Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, March 30, 2012

Y.A.M. Raja Ashman Shah, Raja Kechil Sulong Perak mangkat awal pagi ini!

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un!


Al-Fatihah! 



Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Raja Kechil Sulong Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mangkat pada jam 1.30 awal pagi ini di kediaman Almarhum 


Almarhum Raja Ashman Shah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada jam 1.30 pagi tadi. Hari Jumaat 7 Jamadil Awal 1433 bersamaan 30hb Mac 2012 Masehi.


Janazah baginda telah dibawa ke Kuala Kangsar pada jam 6.30pagi tadi dari kediaman Almarhum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 


Almarhum diberitakan mangkat akibat penyakit asma yang dideritai baginda.


Almarhum telah diputerakan pada 28hb Disember 1958 dan di-isytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada tanggal 11hb Mei 1987.


Almarhum seorang putera raja berperibadi mulia dan amat dihormati dan disenangi rakan dan taulan diatas kebaikan hati baginda didalam pergaulan dengan semua peringkat masyarakat. 
Almarhum seorang yang cukup warak semasa hayat baginda dan memegang jawatan sebagai Khalifah Tariqat Nasyabandi bagi rantau Asia ini dibawah pimpinan Syeikh Nazim Al Qubrusi An Naqsyabandi.


Almarhum Raja Ashman berserban putih dihadapan foto ini.
Saya pernah menulis disalah satu blog saya disini bahawa jika para Sultan2 dan Raja Melayu ingin mengujudkan semula Kesultanan Melayu Melaka, maka calon Sultan Melaka yang paling sesuai untuk ditabalkan sedemikian rupa tidak lain dari Almarhum Raja Ashman diatas ketokohan baginda yang bebas dari sebarang salahlaku semasa hayat baginda.
Jarang ada putera raja yang berperibadi semulia Almarhum Raja Ashman Shah. Almarhum baginda tidak sombong dan sentiasa mudah mesra menguntumkan senyuman pada sesiapa sahaja hamba rakyat yang menegur baginda. Seorang insan yang berhati mulia dan mudah untuk didampingi.


Semasa saya bersama dengan murid2 setariqat dahulu di Zawiyah Pulau Pinang, saya selalu bertemu dan berbual mesra dengan Almarhum baginda Raja Ashman Shah yang sudi hadir berzikir bersama sama kami disana.


Almarhum baginda tidak kekok untuk berpeluk 'Arab' dengan kami dan kenangan2 bersama baginda tak akan saya lupa sampai mati. Sahabat saya sudah tiada. 


Terasa sedih sekali tidak dapat saya ke Makam Di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak hari ini kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.


Hanya linangan airmata sahabat baginda ini yang mengiringi doa untuk Almarhum yang mampu sifakir ini hadiahkan kepada baginda.


Semoga Allahu Ta'ala akan menempatkan ruh Almarhum bersama sama dengan mereka yang Allah Redhai dan dihadiahkan kepada Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah tempat baginda di Jannatul Firdaus bersama para anbiya iwal mursalin.


Amin Ya Rahman! Amin Ya Rahim.


5 comments:

Supar Yop said...

Suatu ketika dulu semasa Hamid Othman menjadi Menteri di JPM mengendalikan Pusat Islam,Allahyarham membuat kenyataan ada kerabat di aja terlibat di dalam kegiatan tarikat. Beliau yg berfahaman Wahabi jelas tidak senang dengan seorang kerabat raja yg ingin kembali ke jalan benar, tetapi tidak pula menegur sesetangah kerabat raja yg perangai macam setan - minum, judi , betina dan segala mcm perangai yg hina di sisi Allah. Umum yg mengikuti perkembangan tahu sasaran beliau adalah Almarham Raja Ashman.Akhirnya isu itu senyap begitu sahaja.Sebagai anak jati Perak saya amat berbangga dgn Almarhum yg berjaya mentarbiahkan isterinya Noraini Jane dgn memakai tudung labuh. Semasa Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas, saya kembali ke kampong halaman dgn bersolat raya di Masjid Ubudiah yg bersejarah itu.Saya bukan sj dapat berjumpa dgn 2 orang kawan lama, tetapi dapat merakamkan gambar kerabat di raja Perak termasuk Sultan Azlan , Raja Nazrin dan Almarhum sendiri berjalan menuju ke arah perkuburan di raja selepas solat tersebut. Dan saya rase bangga mendengar perbualan Almarhum yg pekat dgn loghat Peraknya walaupun dibesarkan di KL.Terima kasih Mamu kerana meyiarkan artikel ini.Al fatihah utk seorang anak raja yg berjiwa tarikat moga hatinya sentiasa bersih dgn alunan zikir dan moga beliau benar2 ditempatkan bersama Roh2 para Wali Allah yg sangat mulia itu.

MAHAGURU58 said...

Saya ingin menulis tentang tariqat ini didalam bentuk artikel.

Doakan saya berjaya menerangkannya wahai sahabat. :)

yat said...

Fatwa dari JAKIM menyatakan ianya sesat:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

saya tak tau, tapi saya condong untuk menyokong fatwa ini (berdasarkan pengalaman), but it's good for you to give some enlightment ion this matter....

a lot of riction now, other than PAS and UMNO, now we have wahabi/salafi, Hizbu Tahir, IKRAM, ISMA, ABIM, Pondok, Tareqat which all claim they are ASWJ.

Mohamed Firdaus Shajahan said...

Tariqat person among sultanate?
Wow awesome....
Pass away on friday...
May Allah bless his soul..

smd said...

Salam, saya turut berdoa agar Allah swt menempatkan roh Almarhum Sheikh Raja Ashman disisiNya bersama orang-orang yang solih.
Saya sempat juga bersalaman dan berkenalan dengan kawan-kawan Muslim Inggeris (kebanyakan pengikut sufi, kerana tarekan daripada latarbelakang mereka sebagai pemusik dan hippies ketika itu)dengan Almarhum. Saya sering terserempak dan berjalan dengan Almarhum dari pejabat saya di Goodge Street ke Surau Rabitah AlIslami untuk solat Jumaat. Almarhum akan ke sana, terutama apabila Sheik Nazim menjadi Imam solat Jumaat itu. Dan banyaklah pengikut Sufi Naqshabandiah akan menjadi makmum dengan keluarga mereka. Kami juga akan makan tengahari di kantin Rabitah selepas solat. Para sahabat dari kalangan Muslim Inggeris itu dengan bangga mengisytiharkan Almarhum sebagai " the prince of the King of Malaysia" (kerana pada masa itu Tuanku Raja Azlan sebagai YDPAgong).
Semoga ada kerabat diraja yang mengikuti jejak langkah Almarhum. AlFathihah!!