita juga. Biarlah mereka dengan kekalutan mereka. Tak payah dok jirus minyak tanah lagi.

Ini PM 1Malaysia brader. Sebab tu kena tegur. Yang lain tu infiradi. Dia jawab sendiri.

Ini Ketua Kerajaan brader. Sebab tu yang kita nasihat. Tolong jangan dok konar sini sana.

Stick to the topic or else your comments won't see the light of day, bro!