Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 26, 2012

Al-Fatihah! Kakak Mahaguru58 @ Kak Noorjan kembali ke Rahmatullah!

Allahyarhamah Kakak Noorjan
Kakak kandung Mahaguru58 @ Noorjan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.15 pagi Ahad 22hb April, 2012 yang lalu. Allahyarhamah berusia 60 tahun 6 bulan pada ketika menghembuskan nafas yang terakhir di Wad C6, Hospital Pulau Pinang.


Allahyarhamah Kak Jan adalah salah seorang daripada 3 orang kakak kandung  yang telah membesarkan saya. 


Kak Jan menderita pelbagai komplikasi penyakit kencing manis dan telah dimasukkan ke wad Penjagaan Rapi Hospital Pulau Pinang setelah tidak sedarkan diri di rumahnya yang terletak di Mukim 11, Kampong Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Berita kematian Kak Jan saya terima pada jam 11.15 pagi Ahad disampaikan oleh Halijah, anak saudara saya.


Halijah memaklumkan bahawa pengkebumian akan berlangsung sebelum Asar pada hari itu juga. Saya bersama isteri terus bersiap dan kami berlepas dari KL menuju ke Pulau Pinang.


Kami tiba disana pada jam 6 petang dan terus ke rumah seorang lagi kakak kandung saya yang ada di Medan Tengku, Jelutong Timur. Selepas itu kami telah menuju ke Kampong Binjai dan berada disana sehingga awal pagi Isnin.
Pada keesokan harinya @ Isnin 23hb April 2012, saya telah menziarahi pusara keluarga kami di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta Surah Yasin untuk Allahyarhamah Kak Jan, ibu bapa kandung kami serta abang kandung sulung saya serta ahlul keluarga lain yang turut disemadikan disana.
Cuaca semakin mendung mengiringi kehadiran saya dipusara keluarga kami dan saya beredar menuju ke Bayan Lepas sekali lagi untuk menziarahi kakak saya seorang lagi disana @ Kak Jamilah yang merupakan kakak sulung saya. 


Beliau juga yang telah menjaga dan membesarkan saya sejak kecil lagi dan menetap di sebelah kediaman Allahyarhamah Kak Jan di perkampungan Binjai.
(Kiri ke Kanan) Kak Siti, Abdul Rahman, Intan
Penduduk2 kampong @ jiran Kak Jan datang mengunjungi rumah Kak Jamilah setelah mengetahui akan kehadiran saya. Kak Siti dan Intan, jiran terdekat Kak Jan datang mencari Mamu Zainol sebab mereka semua memang akrab dengan saya sejak saya kembali semula ke Malaysia selepas merantau ke Singapura selama 6 tahun dari 1980 ke 1986. 


Anak2 Kak Siti dan Intan sering mengikuti saya kemana sahaja saya pergi dikampung tersebut dan mungkin kerana saya memang amat menyayangi anak2. Kini mereka sudah dewasa dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak2 mereka sendiri!
Bersama anak dan cucu2 saudara saya : Dari Kiri  (Aiman, Kartina dan Irdina)
Saya tinggal bersama arwah Kak Jan sekeluarga dan bekerja di Shangrila Inn di Tanjong selama setahun lebih sebelum bekerja di kedai emas. Kak Jan terlalu banyak berjasa kepada saya dan pemergiannya ke Alam Baqa amat memberi kesan kepada saya. 


Saya masih berduka diatas kehilangan salah seorang dari kakak kakak kandung saya yang telah berkorban sebegitu banyak sekali untuk membesarkan saya semasa saya masih kecil lagi. 


Itulah sebabnya kenapa saya tidak menerbitkan apa apa artikel sejak saya kembali semula ke kampong halaman saya di Pulau Pinang dan menghadirkan diri disana sebagai tanda hormat dan kasihkan arwah kakak kandung saya ini.


Kini tinggal dua orang sahaja lagi kakak2 kandung saya yang masing2 pun sudah dimamah usia. Diri saya sendiri sudah berusia 53 tahun lebih dan janggut2 pun sudah banyak yang beruban. Dari digelar Mamu sudah ditambah pangkat jadi 'Tok Mamu' pula!


Begitu cepat masa berlalu dan seorang demi seorang ahli keluarga tercinta pergi meninggalkan saya baik di Pulau Pinang mahupun di Kuantan disebelah keluarga isteri tersayang. 'Qullu nafsin iza iqatul maut!' Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Cuma tinggal meniti dedaun masa sahaja. 


Saya hanya mampu berdo'a agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan redha terhadap diri saya ini dan memberikan saya 'Husnul Khatimah' @ sebaik baik pengakhiran hidup saya di muka bumiNya ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pusara Kak Jan ditandakan dgn tunas pokok Bunga Kemboja
Semoga Allahu Rabbul Alamin akan mengampunkan sekelian salah silap kakanda saya @ Allahyarhamah Noorjan dan memberikan ia kebebasan dari azab kubur, melapangkan kuburnya, dipermudahkan urusan Alam Barzakhnya dan dihimpunkan akan ia bersama sama dengan sekelian ahlul Jannahtul Firdaus di Yaum al Qiyyamah nanti. Mudah2an arwah dikurniakan Allah ketenangan dan dicucuri Rahmat Ilahi.


Amin Ya Rahman! Amin Ya Rahim!


Al Fatihah!



Surah Yasin


10 comments:

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TAKZIAH untuk MAHAGURU88 seKELUARGA..

Semoga allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang berIMAN..

Tukang Dok Peghati

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam sahabat.
Semoga arwah senatiasa dalam rahmat Allah Taala dan bersama kekasih2 Nya.
Alfatihah

Supar Yop said...

Takziah pd Tok Mamu di atas kembalinya ke rahmatullah kakak yang disayangi.Moga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh - roh para solihin.Al fatihah.
Memang saat kita di mamah usia , bukan sj kita dihantui rase bimbang dgn anak isteri kita, tapi orang - orang yg di sekeliling kita - ibu , ayah, abang, kakak, sepupu, sahabat handai, adakah panjang umur mereka lagi utk mengharung hidup di dunia yg fana ini? Kita berserah pada Allah dan kita redho akan segala keputusanNya.Hidup perlu diteruskan selagi nyawa masih ada dgn penuh keberkatan.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tukang Dok Peghati.

Jazakallah ya sahabat kerana sudi mendoakan Arwah kakak saya. Amin Ya Allah! Amin Ya Rahman!

Tempatkanlah Allahyarhamah Noorjan di Jannah Mu Ya Rahman!

Amin Ya Rabb!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Sahabat Tok Mamu ~ APA!

Jazakallah ya tuan kerana sudi mendoakan Arwah kakak saya.

Arwah memang akan di rindui selalu kerana Arwah telah begitu banyak berkorban dan berjasa kepada kami sekeluarga!

Mudah2an Allahu Ta'ala akan Merahmatinya di Alam Barzakh dan di Yaum al Akhirat kelak.

Amin.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Sahabat Tok Mamu ~ Supar Yop.

Terimakasih ya sahabat kerana sudi mendoakan Arwah Kakak Noorjan saya.

Segala pengorbanan dan budi arwah tetap ku kenang sampai akhir hayatku nanti.

Bersama sama lah kita menghadiahkan bacaan Surah Al Fatihah bagi diri Arwah secara khususi dan sekelian arwah2 Muslimin dan Muslimat sekelian.

Al-Fatihah!

-ibu- said...

Alfatihah

Izham said...

Assalau'alaikum,

My deepest condolences on the passing of your beloved sister. Al-Fatih to her and may her soul be blessed by Allah.

Wassalam

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam -ibu- dan Izham.

Terimakasih diatas ucapan takziah dan do'a anda berdua untuk arwah kakak saya.

Bersamalah kita hadiahkan bacaan Surah Al Fatihah bagi Allahyarhamah!

Al Fatihah!

vampiri said...

Saya ucapkan takziah pada tn haji dan keluarga.

mazdurah