Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 26, 2013

Poster, bendera dan 'Janji Janji Pilihanraya' di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor.

Baru baru ini saya ke Taman Permata, bersebelahan Lebuhraya MRR2 untuk singgah di pejabat PROFIMA diatas satu urusan.

Secara kebetulan, saya terlihat pelbagai macam bendera parti parti politik dipacak disana sini menggunakan buluh dan ada juga poster poster calon pilihanraya direntang atas jalan dan ada juga yang berkeronyok terbuang ditepi longkang dan laluan pejalan kaki disana.

Hati kecil saya berkata 'Alangkah malang nasib mereka yang menjadi calon calon pilihanraya! Wajah wajah mereka di poster poster PRU ke 13 ini ada kemungkinan mengalami nasib seperti poster didalam gambar di atas! 

Terbuang dan tidak dipedulikan oleh mereka yang bertanggungjawab memasang poster poster begitu pada mulanya! Bagi mereka, janji dapat duit dan upah memasang poster. Tidak ada penentuan bahawa poster poster itu akan terus terentang dengan baik dan sebagainya! 




Di antara rentangan kain sepanduk yang terdapat di Taman Permata adalah yang menjanjikan 'Pemansuhan Pinjaman PTPTN' jika Saari Sungib (PAS) dan Azmin Ali (PKR) dipilih para pengundi!

Fuyoo! Hebat tu! 

Bayangkan? Dapat belajar di Institut Pendidikan Tinggi tanpa perlu membayar apa apa pinjaman pembelajaran! Kira ditanggung sepenuhnya!

Para pensyarah dan kakitangan pentadbiran universiti dan kolej akan dibayar gaji atau tidak? Dari mana pula nak di korek sumber kewangan utuk menanggung kos kos pentadbiran institut pendidikan tinggi berkenaan, ya? 

Mesti hebat para calon Pakatan Pembangkang berkenaan yang berani menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN tersebut! Selama Pakatan Pembangkang menjadi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan sejak 2008 sehingga ke bulan lalu, 2013, adakah mereka berjaya mengotakan janji janji pilihanraya tersebut atau sekadar acah acah sahaja?

Setahu saya ada video menunjukkan mantan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata 'manifesto bukan janji'! Nak buat macam mana tu? Bolehkah kita percaya lagi dengan 'janji janji kosong' seperti tertera di kain rentang di atas???



Ini lagi hebat syeh! 'Menghapuskan TOL!' Hooray! Tak payah bayar TOL lagi jika lalu di lebuhraya didalam Negeri Selangor! Errrr...siapa nak bayar gaji pekerja penyelenggaraan lebuh lebuh raya berkenaan, ha?

Dari mana sumber kewangan yang hendak digunakan bagi menanggung kos penjagaan lebuh lebuhraya berkenaan atau ... akan dibiarkan lebuhraya lebuhraya itu berlobang dan berlopak sampai menjahanamkan kenderaan kenderaan yang dipandu laju di lebuhraya berkenaan serta membahayakan nyawa para pengguna lebuhraya berkenaan?

Iyalah! Jika semua pandu percuma sahaja, dari mana si pintar berkenaan nak korek duit untuk membaikpulih dan menyelenggara lebuhraya lebuhraya tersebut???

Ana musykil ya sheh! 

Ada di antara tuan puan yang tahu rahsia kedua 'genius' calon pilihanraya ke 13 kawasan Gombak berkenaan???

Kasi kongsi lah berita ini dengan kami semua! 

5 comments:

Abdullah A Rahman said...

Free education bukan bermaksud institusi pengajian memberi percuma, tetapi kerjaan yang memerintah lah yang menanggung kos pelajaran rakyatya.

Unknown said...

Alhamdulillah, sebagai ahli PAS kita perlu bangkit menegur pimpinan kita yang sudah tersasar jauh dari landasan Islam..Alhamdulillah dapat bersama Mahaguru di Wacana PEMBELA di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru tadi cukup bermakna..moga Ummah bangkit dan kembali mempertahankan Islam hingga ke titisan darah terakhir..Allahuakbar!

foolkatan said...

Tuan Abdullah, nak tanya sikit..kerajaan tu siapa? bukan kerajaan tu rakyat..Rakyat yang nanti kena bayar cukai untuk menampung kos tambahan untuk pelajar, pengajar, pengurusan dll...

Tentang TOL percuma tu pun bagus juga ..nanti pekerja2 PLUS lebih kurang 3.000 orang (kebanyakannya Melayu) nanti taada kerja..

Haji Zainol Abideen said...

Assalamualaikum semua.

Terimakasih kerana sudi singgah dilaman blog hamba ini untuk memberikan pandangan tuan tuan.

Saudara Abdullah,
Saya kurang setuju dengan mentaliti subsidi dan segalanya percuma seperti di'manifesto' calon parti pembangkang tersebut.

Seperti kata pengulas 'foolkatan', bebannya nanti berbalik semula kepada para pembayar cukai.

Didalam kehidupan duniawi ini kita tidak harus terlalu mudah menjadi parasit dan menghisap segala zat zat dari pohon asas (kerajaan) yang menaungi kita dan memberikan perlindungan begitu begini yang meliputi keperluan perlindungan keselamatan asasi, penyediaan infrastruktur asas kehidupan seperti segala projek projek perumahan, perparitan, jalanraya, lebuhraya, sistem pencahayaan, telekomunikasi, kesihatan, dan seribu satu macam lagi perkhidmatan asas yang kebanyakan kita mengambil mudah sahaja atau kata orang Barat 'taking things for granted'!

Tak boleh gitu tuan! Didalam ajaran Islam pun tidak digalakkan kita terlalu sering meminta minta atau membebankan pemerintah!

Ingat tak lagi ada satu riwayat tentang Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam yang memberikan seorang yang datang meminta bantuan sadaqah dari Baitulmal tetapi Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam memberikan orang itu sebilah kapak dan seutas tali untuk orang itu pergi mencari kayu api untuk dijual dan kemudiannya sesudah orang itu dapat menjual kayu api tersebut, ia berupaya menampung keperluannya dan menyerahkan kembali kapak dan tali itu untuk digunakan bagi membantu orang lain pula!

Sepatutnya kita membayar untuk apa apa perkhidmatan yang kita gunakan?

Bukannya terus membebankan kerajaan.

Haji Zainol Abideen said...

Unknown,
Kenapa tak datang memperkenalkan diri? Tak seronoklah halimunan begini!

Kita ni hidup sementara saja tuan. Lagi bagus jika dapat berkenalan secara nyata supaya lebih bermakna didalam bersahabat atau seperjuangan.

Lain kali jangan dok buat malu malu, ha!

Hehehehe! Terimalah salam persahabatan dari hamba!