Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 14, 2012

Zulkifli Noordin tibai YB2 Pembangkang di Parlimen

Nampaknya 'bagai berok kena hentam' ahli ahli parlimen pembangkang semua bila diam macam 'syaitan bisu' kena tibai tak henti henti oleh YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru) didalam Parlimen baru baru ini!


Majlis Peguam yang bersikap membangkang lebih dari parti parti pembangkang sendiri dibelasah cukup cukup oleh YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin! 


Memang betul apa yang YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin hentam tentang keceluparan Majlis Peguam sejak kebelakangan ini menyerang kepentingan2 umat Islam dan kerajaan persekutuan yang sedia ada!








YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin memang berani belasah puak puak pembangkang sejak kebelakangan ini! Mana dia ahli ahli parlimen BN lain yang boleh bersuara membela nasib umat Islam di Malaysia seperti apa yang YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin sedang lakukan?


Semua isu yang beliau sebutkan didalam Parlimen adalah fakta belaka bukan seperti isu isu remeh temeh yang sering dibangkitkan puak pembangkang!
  • Kes Altantuya dan Anwar Ibrahim
  • Perkara melibatkan kes murtad Lina Joy
  • Kes Damansara Utama Methodist Church
  • Integriti pemimpin pembangkang sendiri ~ Karpal Singh, Kit Siang, dll.
  • Penipuan Pakatan Pembangkang terhadap penduduk Kg Buah Pala di kawasan parlimen YB Karpal Singh di Bukit Glugor! Mereka di tipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan lain lain pemimpin DAP!
  • Kes Nurul Izzah dgn bukti video konflik di Lembah Pantai ~ video bapa dia tak terima pula?
  • Kes Ambiga Sreenevasan pelopor IFC dan BERSIH 1,2 dan 3
  • Kes Nizar Jamaludin dan anugerah Raja ~ Datuk Seri
  • Kes Tian Chua gigit anggota PDRM
  • macam macam lagi!!!
Semoga rakyat Malaysia bijak menilai akan integriti puak puak yang dok huru harakan negara ini!

Jangan terpedaya dengan drama politik puak puak ni yang sanggup menggadaikan segala prinsip agama dan sosial demi merebut kuasa duniawi sementara.

Pandangan YB Datuk Hj Zulkifli Noordin di luar Dewan Rakyat:


Saya ucapkan Syabas kepada YB Datuk Hj. Zulkifli Noordin diatas keberaniannya berucap terang terangan membongkar kedurjanaan segala pihak2 yang terlibat menipu rakyat itu didalam Dewan Rakyat secara 'gentleman'!
~@~

Terkini parti cap bulan dah sanggup menunda pemergian ahli ahli parti dan bakal calon pilihanraya mereka ke Tanah Suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah untuk menunaikan Fardhu Haji kerana kononnya takut terlepas peluang mengundi di PRU ke 13?

Astaghfirullah hal azhim!

Hidup dan matinya kita ini ditentukan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan akan berlaku ajal kita itu diantara 5 waktu bila bila masa!

Peluang untuk pergi mengerjakan haji hanya datang sekali seumur hidup bagi kebanyakan kita! Orang2 kaya mungkin boleh pergi setiap tahun? Tetapi bagi kebanyakan orang biasa belum tentu lagi?

Entah dapat entah tidak? Walaupun duit perbelanjaan mengerjakan haji seseorang itu sudah cukup ; giliran untuk mengerjakan nya belum tentu lagi!

Terlepas giliran nanti maka tunggulah 20 ~ 30 tahun lagi!

Dah terjamin ke akan hidup sehingga waktu tersebut nanti? 

3 comments:

Living Seed said...

persepsi persepsi persepsi..

salahuddin said...

Pada pendapat saya masalah pergi atau tidak mengerjakan haji pada tahun ini merupakan perkara yang amat mudah untuk diselesaikan... Semuanya memerlukan KEBERANIAN seorang sahaja iaitu YAB Perdana Menteri kita. Beliau perlu berani mengumumkan bilakah tarikh PRU 13 akan diadakan... Kalau YAB berani berterus terang, InsyaAllah semua perkara ini akan selesai. Kita semua kena ingat, jawatan yang kita pegang adalah amanah Allah dan buatlah sesuatu yang menyenangkan semua orang.

Supar Yop said...

Saya tak tau nak kata apa tentang kebodohan strategi PAS.Ini bukanlah kali pertama mereka membuat keputusan demikian.Dulu pun mereka keluarkan fatwa macama ni, PRU tak juga buat masa musim haji.
Kalau parti kafir mcm DAP yg memerintah boleh lah kita percaya.Mereka peduli apa pasal haji.Masa haji lagi bagus buat PRU sebab orang Islam tak ada! Cuma saya nak orang PAS pakai lah otak kat kepala otak tu betul2 bukan pikir letak otak kat kepala lutut! Tolonglah gunakan otak benak tu, orang UMNO pun Islam jugak.UMNO pun harapkan undi melayu jugak, jadi takanlah UMNO bengap sangat nak kerugian undi melayu yg amat berharga itu!Tak pernah dalam sejarah UMNO/BN buat PRU masa musim haji!

Arab Saudi menetapkan dasar setiap sejuta rakyat, 1000 orang boleh mengerjakan haji setiap tahun. Oleh itu kuota Malaysia ialah 24 ribu orang boleh mengerjakan haji di Makkah setiap tahun.Berapa banyak ahli PAS dalam kuota ini sampai nak haramkan depa pi Mekah? Hang tak pikiak ka berapa tahun beratur ikut giliran baru dapat turn tetiba diharamkan nak buat haji?Tak ke bodoh and bahalol namanya?

Berbalik pada PAS, bukan kah hangpa selama ini tak peduli pasal melayu, tak nak sebut pasal bangsa .Sebut bangsa sj assabiah, sejak berkawan dgn DAP mengalahkan UMNO berkawan dgn MCA.Dulu keluar fatwa kafir pada UMNO kerana berganding dgn MCA.
Sekarang lebih sudu dari kuah , bila dapat berkawan dgn DAP sampai nama Allah pun nak gadai pd kristian, jawatan PM pun nak bagi kat Guan Eng pasal dia karfi zimmi!! So pegilah mintak undi kat kafir2 tu, buat apa mintak kat orang melayu, kan assabiah namanya tu.Eloklah korang tok sah pegi Mekah lagi.Pegi kibar banner Bersih, dek perbuatan sekelompok beruk2 kuning ni, hampir saja kerajaan Arab Saudi nak haramkan jemaah Malaysia dari menyinggah kat bumi Mekah lagi..