Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 14, 2012

PM Singapura fasih berucap didalam Bahasa Melayu!



Perdana Menteri Republik Singapura berucap dengan begitu fasih memberi sokongan dan membakar semangat masyarakat Melayu Islam didalam Perayaan Hari Kebangsaan Singapura baru baru ini.

Sungguh fasih ucapan Lee Hsien Loong berbanding sebahagian besar masyarakat Cina di Malaysia ini. Wahai dikau rakyat Malaysia yang membaca artikel saya ini. Ambil lah iktibar dan contoh tauladan pemerintah Singapura ini! Belajarlah Bahasa Kebangsaan kita! Lazimkan berucap dan berkata mengikut resam nya. Jangan berbahasa rojak dan bercampur baur dengan Bahasa Inggeris cap ayam!

Cuba kita dengar dan lihat cara PM Lee Hsien Loong berucap! 

Ucapan seorang manusia yang baik dan ikhlas! Keikhlasan ini tampak jelas pada wajah beliau. Tak ada skandal dari pihak isteri ~ tak berbelanja boros dan nama si isteri jarang disebut melalui siaran radio, televisyen atau akhbar! Bersederhana didalam berkata. Kunci kejayaan Singapura! 

Kunci kejayaan ayahandanya Lee Kuan Yew sama seperti mantan Perdana Menteri ke 4 kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Isteri masing masing tak gila glamor atau memaksa pihak media melaporkan tentang aktiviti mereka didalam setiap laporan berita berlainan sungguh dengan isteri PM Malaysia sekarang ini.

Apa ke perlunya si pemberita asyik hendak melaporkan nama yang ramai rakyat Malaysia sudah muak mendengar saban kali siaran berita ke udara???

Najib Tun Razak perlu ikut contoh tauladan dari 3 manusia hebat ini. Mahathir, Kuan Yew dan Hsien Loong! Mereka bijak mengawal isteri dari merosakkan imej mereka. Isteri mereka tidak perlu dijulang julang seperti apa yang isteri Najib memaksa pihak media samada secara terang terangan atau secara senyap dan halus!

Malaysia boleh belajar banyak perkara dari Singapura. Tidak perlu nak sombong bodoh. Memang mudah untuk kita memperlekehkan Singapura sebab ia hanya sebuah pulau kecil di hujung semenanjung kita. Tetapi dengan tidak ada sumber bahan mentah apa apa, pendapatan republik kecil ini begitu tinggi melonjak di persada ekonomi dunia!

Kecil kecil cili api brader! Apa guna kita mempunyai negara yang lebih besar dari republik ini tetapi sarat dengan Rasuah, Salah Guna Kuasa, Pecah Amanah, bergaduh tak sudah sesama Muslim, Hasad Dengki dan seribu satu perbuatan yang salah dan berdosa???

Saya pernah hidup dan bekerja di Singapura. 6 tahun. Saya merindui disiplin kehidupan masyarakatnya. Memang ada segelintir warganya yang kiasu macam nak mampos! Nak buat macamana? Ia adalah hasil asuhan ibubapa masing masing yang membiarkan anak anak mereka membesar ikut suka.

Kita perlu mendidik anak anak kita mengikut lunas lunas Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan membentuk masyarakat kita melalui contoh tauladan yang baik bukannya mengikut gaya dan resam sesetengah golongan berada yang ada di dalam Malaysia!

Hidup bermewah membazir tahap gaban didalam negara kemudian berdrama swasta bila ke Makkah! Ini semua akan menjadi punca kepada bala bencana menimpa negara! 

Pernahkah terbaca apa apa berita tentang isteri PM Singapura Lee Hsien Loong? Beliau tahu untuk tidak menonjolkan diri mengatasi sang suami berbanding yang kat sini!

Jika hendak turutkan hati banyak lagi yang mahu saya luahkan sebab memang geram didalam hati tetapi pagi pagi Ahad ni nak bertenang sedikit. Bagaikan menuang air ke daun keladi je kalau kita cakap dan berkata tentang keadaan sebenar di Malaysia berbanding kepimpinan pemerintah Singapura!

Mereka melaksanakan apa yang mereka kata. Disini lain. Ramai blogger yang asyik memuji dan memuja golongan pemerintah yang lupa diri. Kentut yang busuk dari sang pemimpin sombong dan angkuh akan tetap dilaporkan wangi oleh blogger sang pencacai dan media kaki ampu!

Beranilah memperakui realiti semasa. Jangan hidup di alam fatamorgana! Ikutlah contoh kejayaan Singapura! Majulah seperti Singapura! Hendak seribu daya beb! Jangan ego gila babi! 

Hidup kita ni di antara 5 waktu. Sempat subuh tak ada jaminan akan hidup sampai zohor dan seterusnya! 

Apa sanggup berdaya saing dengan republik di hujung semenanjung bekas Persekutuan Tanah Melayu ini atau terus hendak menyalahkan kaum itu dan ini di atas kegagalan sendiri?

Salahkan semua orang lain KECUALI DIRI SENDIRI!!!

5 comments:

Jabalnur said...

Bila mereka telah menakluk Singapura hingga hampir pupus orang Melayu di Singapura, adalah satu jenis hipokrasi bagi Presiden Lee Hsien Loong mengatakan tidak boleh menuntut hak sosial melalui aliran kaum...

Kalau diingatkan sejarah kepada beliau, SIngapura yang ada sekarang adalah ditubuhkan hasil usaha Lee Kuan Yew melalui tuntutan kaum.. LKY menipu orang MElayu ketika itu dengan pelbagai taktik termasuk memakai songlok dan masuk ke kampung Melayu di SIngapura untuk mendapat sokong MElayu supaya menyokong polisi rasis beliau...

Sekarang ini apabila tidak mungkin lagi Melayu akan bangun, belayu masih berpura pura memuji hasil usaha segulungan kecil belia Melayu
kononnya mereka telah berjaya... KAlau betul mereka berjaya, mana statistik kedudukan MElayu Singapura didalam kerajaan SIngapura atau pun di sysikat2 swasta di sana?

Supar Yop said...

Tuan Mahaguru, mungkin ini satu pengalaman baru bagi Tuan mendengar ceramah PM LHL dalam Bahasa Melayu sempena Perayaan Hari Kebangsaan Singapura baru baru ini.Ingin dimaklumkan ini bukanlah satu perkara baru malah tradisi ini telah dimulakan oleh bapanya LKY semenjak zaman beliau jadi PM lagi. Saya pernah tape ucapannya semasa duduk di Senai pada tahun 1987.
Pada saya tidak ada apa yang dibanggakan . Itu cuma helah untuk menunjukan secara ceremoniously bahawa orang melayu dihormati dan diberi keutamaan .Selepas itu PM akan membuat ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Nasib tak baik PM depa tak tau Bahasa Tamil , kalau tak itupun dia balun sekali! Hakikatnya Bahasa Melayu tidak mendapat keutamaan di sana semacam mana di sini. Orang bukan melayu sana terutama generasi sekarang atau baby boomers tak tau BM mcamana kita tak reti cakap cina atau tamil. Malah lebih teruk lagi ada yg tak tau makna lagu kebangsaan mereka " Majulah SIngapura".BIla ditemuramah, cina sana akan cakap " I also dont know the meaning la.. I just sing only" Itulah nasib bangsa kosmetik.

Seperkara lagi tentang isteri PM sana, munkin pasal sini kita dok taji Rosmah kita ingat Singapura hebat sangat , bini diorang tak ada isu , dok rumah masak cahr kuew teow sj.. Rujuk sini artikel D:\Breaking News $40 billion loss by Temasek Holdings The Online Citizen.mht - Ia, sana pun main kroni jugak .. Bini LHL, Ho Ching adalah CEO untuk Temasik Holding, kira macam kita punya setaraf Khazanah Holding la.. Punya hebatnya bini PM ni jadi CEO sampai Temasik rugi $40Billion hingga Mrch 2009! Kekurang Rosmah tak jadi CEO Khazanah, paling teruk pun dia balun cincin US$10juta yg kemudian nya jadi RM 10 juta dan kemudiannya entah apa2 harga diletak kan pasal tak ada bukti.

Tentang bapanya, memang isteri dia ( mak LHL) tak pernah menyusahkan LKY. Tapi ada satu kes sebelum beliau mati ,rujuk blog Diary Of A singapore Mind http://singaporemind.blogspot.com/2009/07/truth-about-healthcare.html - "When Kwa Geok Choo got a stroke in Britain, a chartered SIA jet was dispatched to take her back for treatment. When Lee Hsien Loong had cancer, an oncologist was flown in several times from the US to treat him. All these were paid for by the taxpayers....."Bayangkan sayang bini punya pasal pakai 1 jet SIA nak hantar bini dia buat treatment di London.

Klaau nak ceriter bab melayu Singapura .. sedih .. sedih.. tak cukup ruangan dalam blog ini.Hkaikatnya walaupun negara itu bersih, berdisplin tapi melayu dilayan macam Paria atau macam invisible.Kita tak akan dengar nama melayu hinggalah bila tengok team bolasepak Sigapura main baru kita perasan keujudan mereka
Sya percaya semasa Arwah Hindon dirawat di US, Pak Lah tak charter 1 kapal terbang MAS hantar dia ke sana.
Apa yg saya lihat, tohmaha dan kebencian melampau kpd Rosmah yg serig dilemparkan oleh pihak pembangkang terutama DAP membuatkan orang terlupa yg PM yg mereka puja di seberang tambak sana pun bagi bini diorang perabihkan duit perbendaharaan negara lagi teruk lagi..

Wak Domo said...

Betul! Inilah strategi lebah. Pada mulanya sesuatu kawasan dipantau untuk debunganya. Kemudian debunga diangkut ke sarang asal untuk dibuat madu - menghidupkan ratu dan kaum sendiri. Lepas itu sarang bary dibuat di kawasan yang baru. Sesiapa mengganggu mesti disengat. Bertapaklah lebah kita itu di tempat yang lebih memudah dan menyelesakan kehidupan mereka. Bunga (Melayu Singapura) sudah dalam poket. Apa lagi nak dirisaukan? Hanya dodoikanlah mereka dengan puji-pujian supaya mereka terus lena - tak terasa dek keperluan untuk bangun dari tidur. Langkah-langkah yang serupa mungkin akan memperangkap dan menidurkan Melayu di Malaysia. Jangan kita mudah dan cepat syiook dan siaga me-layu-kan diri dengan sekelumit pujian dan kesediaan untuk bersetia-kawan kadar 'token' sahaja daripada kaum tertentu. Bila kita dah masuk poket tidak mungkin dapat keluar lagi. Overseas Chinese is an entity and identity with its own 'sovereignty'. Like the honey bees. Madu yang menjadi stake di sini adalah Power (Power To Rule).

Wak Domo said...

In Malaysia we are living in a society which still clings largely to the male chauvinistic inclinations. So when the PM permits his wife to display her roles as a spouse to the Top Executive to the Nation many feel 'funny' - something uncanny. If we reflect on the times of our Prophet (SAW) the ladies also played their respective role appropriately. Until Aisyah is known as 'Ummi' to the Mukmin. The disapproval and comments are mostly from the opposition - saja nak cari dosa. Kerja pembangkang. Bergaji pulak tu!

Unknown said...

Isteri yang di Singapura tu tak nak bersusah payah "bekerja". Bukan dapat gajipun, penat je dapat. Lebih baik buat duit, dan keep low profile. Saya tak termakan dengan lakonan PM Singapura ni. Tak de apa yang nak dihairankan pandai berbahasa Melayu setelah pulau milik Melayu dapat dimiliki.