Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 03, 2013

PRU13 ~ PESANAN MAHAGURU58 & KETUA IMAM MASJID AL NAJIHIN KEPADA PENGUNDI P124!



Parlimen P124 Bandar Tun Razak
Bandar Tun Razak,
Jumaat 22hb Jamadil Akhir 1434
3hb Mei 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tuan tuan dan puan puan, warganegara Malaysia dan rakan2 pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak P124 yang saya hormati sekelian.

Luahan hati saya di atas turut membawa pesanan Ketua Imam Masjid Al Najihin, Masjid Jamek di Kariah Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak ini.

Calon PKR bagi Parlimen P124 Bandar Tun Razak ini masih lagi Tan Sri Khalid Ibrahim yang GAGAL untuk berkhidmat kepada para penduduk kawasan parlimen ini sejak beliau dilantik oleh kami pada PRU12 tahun 2008 dulu!

Bayangkan betapa kecewanya hati Ketua Imam Masjid Al Najihin kami, Tuan Abdul Aziz bilamana selama 5 tahun Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak ini, cuma 2 kali sahaja Khalid Ibrahim datang berjamaah sebagai makmum biasa.

Tak pernah Khalid Ibrahim berjumpa AJK Masjid Al Najihin bertanya tentang keperluan masjid atau menawarkan apa apa bantuan kepada masyarakat disini!

Maka pendekata, kami ingin menyeru setiap pengundi di Parlimen P124 Bandar Tun Razak, terutamanya umat Islam disini supaya tidak lagi tertipu dengan Khalid Ibrahim yang GAGAL melaksanakan sebarang tugas sebagai seorang Ahli Parlimen yang kami undi dan melantiknya pada PRU12 tahun 2008 dahulu!

Undilah calon Barisan Nasional pada PRU13 untuk kemakmuran dan kesejahteraan kawasan Parlimen P124 Bandar Tun Razak khususnya dan di seluruh Malaysia amnya!

Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab kita selaku warganegara Malaysia!

Sekian. Terima kasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5 comments:

Unknown said...

Sama juga dgn sya. PRU 12 pangkah PKR. Tpi kali ini, sya nk pangkah BN, sbb dh xde lagi choice. Pakatan diketuai oleh PKR/DAP. Kedua2 parti tu le ye2 sgt nk benarkn kalimah Allah dlm bible. PAS plak mula2 menyokong....pastu buat u-turn..membantah. Nmpk2 sgt inconsistent. Cmne nk perjuangkn islam kalau isu mcm tu pn longgar, demi nk jaga DAP. Minta maaf. PAS kali ni hancus sgt2.

Bosan said...

Tapi tuan kalau pilih bn yb baru tu langsung tak berjemaah.Kesian khalid dia kena tengokkan selangor jugak.
Tuan ada sentiment lain ke

Haji Zainol Abideen said...

Saudara Bosan,
Jika calon MCA menang, kami akan pastikan dia buat kerja utk rakyat!

Jika dok baloq baloq macam Khalid, tahu lah Tok Mamu ajaq dia!!!

Haji Zainol Abideen said...

Saudara Unknown,
Tok Mamu sokong pandangan tuanhamba!

Anonymous said...

demokrasi hanyalah alat untuk kita gunakan dapat keperluan dunia. ada pendapat ckp demokrasi ialah satu fitnah dajjal.

hairan PAS yakin sangat demokrasi boleh dipakai untuk laksana undang2 Allah. bukankah demokrasi ni bersifat asabiyah. apa pesan rasul?

sepatutnya PAS fokus macam mana nak ajak umat manusia jadi abid Allah (beribadat) . 'manusia' di sini bukan bermaksud org islam sj. Tapi nak ajak non-muslim kenal Allah. Bila ulama sebarkan ilmunya sampai membuatkan non-muslim terfikir dan kembali pada Allah. Mereka ini lah golongan yang paling digeruni Iblis dan syaitan.