Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 14, 2012

Hang Tuah ~ Dari mana ia berasal?


Watak Hang Tuah lakonan Datuk M.Nasir
Tergerak dihati mencari akan keterangan mengenai asal usul Datuk Laksamana Hang Tuah setelah kemelut persoalan mengenai pernah ujud ke tidaknya lagenda kepahlawanan Hulubalang Kesultanan Melayu Melaka yang termasyhur itu dek penulisan seorang ilmuan tempatan yang mengkhususi bab sejarah tanahair baru baru ini.


Maka ketemuilah saya akan manuskrip Salatus Salatin yang tersimpan didalam Pustaka Digital Manuskrip Melayu disini.


Dimukasurat ke 103 dan 104 manuskrip itu disebut dengan jelas akan asal usulnya Hang Tuah itu! Ini saya terbitkan semula akan intipati maklumat yang tertera disana:


~@~

Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tuanku, yang kegemaran paduka adinda itu, jikalau ada budak laki-laki yang baik rupa­nya dan sikap serta dengan beraninya, itulah yang kegemaran paduka adinda."

Maka titah raja di Gowa, "Budak-budak bagaimana itu? Anak orang baikkah? Atau sebarang orangkah?"

Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Jikalau boleh, anak orang baiklah, keraeng."

Setelah baginda mendengar kata Seri Bija Pikrama itu, maka titah raja di Gowa kepada juak-juaknya, "Pergi engkau semua carikan aku, anak daeng baik, anak hulubalang baik; barang yang baik rupanya dan sikapnya engkau ambil."

Maka segala juak-juaknya pun pergilah mencari anak orang, daripada segala kampung dan dusun dicarinya tiada dapat olehnya. Maka didengar nya ada anak raja Bajung yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, bapanya sudah mati. 

Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung. Setelah sampai, dilihat­nya sungguh seperti khabar orang itu, lalu diambilnya, dibawanya kembali mengadap raja di Gowa dipersembahkannya.

Maka oleh raja di Gowa, ditunjukkannya pada utusan itu. Maka titah baginda, "Budak ini berkenankah saudaraku di Melaka, orang kaya?"

Maka dipandang oleh utusan kedua itu, terlalulah ia berkenan dengan gemar nya. Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Demikianlah tuanku, yang dikehendaki paduka adinda."

Maka titah baginda, ''Jika demikian budak inilah Orang Kaya, aku kirimkan kepada saudaraku raja Melaka, ia ini anak raja Bajung, daripada tanda muafakat, serta dengan kasihku akan saudaraku raja Melaka, maka aku berikan."

Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Sebenarnya lah titah tuanku itu; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku. "

Adapun anak raja Bajung itu Daeng Merupawah namanya; umur nya baru dua belas tahun. Diceriterakan orang yang empunya ceritera, sudah dua ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri.

Setelah keesokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap Raja Mengkasar, didapatinya raja di Gowa telah pepak dihadap orang. 

Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh raja di Gowa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya. Maka keduanya menyembah. 

Maka titah raja di Gowa, "Katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Merupawah ini petaruhku Orang Kaya kedua kepada saudaraku, Raja Melaka. PerHamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, Raja Melaka, dalam Mengkasar ini menyuruh ia kepada aku." Maka sembah utusan kedua itu, "Baiklah tuanku."

Setelah itu maka kedua utusan itu pun bermohonlah, lalu turun. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah dengan selengkap alatnya, dengan segala bunyi-bunyian. 

Setelah datang ke perahu maka surat serta bingkisan itu disambut oranglah, disirupan. Maka segala yang menghantar itu pun kembalilah; maka Daeng Merupawah serta dengan Seri Bija Pikrama, maka kedua buahnya itupun belayarlah kembali.?*

Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang. 

Maka baginda pun keluarlah, semayam dihadap segala Orang Besar-besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sambut dengan istiadatnya. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersama ­sama baginda, serta membawa Daeng Merupawah.

Setelah sampai ke balai, maka surat disambut bentara dipersembahkan ke bawah duli baginda; maka disuruh baca kepada khatib. 

Setelah sudah dibaca, maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat Raja Meng­kasar itu. 

Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naik menjunjung duli, lalu duduk mengadap kepada tempatnya sedia itu; maka Daeng Merupawah pun dipersembahkan ke bawah duli dengan segala pesan raja Mengkasar itu semuanya dipindahkannya.

Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Merupawah itu. Maka titah baginda, "Bagaimana maka Raja Mengkasar ber­kirimkan anak raja Bajung ini? Dilanggarkah raja Bajung maka anaknya tertawan ini?"

Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tiada tuanku, Raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa." Maka semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. 

Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya.

Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerja­nya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya.

Adapun "Perhangan" ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi, dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu, dan Hang Ali dan Hang Iskandar, dan Hang Hassan, dan Hang Hussin; dan tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah. 

Sekaliannya berkasih-kasihan, muafakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah terteranya maklumat berkenaan Datuk Laksamana Hang Tuah yang berasal dirinya dari Makassar dan bernama Daeng Merupawah, putera Raja Bajung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini sebahagian petikan filem 'Hang Tuah' lakonan Allahyarham P.Ramlee sebagai Hang Tuah dan Allahyarham Ahmad Mahmud yang memegang watak 'Hang Jebat':

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa tidak diadakan kajian yang sempurna mengenai asal usul pahlawan Kesultanan Melayu Melaka ini dan dibiarkan orang mempertikaikan kewujudannya?

Apa guna kita mempunyai segala macam jabatan dan kementerian serta perbadanan muzium itu dan ini jika perkara sepenting ini yang melibatkan jatidiri dan maruah orang2 Melayu terbiar diperkotak-katikkan orang sebarang?

Apakah tidak terasa terhina bilamana disangsikan tentang pernah wujud ke tidak pahlawan Melaka yang terbilang itu dan dikatakan cuma mitos tidak berasas sama sekali?

Sekiranya tidak mahu dikatakan bahawa Hang Tuah 5 sahabat itu berasal dari Negara China dan terdiri dari sebahagian rombongan Puteri Hang Li Po, maka bersegeralah wahai pihak yang berkuasa berkenaan melakukan kajian secara terperinci akan apa yang terakam didalam manuskrip Salatus Salatin dan jalankan kajian tentang apa yang diceriterakan didalam manuskrip berkenaan bahawa Hang Tuah itu asalnya adalah bernama Daeng Merupawah, putera Raja Bajung!

Raja Gowa yang diceriterakan didalam Hikayat Salatus Salatin itu memang ujud dan Istana Kesultanan Gowa itu kekal sehingga kehari ini.
Daerahnya di Sulawesi Selatan dan terakam maklumat mengenainya didalam Wikipedia disini.

Ada berita tentang kerabat diraja Kesultanan Gowa itu telah diusir secara paksa dari Istana Gowa oleh Satpol PP Pemerintah Kabupaten Gowa pada 8 November 2008. Baca berita itu disini.

PM Malaysia sekarang Dato Seri Haji Mohamad Najib Tun Abdul Razak dikatakan  waris ke 19 keturunan Kesultanan Gowa. Cerita tentangnya dilaporkan disini.

Mujur tidak dikatakan waris keturunan Raja Bajung! Karang ada yang tak semena mena mengaku keturunan Datuk Laksamana Hang Tuah pula?

Soalnya, bagaimana pula kita nak mencari bukti kewujudan Kerajaan Kesultanan Bajung?

Kesultanan Melayu Perak memiliki Keris Taming Sari milik Datuk Laksamana Hang Tuah sampai ke hari ini!
Jika Taming Sari ujud makanya sudah tentu Datuk Laksamana Hang Tuah pernah hidup dan berjasa kepada Kesultanan Melayu Melaka!

Kenapakah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan tidak tampil membela nama dan maruah Datuk Laksamana Hang Tuah?

Kenapakah Raja2 Melayu mendiamkan diri bila seorang professor sejarah semberono sahaja menyanggah kewujudan pahlawan Melayu yang terbilang sekali didalam lipatan sejarah Kesultanan Melayu negara kita ini?

Sesungguhnya segala bukti2 diatas boleh digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi dan mengesahkan keujudan Hang Tuah tanpa perlu diragu ragukan lagi.

Hendak seribu daya!

6 comments:

Pejuang Bangsa said...

saya setuju dengan tuan ..

sejarah kewujudan Hang Tuah perlu dikaji sejarahnya ..

Sedih aku melihat panglima Melayu kebangaaan bangsaku dipertikaikan kewujudannya ..

Anaksi A. said...

mmg betul! taming sari milik Hang Tuah. jika keris shj yg diakui kewujudannya sdgkn empunya nya dinafikan, mmg bangang profesor itu...

MAHAGURU58 said...

Orang2 Melayu sepatutnya bangun mempertahankan maruah bangsa dan membela nama baik serta sejarah tokoh2 bangsa mereka bilamana ada yang berani mempertikaikan itu dan ini!

Siapakah professor ini jika hendak diperbandingkan dengan warisan kepahlawanan dan kesetiaan pahlawan dan pendekar Kesultanan Melayu Melaka yang terbilang dan ternama itu?

Kerajaan Malaysia terutamanya Jabatan Arkib Negara, Perbadanan Muzium Negeri Melaka dan Negeri Perak serta Kementerian Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Komunikasi seharusnya tampil membuat kajian dan menunjukkan bukti2 kewujudan Datuk Laksamana Hang Tuah bukannya diam membisu bilamana Professor Khoo Kay Kim itu angkuh mempertikaikan salah seorang lagenda bangsa Melayu itu secara terang terangan!

DYMM Sultan Perak sepatutnya bersuara bertitah mengenai perkara ini tetapi sayangnya Tuanku turut bungkam, diam membisu.

Kenapa?

Apa gunanya Tuanku serta Kerajaan Kesultanan Negeri Perak gah mempamerkan keris Taming Sari milik Hang Tuah sebagai sebahagian Warisan Kesultanan Negeri Perak dan mengaku berasal dari keturunan Sultan Melaka yang terakhir tetapi tidak berusaha menjernihkan keadaan dan dibiarkan seorang orang kebanyakan memperlecehkan akan pernah wujudnya dahulu Datuk Laksamana Melaka Hang Tuah @ Daeng Merupawah!!!

Andaikata Melayu terus diam, maka besar kemungkinan sejarah akan terpahat bahawa Kesultanan2 Melayu telah turut diam membisu tidak berani melawan pendapat Khoo Kay Kim!

Mana dia segala Datuk2 Panglima Perguruan Persilatan Melayu sekelian?

Mana dia para pendekar Melayu sekelian?

Sibuk berpolitik sehingga tidak sadar akan penghinaan secara terbuka yang dilakukan seorang orang kebanyakan seperti KKK itu?

Musykil!

Supar Yop said...

Saya dapati dalam banyak komen Prof KKK, beliau sangat rasional - tentnag hak istimewa melayu, tentang status komunis sbg pejuang kemerdekan hingga dia menaikan kemarahan PAS dan PKR dan dituduh pengkhianat oleh bangsa dia sendiri sebagaimana tuduhan terhadap Dr Ridhuan Tee.
Tapi tidak didalam isu Hang Tuah, beliau sepatutnya berbincang dgn beberapa Prof SejARah dan Arkeologi dahulu sebelum mengeluarkan pendapat demikian.Bukan baru Hang Tuah dinafikan keujudannya.Sudah ada bermacam blog dan bermamcam pendapat dari zaman pra internet lagi bahwA Hang Tuah tak ujudlah, Hang Tuah cina lah. Bagi kaum cina umumnya, mereka sudah pasti menyambut pendapat ini dgn tangan terbuka lebih-lebihlagi dgn perkembangan politik yg menguntungkan DAP proksi terkuat mereka. Saya tak heran dgn perangai mereka termasuk juga kaum bukan melayu spt India/Hindu yg kerap mencari jalan utk merendah dan memperlekehkan orang melayu walaupun dah berpuluh tahun jadi rakyat Malaysia.

Apa yg tidak memeranjatkan saya tapi cukup menyedihkan saya ialah keujudan melayu generasi baru yg juga bertepuk tangan dan bergendang ria apabila KKK berkata demikian, mereka lagi seronok dari bukan melayu.Bagi mereka tak guna mencari identiti melayu - saya merujuk pada bangsa saya dalam PKR dan PAS yg dah tak berminat malah memeperlekehkan nama melayu itu sendiri.Bagi mereka lebih baik kenangkan Ulamak lagi bagus dari pejuang bangsa. Herannya mereka cuba mengangkat pejuang komunis yg rata2 adalah cina dan sekumpulan melayu (yg diperalatkan cina)sbg pejuang kemerdekaan. Mereka tidak pula mengangkat Haji Bakri, Ulamak Banjar yg membakar semangat orang melayu Banjar utk menentang BIntang 3 di Sungai Manik dan Kiai Salleh yg juga bertindak sama di Batu Pahat. Kalau komunis diangkat pejuang negara, maka adakah Haji Bakri dan Kiai Salleh pengkhianat negara? Saya lebih hormat pada Tok Mamu yg walaupun bukan berasal dari TANAH Melayu tapi berpegang pada pepatah dimana bumi ku duduk disitu langit ku junjung..Saya sudah jumpa ramai jenerasi kedua dan ketiga mamak, arab, turki , pakistan yg tidak tahu lagi bercakap bahasa ibunda mereka tetapi cakap melayu dan makan kuah asam pedas dan nasi lemak di rumah mereka. Mereka menjadi melayu keran ikatan agama iaitu Islam yg membolehkan pelbagai bangsa bersatu keran agama yg sama.Bagaimanapun ini tidak terjadi pada bangsa cina umumnya.Saya ada membaca buku mengenai "Overseas China" - satu faktor kenapa cina tidak mahu memeluk Islam adalah keran hilangnya nama keluarga - padanlah dakwah PAS yg nak mendekatkan Islam pada DAP tak menjadi-jadi! Hingga hari ini sorang pun cina harbi DAP tak masuk Islam.Patutlah Dr Ridhuan Tee dilanyak dna dimaki habis2 an dalam blog dia oleh bangsanya sendiri. Malah perbualan saya dgn rakan yg ada darah cina mengesahkan bahwa pendatang cina yg datang k Tanah Melayu pada zaman penjajahan Inggeris dahulu tidak ada sorang pun yg asal Islam. Kesemua yg masuk Islam adlaah hasil pergualan dan asimilasi dgn orang melayu di sini. Bagi golongan India /hindu pula, ketebalan semangat kasta mereka menyebabkan mereka tidak mudah menukar kpd agama lain.
Sebab itu parti KIMMA tidak mahu bersekutu dgn PAS, keran amereka kerap menghina Mahathir sebagai mamak dan sbgnya.Sedangkan TUn Mahathir lah yg banyak menaikan imej melayu semasa zaman pemerintahnnya

Anisa Hang Tuah said...

Saya percaya Hang Tuah ada

kerana itu nama ayah saya =)

tapi kawan2 saya dr indonesia kata hang tuah asa dr bumi indonesia

dan ada sebuah lagu bertajuk hang tuah ciptaan org riau yg dinyanyikan oleh Theja Fathasena

Supar Yop said...

Saya sebenarnya malas nak komen isu ni sebab dah lama tapi bila baca balik saya perlu jugak komen. Kita berbincang topik serius bukan pasal nama bapak kita Hang Tuah. Kalau takat tu apa nak heran Jins Shamsuddin namakan anak2 dia Putera Hang Tuah dan Putra Hang Jebat.
Tapi komen tentang Hang Tuah berasal dari Indonesia munkin ada kebenarannya..
P Ramlee juga ada teori tentnag Hnag Tuah berasal dari keturunan Aceh .. asal usul keturunan beliau kerana nama ibu Hang Tuah Dnag Merduati adalah sinonim dgn nama orang Aceh.
Dari sini saya berpandangan bahwa Hang Tuah adalah milik orang melayu di rantauan ini. Samada Indonesia atau Malaysia tidak penting itu adalah batasan geografi semata mata.

Tapi jangan tanya orang cina. Dalam usaha memadamkan keujudan melayu dan mengangkat keujudan cina di Tanah Melayu ini, selari dgn teori palsu Hnag TUah itu cina, semau nama dicinakan .. Hang Tuah jadi Hang Too Ah, Hang Jebat jadi Hang Ji Bat , malah Dang Anum pun jadi Dang Aa Num! Jangan ketawa .. inilah yg bakakll terjadi apabila DAP menguasai negara kelak..