Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 10, 2012

Melayu bakal hilang segalanya jika salah undi di PRUke13!




Raja Raja Melayu adalah benteng terakhir yang memelihara kedudukan dan nasib orang2 Melayu di tanahair mereka!


Namun kebanyakan Raja2 Melayu sekarang tidak bertaring melainkan Sultan Kelantan sekarang, Sultan Selangor sekarang, Sultan Johor sekarang dan Tengku Mahkota Negeri Perak Darul Ridzuan. 


Sultan2 lain bagaikan tidak mahu bersuara langsung mengenai apa apa sahaja isu yang menggugat kedudukan dan nasib orang2 Melayu!


Apatah lagi bab kedudukan Islam!!!


Apa guna kita mempunyai Sultan tetapi dikekang kedaulatan Tuanku sekelian selaku Raja Raja kita?


Memang tidak ada Raja yang sempurna tetapi tidak boleh lah kita membiarkan Raja2 kita diperlekehkan oleh mana mana pihak terutamanya peguam2 yang berasa diri mereka kebal dari undang2!


Bagi saya perbuatan menghina Raja harus diambil tindakan sama seperti di negara jiran kita Thailand!


Saya sudah lama bersuara bahawa Sultan2 Melayu harus lebih berani menguatkuasakan kedudukan dan peranan masing2 selaku Ketua Agama Islam di negeri masing2.


Insya Allah tak akan saya berhenti selagi masih bernafas!


Kerana apa saya bersuara sebegini?


Apakah saya ada apa apa cita cita politik?


TIDAK SEKALI KALI!


Tidak ada apa apa niat saya melainkan mahu melihat tanahair ini tetap kekal sebagai Tanah Melayu yang berteraskan kepada pemerintahan orang orang Islam!


Itu sahaja.


Ini bumi tanah kelahiran saya. Selaku warganegara ini, saya mahu melihat ianya terus menjadi bumi dimana umat Islam yang terdiri dari kebanyakan orang2 Melayu dan bangsa2 lain yang sesama Islam serta orang2 bukan Islam yang tidak memusuhi kita selamat hidup bersama sama dengan aman dan damai.


Saya tidak menyeru agar yang bukan Melayu dan bukan Islam di aniaya.


Saya mempunyai ramai rakan2 dan kawan2 dari kalangan yang bukan Melayu dan bukan Islam yang kebanyakan mereka baik dan mahu hidup secara aman dengan kita.


Namun sekiranya orang2 Melayu alpa dan termakan pujuk rayu dari Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang sedia ada, maka bersedialah wahai Melayu untuk melihat kemusnahan nasib sesama bangsa kamu!


Apakah kebanyakan orang2 Melayu sedar bahawa jika berlaku perpindahan kuasa dari Kerajaan BN kepada Pakatan Pembangkang maka yang akan berkuasa nanti adalah wakil PAP didalam Malaysia iaitu DAP akan mengubah dasar2 Perlembagaan Malaysia yang menjamin kedudukan Raja2 dan seterusnya orang2 Melayu memerintah tanah pusaka bumi warisan Melayu ini kepada agenda 'Malaysian Malaysia' mereka yang sebenarnya adalah agenda 'Malayan Union' yang akan menghapuskan hak2 orang2 Melayu dari bumi bekas Persekutuan Tanah Melayu ini?


Nizar yang menjadi MB Pakatan Pembangkang Negeri Perak tak sampai setahun telah menggadaikan hak2 Melayu keatas bumi bertuah ini dengan memberikan hak pajakan tanah selama 999 tahun kepada perkampungan baru orang2 Cina disana!


Itu belum setahun dah gadai hak Melayu selama hampir 1000 tahun! British Kolonial pun tak berani buat begitu semasa menjajah Malaya!


Demi kuasa sementara, ada dikalangan politikus Melayu sanggup menggadaikan segala galanya demi hendak merasa kemewahan duniawi tanpa mengambil kira akan nasib bangsa mereka!


Apakah anda sanggup senasib dengan orang2 Rohingya di Myanmar? Sama senasib dengan orang2 Maori di New Zealand dan Aborigine di Australia?


Sama senasib seperti orang2 Chechnya di negara bekas Kesatuan Soviet?


Senasib dengan orang2 Palestin? Orang2 Kashmir?


Senasib dengan Melayu Singapura? Melayu Pulau Pinang?


Lee Kuan Yew dah bersedia hendak masuk semula ke Malaysia menjayakan perancangan bersama dengan DAP dibawah ketentuan Lim Kit Siang anak beranak, Karpal Singh anak beranak dan proksi mereka Anwar Ibrahim sekeluarga serta pembantu mereka didalam PAS!


Malaysian Malaysia akan menghapuskan hak2 anda sebagai Melayu Semenanjung selama lamanya!!!


Anda berupaya menghancurkan agenda musuh orang2 Islam Melayu seMalaysia ini!


Jangan jadi senasib dengan Pak Kadok! Ayamnya menang bersabung namun kampongnya tergadai!


Ini bukan main main tuan2 dan puan2. Beringat sebelum hilang segalanya!!!


KEKALKAN LAH KEDUDUKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU SEMALAYSIA DEMI MASA DEPAN ANAK2 DAN CUCU CICIT KAMU SEMUA!


Hayati lah maksud didalam lirik2 lagu berikut:





* Artikel ini ditujukan kepada Melayu yang masih waras, berakal dan cerdik. 


Andaikata anda tergolong didalam kumpulan yang sama seperti watak Pak Kadok, tidak digalakkan mengirim komen kerna nyata ianya pasti membuang masa kita bersama. 


Kita semua masih bebas membuat keputusan masing masing, kan?


Maka terpulanglah kepada setiap warganegara ini membuat keputusan yang sudah pasti akan menentukan arah tuju kerajaan yang akan memerintah negara tercinta ini pada tahun2 yang akan datang?


Berfikirlah dengan waras dan buat keputusan yang tepat dan bermanfa'at. Insya Allah.


Sekian. Terimakasih.



Peringatan ikhlas dari,


Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58.

6 comments:

Mat keluang said...

Melayu Terpaksa membuat satu pilehan yang susah.Jika kita undi UMNO/BN ini bermaana kita akan meneruskan pemerentahan regim yang corrupt dan jika kita mengundi PKR ini bermaana Melayu akan kehilangan kuasa.Ada kah PAS dapat menjamin kuasa Melayu akan terus di pertahankan.Hanya Allah yang mengetahui.

MAHAGURU58 said...

Sebab itulah kita mesti bersuara menegur para pemimpin yang memegang kuasa ini agar bertanggungjawab semasa bertugas.

Yang korup harus ditangkap dan dibicarakan. Jika sabit kesalahan hukumannya mesti setimpal dengan jenayah yang dilakukan bukan meringankan mengikut suka!

Ada ruang untuk mengajar yang korup!

Tetapi adalah satu musibah yang teramat besar jika kuasa beralih tangan kepada proksi PAP di Malaysia ini!

Melayu kan merempat dibumi sendiri ANDAINYA ada dikalangan Melayu yang kurang cerdik mengundi proksi PAP didalam PRU ke13 akan datang!

Apakah itu yang kita mahu?

Na'uzubillahiminzalik!

Joseph a.k.a Apam Balik is Gay said...

Mamu jangan lupa Sultan Selangor, Baginda juga banyak bersuara bagi kepentingan Islam dan Melayu.

Masakan tidak, ada Si Kitol yang sanggup memfitnah Baginda didalam blog. You know who.

Allah Selamatkan Kita!

MAHAGURU58 said...

Joseph,

Kan ada saya sebut Tuanku Sultan Selangor sama?

Terlepas pandang ke?

nizam terengganu said...

Salam mamu,

Apakah hukum mengundi parti yang tidak memperjuangkan Islam? Adakah dasar parti UMNO mamu rasa memperjuangkan Islam atau atas dasar mahu Melayu berkuasa mamu menyeru untuk tidak mengundi pembangkang? Guru saya selau berkata, apa2 parti yang kita sokong mestilah berteraskan Islam, sebab ianya satu akidah. Kalau pemimpin parti itu tidak menjalankan pemerintahan atas dasar parti itu, yang anawerable kat padang mahsyar kita adalah pemimpin itu. Apa pendapat mamu? Saya betul2 takut dihisab diakhirat nanti - "kenapa kamu menyokong parti sifolan senadkan kamu tahu parti sifolan tak berteraskan dasar islam". wallahualam.

sekadar bertanya daripada yang lebih arif.

nizam Kemaman

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam nizam.

Ruang komen ini tidak mengizinkan saya menjawab secara panjang lebar soalan2 anda maka saya telah menulis jawapan saya didalam bentuk artikel khusus.

Sila ke http://mahaguru58.blogspot.com/2012/03/nizam-terengganu-bertanya-mahaguru58.html