Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 07, 2012

Do'a di hadapan Kaabah, Masjidil Haram, Haji 1432H



Rakaman doa saya semasa berada di hadapan Kaabah, Masjidil Haram, Makkah al Mukarramah. Musim Haji 1432 Hijrah.

Sesungguhnya hati ini hanya ingin melihat umat Islam seMalaysia hidup rukun damai bantu membantu sesama kita didalam perkara perkara kebajikan dan hasrat itu diluahkan didalam do'a saya semasa di hadapan Kaabah.

Itupun sudah dikira nikmat tidak terhingga dapat juga jasad ini menjejak Tanah Suci semasa hayat ini dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dipermudahkanNya melalui Tabung Haji dan pihak pentadbirannya.

Jika hendak diturutkan hati banyak lagi perkara perkara yang mahu diminta didalam do'a saya itu tetapi Allahu Rabbul Alamin lagi Maha Mengetahui akan segala hasrat hati ini dan Ia Maha Arif lagi Bijaksana didalam mengatur kehidupan hambanya ini.

Walaupun sudah setahun lebih selamat diri ini mengerjakan fardhu haji tetapi masih terasa seperti hanya semalam diri insan kerdil ini bersama sama jutaan para jamaah menyahut panggilan Haji, bertawaf dan bersa'ie.

Saya amat terhutang budi kepada Tuan Haji Mohd Nasir, Ketua Unit Media Tabung Haji yang telah membimbing saya serta rakan rakan didalam menyempurnakan segala rukun rukun dan fardhu haji dengan sebaiknya.

Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja Yang Maha Kaya dapat membalas segala jasa jasa Tuan Haji Mohd Nasir serta sekelian pegawai pegawai Tabung Haji yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap kami semua dengan begitu cekap dan cemerlang sekali.

Jazakallah khairan kathiraw semua!

Semoga Allahu Ta'ala memberkati setiap diri tuan/puan kebanggaan negara!

Amin! Ya Rabbal Alamin.

2 comments:

Mejar Zainal said...

Alhamdulillah Tn Hj,

Kita sama-sama berdoa agar kaum keluarga kita yang lain, sahabat-sahabat dapat melunaskan ibadah haji ini yaa Tn Hj. Daftarkan anak-anak, untuk pergi haji bukan setakat menyimpan sahaja. AlMaklum, giliran haji makin lama makin panjang. Harap kuota haji kita ditambah lagi. Amin

MAHAGURU58 said...

Benar Tuan Mejar,

Peluang untuk mengerjakan Haji atau Umrah bukannya dapat kepada setiap orang.

Ada yang meninggal dunia sebelum sempat sampai kesana. Namun ada pula yang saban tahun atau sering ke Tanah Suci mengerjakan ibadah atau kerna ada urusan duniawi tetapi tidak ada sebarang perubahan bermakna didalam diri mereka terutama sekali didalam bab Hablum minnannas.

Perhubungan sesama manusia.

Diri tetap sombong dan egois tak kesudah.

Realiti ini membuatkan hamba terpanggil untuk bermuhasabah akan diri ini.

Apakah hasil dari berjayanya daku mengerjakan fardhu ke5 Rukun Islam ini?

Tidak patut daku kedekut ilmu atau pengalaman dengan membiarkan kisah2 sepanjang pengerjaan ibadah haji diri ini tersimpan didalam benak fikiran dan sanubari jiwa ini sahaja.

Namun kemudian ada pula suara suara yang tidak selesa dengan pendedahan realiti sebenar keadaan disana.

Makanya terpaksa diri ini mempertimbangkan baik buruknya daku menceritakan hal sebenar sepanjang musim haji 1432Hijrah yang dapat hamba lakukan dengan naungan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Ada perkara yang boleh diceritakan demi kebaikan bersama dan ada pula yang se eloknya tinggal menjadi rahsia peribadi demi untuk mengelakkan sengketa bersama mana mana pihak samada yang berkuasa atau sebaliknya.

Apa apa pun, segala peristiwa yang telah berlaku sepanjang masa hamba dan rakan rakan yang lain berada di Tanah suci tetap menjadi kenangan indah yang tak akan dapat dilupakan sampai ke saat ruh jiwa ini berpisah dengan jasad yang telah dipinjamkan Rabbul Alamin pada diri ini.

Selamat mengerjakan Fardhu Haji dan Umrah pada sesiapa sahaja yang mampu.

Semoga ianya menjadi penebus segala salah silap kita sebelum ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Jazakallah kerna tuan sudi meninggalkan maklumbalas ini. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati kita semua.

Amin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.