Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 04, 2012

Harakahdaily atau SPR yang menipu ni?

Ini satu penipuan secara terang terangan! Zaman IT ni jangan temberang le!

Cuba tengok 'spin' dibawah ini oleh Harakahdaily ~ portal berita laman siber rasmi PARTI ISLAM SEMALAYSIA!

Harakahdaily menuduh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia MENIPU didalam pendaftaran para pengundi dan menggunakan ungkapan yang diucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia bahawa 'mereka' @ UMNO adalah Syaitan yang dikenali berbanding Pakatan Pembangkang yang di anggap sebagai 'Malaikat' yang belum diberi kepercayaan 'mentadbir' Kerajaan Persekutuan!

Susah benar nak mendidik mereka yang tak reti reti nak mentafsir di antara kata nyata dan kata kias didalam Bahasa Inggeris!

Bahasa Inggeris juga seperti Bahasa Melayu atau mana mana bahasa lain yang mempunyai maksud berbeza diantara yang tersurat dan yang tersirat.

Nak kena gi kelas bahasa balik le puak puak ni!
Ini 'Screenshot' yang saya baru ambil dari laman web Harakahdaily pagi ini. 4hb Oktober 2012.
Ini 'Screenshot' yang saya ambil pagi ini juga selepas saya mengikut saranan didalam Harakahdaily!

Cubalah sendiri. Taip 781220135703 didalam ruang nombor kad pengenalan dilaman Daftar Pemilih Yang Telah DiSahkan SPR disini.

Siapa yang menipu ni?

Harakahdaily!

Saya tak kata bahawa SPR itu bebas dari sebarang kekhilafan tetapi didalam kes berita yang berunsur fitnah ini, memang terbukti Harakahdaily telah menipu kita dengan menyiarkan laporan seperti ini.

Sudah terang lagi bersuluh beb, nak kelentong macam mana lagi???

13 comments:

ladybird said...

Baru tau ka? Kita semua dah lama tau Harakah tu kaki spin...

Anonymous said...

kenapa perlu hari ini baru ikut saranan..kenapa tak check pd 27 september yg lalu..kenapa perlu delay sampai seminggu?? lmbt dapat info ke??

Aliffnajmi said...

Dah byk kali harakahdaily ni dikesan menyiarkan berita yg tak benar. Belum pun reda perihal siar gambar paslu 'roti canai' dah terkantoi pulak dgn kes ni. Knp PAS sampai jadi terdesak mcm ni?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua, terutama krako san...oops...sorry aa...kraken san.

Selama ini Mahaguru58 tak pernah terhingin nak baca Harakahdaily disebabkan berita2 auta tanpa faktanya.

Sudah seminggu Tok Mamu dok sibuk dengan urusan penduduk di apartmen kami yang dah 10 tahun dok kena kelentong dengan JMB syiok sendiri yang mentekedarah duit penyenggaraan penduduk dan tidak membayar pada pihak seperti SYABAS, TNB, Maintenance Lif, Sekuriti dsbnya.

Makanya memang tak ada masa nak baca berita merapu Harakahdaily ni.

Secara kebetulan tergerak hati ini untuk meninjau apa auta terkini puak puak ni?

Maka terlihatlah akan cerita sensasi puak puak yang tak ingat akan pemantauan Allahu Ta'ala akan setiap apa yang diterbitkan!

Secara alami, saya pun cubalah menaip nombor kad pengenalan yang dikatakan itu!

Elok je keluar butiran data pemilik kad pengenalan tersebut.

Maka saya pun tergerak lah hati untuk menulis tentang ini.

Biar lambat brader asal dapat ku belasah geng kaki pelotaq ni.

Apasal? U tak puas hati ke?

Mohd Razib Ramili said...

Tok mamu,

sprm atau spr?

Pak Tam said...

Faham2lah itu tugas hakiki Haprak Daily...jika tak menipu bukanlah namanya Haprak Daily!

MAHAGURU58 said...

Mohd Razib Ramli,

Terimakasih tuan kerana sudi membetulkan kesilapan typo Tok Mamu! Terlebih sudah....hahahah.

Dah saya betulkan. SPR bukan SPRM!

Gracias amigo!

MAHAGURU58 said...

Pak Tam!

Seperti biasa..tuanhamba memang penembak tepat!

Bullseye brader!

:)

KHMER MALAYSIA said...

Sori bro... Saya dah dpt info ni 2 mggu lps n saya sendiri dah cek no ic tu di site daftar pengundi sbb mustahil bg saya org yg namanya hanya ' shj... Tp mmg btol2 wujud benda tu... Tp klu skrg dah berubah lg la jadi lagi 'pelik'.... Tiba2 pulak benda dah nak basi dihidangkan balik...

Supar Yop said...

Tok Mamu,
Saya pun macam tuan jugak . Tak ghairah lagi nak baca Harakah mcm dulu. Nak beli tak ada selera, tapi sesekali beli lah jugak - memang banyak hampeh suratkhabar ni.. Dah terang2 Anwar tu talibarut Yahudi nak diangkat jugak jadi pejuang negara..

lokman said...

tuan haji,

kalu pun betol ada rekod macam tu kat spr agak-agaknya boleh ke mengundi kalau tak de orangnya? setahu saya semasa nak mengundi kena tunjuk ic lepas tu pegawai spr baca kuat-kuat wakil parti akan semak senarai nama. sampai sekarang pun saya tak boleh nak fikir pasal pengundi hantu sebab benda yang sama akan dilakukan oleh pegawai spr iaitu jerit nama pengundi kuat-kuat wakil parti akan semak nama.
sebenarnya buang masa je melayan puak-puak macam ni.

usabukata

litar tutup said...

Tuan Mamu,
Apa yg dihidangkan oleh harakah itu mmg benar,
sebb apabila sy mendapat info tersebut, sy telah check di JPN online, mmg nama adalah ' seperti yg dilaporkan..
tetapi setelah beberapa lama..ia ditukar kepada nama ajis ke ape..

MAHAGURU58 said...

Kita serahkan saja bab ini kepada penghakiman Rabbul Alamin di Yaum al Mahsyar nanti.

Andainya memang benar pihak SPR yang buat kerja gila tersebut maka sudah pasti akan di balas Allahu Ta'ala nanti.

Jika sebaliknya pihak media Harakah yang ampunya spin, maka mereka pulak yang akan menanggung natijahnya pula.

Sebagai pembaca dan pengguna media, hendaklah kita berhati hati didalam menerima apa apa sahaja laporan mana mana pihak bila ianya bersifat provokatif @ menghasut atau mengadu domba.

Inikan Akhirul Zaman?

Macam macam ada. :-)