Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 14, 2012

Nizam Terengganu bertanya Mahaguru58 menjawab!

Seorang penulis halimunan bertanya kepada saya tentang artikel saya yang menyeru para pembaca blog Mahaguru58 agar tidak menyokong pakatan pembangkang didalam PRU ke13 akan datang?


nizam terengganu said...
Salam mamu,
Apakah hukum mengundi parti yang tidak memperjuangkan Islam? Adakah dasar parti UMNO mamu rasa memperjuangkan Islam atau atas dasar mahu Melayu berkuasa mamu menyeru untuk tidak mengundi pembangkang? Guru saya selau berkata, apa2 parti yang kita sokong mestilah berteraskan Islam, sebab ianya satu akidah. Kalau pemimpin parti itu tidak menjalankan pemerintahan atas dasar parti itu, yang anawerable kat padang mahsyar kita adalah pemimpin itu. Apa pendapat mamu? Saya betul2 takut dihisab diakhirat nanti - "kenapa kamu menyokong parti sifolan senadkan kamu tahu parti sifolan tak berteraskan dasar islam". wallahualam. 


sekadar bertanya daripada yang lebih arif.


nizam Kemaman
Wednesday, 14 March, 2012
_______________________________________________________________


Walaupun iktikad blog saya ini adalah untuk tidak melayan penulis2 halimunan seperti nizam terengganu di atas, saya memilih untuk menjawab soalan2 nya diatas prinsip bahawa soalan2 nya telah disampaikan didalam penulisan yang sopan dan boleh diterima.


Maka inilah jawapan2 saya:


Wa'alaikumsalam nizam terengganu,


Soal hukum mengundi itu terpulang pada diri seseorang?


Apakah nizam terlepas pandang bahawa sekarang ini PAS sudah tidak lagi memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam?


PAS sudah sanggup bersepakat dan bersekongkol dengan musuh ummah paling nyata yakni DAP dimana Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar kita untuk melangkah mayatnya jika ingin berbuat demikian?


Pemimpin tertinggi DAP Lim Kit Siang telah berucap didalam Parlimen menentang penubuhan Negara Islam di Malaysia:



Anwar Ibrahim sudah berkata bahawa ia tidak menyokong apa apa usaha untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia:






Andai Pakatan Pembangkang yang nizam ternyata sedang menyokong menang PRU ke 13 (Na'uzubillahiminzalik!), maka inilah dia calon Perdana Menterinya!


Apakah nizam sanggup berperdana menterikan seseorang seperti Anwar Ibrahim ini?


Saya tidak mahu langsung menyentuh bab keperibadian Anwar seperti kebanyakan blogger lain yang sering menerbitkan artikel2 tentang salahlaku moral yang dikaitkan pada dirinya!


Saya mengambil pendirian tegas tentang apa apa pegangannya yang melanggar hak asasi kita sebagai umat Islam tanahair ini dan yang berkaitan arah tuju hal ehwal Agama Islam diMalaysia! Ini sahaja.


Anwar Ibrahim berpendirian bahawa murtad itu hak individu! Apakah nizam menyokong Anwar didalam bab ini?



Apakah nizam juga lupa bahawa Anwar Ibrahim sudah berucap mengatakan bahawa Malaysia ini bukan milik Melayu?



Apakah dia asal usul Malaysia ini?


Bukankah Persekutuan Negeri2 Tanah Melayu?


Arwah ayah saya seorang imigran India Muslim berasal dari Selatan India. Saya lahir di Pulau Pinang pada tahun 1958. Anak jati Negeri Pulau Pinang. 


Seorang warganegara Malaysia yang berpegang teguh kepada pepatah Melayu lama : 'Dimana bumi dipijak ; disitu langit dijunjung!'


Saya menjunjung tinggi kedaulatan Kesultanan Melayu sebagai Raja2 saya dan hormat kepada Baginda Tuanku Sultan2 Melayu sekelian selaku Yang Di-Pertuan Semenanjung Tanah Melayu ini.


Bumi Semenanjung ini adalah bumi bertuah dimana Empayar Kesultanan Melayu Melaka pernah gah di seantero pelusuk Asia sehingga menarik minat para penjajah Barat datang mula mula untuk berniaga dan lama kelamaan berperang menaklukinya untuk beberapa ratus tahun sehingga lah ianya merdeka pada tahun 1957!!!


nizam lupakah akan semua sejarah ini???


Apakah Melayu itu bukan kebanyakannya Muslim dan beragama Tauhid? Saudara seagama kita!


Apakah sanggup nizam bersubahat dengan musuh2 Islam dan ummah seperti Pakatan Pembangkang?


Mereka bersepakat untuk TIDAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM di Malaysia ini! Selagi ada bulan dan bintang dilangit, selagi itu DAP tetap menentang hasrat kebanyakan dari umat Islam seMalaysia untuk melihat Islam tertegak dibumi Tanah Melayu ini!


Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sekarang ini memang telah berkata bahawa ia tidak ada perancangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam sekarang ini dizaman pentadbirannya.


Ini tidak bererti bahawa PM Malaysia selepas nya tidak akan berusaha memartabatkan Syariah Allahu Ta'ala sebagai tonggak pemerintahan kerajaan Malaysia selepas era Najib.


Makanya bila saya mengambil kira akan keadaan politik Malaysia di masa akan datang, saya masih percaya bahawa jika Tan Sri Haji Muhyiddin Hj Yassin mengambil alih dari Najib nanti, Islam akan gemilang di bumi Malaysia ini.


Jika Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi pula menjadi pemimpin ulung negara, saya percaya bahawa ia juga akan berusaha memartabatkan Daulah Islamiyyah di Semenanjung Tanah Melayu ini.


Pakatan Pembangkang sepakat untuk menumbangkan Kerajaan BN semata mata untuk merasai kuasa pemerintahan ke atas negara ini sahaja.


Tidak ada apa apa janji untuk mendaulatkan Islam di tanahair kita ini.


Makanya saya memilih untuk menyokong pihak yang masih boleh ditarbiyyah ke arah menghayati tugas dan tanggungjawab mereka selaku pemegang amanah memerintah negara menurut Perintah Allahu Ta'ala dan tidak dibawah telunjuk musuh2 Islam yang nyata seperti DAP!


PAS dan PKR bebas ke dibawah persepakatan yang mereka memeterai perjanjian bersama DAP?


Tengok sajalah kes Dato Dr Hassan Ali bila ia menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR dan DAP?


Ia ditentang habis habisan oleh Exco DAP Ronnie Liu didalam soal perampasan arak dari kedai serbaneka di Shah Alam!


Ahli Parlimen PAS di Shah Alam Khalid Samad menentang secara keras akan usaha Hassan Ali untuk cuba menegakkan sedikit Syiar Islam didalam negeri yang diperintah pembangkang itu.


Terlalu banyak lagi contoh dimana Pakatan Pembangkang menyekat kemajuan ummah dan orang2 Melayu. 


Tak akan cukup ruang didalam blog ini untuk menghuraikannya satu persatu! Cukup dengan beberapa contoh diatas!


Apakah orang2 Melayu itu bukan saudara seagama kita wahai nizam?


Apakah Melayu ada menyekat mana mana kaum dan bangsa lain dari mencari makan dibumi warisan ini?


Apakah bukan nyata bahawa 10 bilionair2 terkaya di Malaysia ini terdiri dari 8 orang China dan cuma seorang India Sri Lanka dan seorang pula Melayu berketurunan Arab?
Melayu masih ramai yang merempat dibumi tanahair mereka sendiri.


Apakah alasan kamu wahai nizam untuk terus menjadi penyokong gerombolan kuffar dan yang mungkar untuk menjahanamkan nasib dan masadepan orang2 Melayu Muslim seMalaysia?


Didalam kubur nanti nizam, Malaikat2 Munkar dan Nakir tak akan tanya kita soalan2 yang nizam sebut itu.


Soalan2 mereka nanti adalah:


1. Maa Rabbuka? Siapa Tuhan kamu?
2. Maa Nabiyyuka? Siapa Nabi kamu?
3. Maa Imammuka? Siapa Imam kamu?
4. Maa Qiblat tuka? Apa Qiblat kamu?
5. Maa Ikhwanuka? Siapa kawan kamu?


Jawablah.


Apakah nizam nak mengaku Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Ronnie Liu, Teresa Kok dsbnya sebagai Ikhwan kamu?


Saya serahkan pada nizam untuk memilih.


Saya memilih sesama Islam dengan saya.


Mereka (yakni para pemimpin UMNO) masih belum sempurna tetapi saya percaya mereka masih boleh ditarbiyyah.


Kalau saya mati sebelum mereka berubah pun, sekurang kurangnya saya tak hidup bersubahat dengan pihak2 kuffar, musyrik dan munafik yang menyekat kemajuan dan pembangunan umat Islam di tanahair ini!


Pendekata, saya ucapkan 'Lakum dinukum waliyadin'.


Ikutlah kehendak nizam sendiri ; kubur masing masing kan?


Namun tanggungjawab kita terhadap agama, nusa dan bangsa tetap ada dan kita tidak boleh membangaukan orang lain!


Ini pendirian saya. 


Sekian. Terimakasih.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


'Kebenaran itu mesti dinyatakan agar keadilan itu dapat hidup!'
                                                

'The truth must be told no matter what so that Justice can live!'


Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58,
Editor,
http://mahaguru58.blogspot.com
www.themuslimbloggersalliance.org
www.readnwrite.net

10 comments:

hisham said...

Assalamualsikumm..wbt.
terima kasih mamu..
itu saja yg mampu saya ucapkan..

Supar Yop said...

Mamat Nizam Trengganu ini dah ketinggalan zaman, macam tak ikut perkembangan selepas PRU 2008. PAS nak perjuangkan Islam? Cit poodah shit, bukti2 yg Mahaguru tunjuk dan berlambak lagi dalam pelbagai blog Anti PKR, MYKMU, Papagomo dan sbgnya menunjukan bahawa PAS menjadi dayus dgn telor mereka digenggam oleh DAP dan PKR.
Buat malu sj mengaku pejuang Islam konon! Kalau nak perjuangkan Islam tak payah masuk politik, tapi kalau nak masuk juga tunggulah keputusan PRU 13 nanti tengok macamana orang melayu menghukum PAS habis2 an

farul_izraf said...

Well said Mamu, well said...

dinturtle said...

salam Tuan Mamu,

Jawapan dalam bahasa yang amat mudah difahami . Tahniah mamu , terbaik !

saya mohon copy untuk dipost diblog saya.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam din,

Penyampai risalah agama seharusnya berbahasa mudah dan terus pada matlamat pengucapan.

Cakap berbelit belit dan merumitkan keadaan adalah sifat orang musyrik yang dilaknati Allah.

Sebagai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, kita bertanggungjawab menyampaikan pesanan kita dengan mudah.

Dipersilakan din menyebarkan artikel saya ini kepada pembaca blog din.

Terimakasih wahai sahabat!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

nizam terengganu said...

salam.

terima kasih mamu kerana menjawab soalan saya. really appreciate and expect you will reply my questions.

Saya percaya tuan mamu faham taklik para ulama yang membolehkan PAS join PKR kerana mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan turut serta bersama PKR untuk menjatuhkan UMNO yang dianggap PAS sebagai parti yang zalim, menindas rakyat, corrupt.
Betul DAP tidak mahu penubuhan negara Islam tapi adakah UMNO perjuangkan Islam? Current statement for Dato Seri Najib bak kata mamu "memang tidak ada perancangan untuk menubuhkan negara islam sekarang ini", adakah berdosa kita menyokong pemimpin macam ini??
"Mereka sepakat untuk tidak menubuhkan negara islam" tu salah. tengok dasar PAS, seeloknya bertanya direct dengan kepimpinan PAS dalam hal ini. Bersekongkol dengan PKR,DAP alasan2 dari kepimpinan.
Ni dah terang2 Najib takkan menubuhkan kerajaan Islam, kita lagi mau sokong. wallahualam.

Asal Malaysia adalah dari Allah azzawajalla. kita khalifah dia dimuka bumi, mesti sokong perjuangan islam.

Kalau mamu mahu melayu selamat, seeloknya mamu cuba sedaya upaya menarik UMNO masuk PAS. Itu je caranya sekarang ni. Dasar mesti Islam dengan pentadbiran intelek dari UMNO dipantau oleh ulama. Melayu kuat sebab jadi majoriti.

UMNO sekarang ni yang memerintah malaysia, bukannya PKR. Sekarang kalau UMNO lah yang kita boleh nilai. PKR setakat selangor memang tak boleh fully nilai sebab banyak tekanan dari pusat.

saya percaya apa2 yang dilakukan walaupun seberat zarah akan ditimbang amalannya termasuklah menyokong parti mana.

wassalam
nizam

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum nizam.

Apakah PAS tidak mengasuh atau mentarbiyyah para penyokongnya untuk memberi salam dengan sempurna?

Sayang. Bagi seseorang yang mahu UMNO memasuki PAS seumpama ular lidi mahu menelan si ular sawa, hasrat anda itu kan cuma tinggal sebagai mimpi di siang hari.

Saya malas membuang masa saya yang amat berharga ini untuk terus berpolemik dengan anda.

Segala impian anda itu akan cuma tinggal angan angan kosong sahaja.

PAS sudah tidak relevan lagi sebagai sebuah parti 'Islam'. Ianya cuma sebuah parti politik biasa dengan berahlikan mereka yang berkopiah dan berjanggut tetapi ketandusan pemimpin yang layak di anggap sebagai ulamak.

Saya mengiktiraf cuma Prof Dato Dr
Harun Din seorang sahaja yang masih layak di hormati sebagai ulamak.

Namun selagi PAS terus bersekongkol dengan musuh2 Islam yang nyata seperti DAP, ia cuma bagaikan seekor ayam yang berkokok berderai derai namun ekornya bergelimang dengan najis.

Saya tetap dengan pendirian saya. Anda bebas memilih untuk bersama mereka.

Taklik ulamak itu terpulang kepada anda untuk mengiktiraf mereka.

Saya punya pandangan sendiri.

Sepertimana saya telah katakan ; saya tidak akan menyiarkan lagi sebarang pandangan anda selepas ini kerna ianya cuma membazir masa saya. Cukup sampai disini.

Sekian.

Wassalamualaikum.

Supar Yop said...

Saya rase elok juga Mamu tok sah layan Mamat Trengganu yg dah makin melalut yg hidup dalam zaman 80an masa amanat Hadi sedang memuncak.Kau tanya lah partner kau dalam PKR tu hendak ke dia pada Hudud? Apa alasan Azizan apabila Hudud tidak boleh ditegakan di Kedah?Apa kata puak2 Anwarista mcm Khalid Samad yg lebih nak tegakan salib dari bulan sabit?
Macmaana UMNO yg memperjuangkan melayu , yg pemimpin nya tak pakai serban , yg istrinya tak bertudung tapi snaggup mempertahanka nama Allah dari dijual pd kristian berbanding dgn PAS yg serban tak pernah tanggal dari kepala?Lupakah kamu pada tok guru Hadi kamu yg cakap dalam Quran tak ada negara Islam , hanya ada negara Kebajikan? Setelah mengkafirkan orang melayu melalui amanatnya..Orang kalau nak berdakwah tak tegak dari hudud, macam tu sampai bila tak tertegak hudud.Itu sebab sorang pun kafir tak masuk Islam sejak PAS bersekongkol dgn DAP dan PKR!Sebab asyik nak berpolitik..Jgn bagi alasnlah PKR ditekan oleh kerajaan konon.PKR sekarang lagi tak boleh harap nak tegakan Islam..dah sarat dgn pluralisme, sokongan yahudi sokongan pd Israel, puak IFC bertapak.. apa kejadahnya nak tegsakan Islam?

Desperado said...

Salam mamu, saya mohon copy penerangan simple mamu ke dalam blog pilihan-anda.
Semoga pembacanya dapat menilai mana yang baik dan buruk dalam berpolitik.

Thanks a lot!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Desperado.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. Begitu juga dengan semua rakan blogger yang lain. Sila sebarkan di laman tuan puan.

Ilmu pengetahuan yang berguna seharusnya disampaikan didalam bahasa dan gaya yang mudah supaya senang difahami segenap isi masyarakat.

Nak berbelit belit bukan cara Muslim.

Keep it Short and Simple! :)