Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 11, 2014

Proton Pandan Indah Service, Ah Khin, 19 yr old very efficient Car Mechanic.

Yesterday, I sent our Proton Preve to the Pandan Indah Proton Service Centre for a major service as our Preve has already reached the 12 months service period.

Usually I had been sending our Preve to the Desa Tun Razak Proton Service Centre but once you hand over your car to them, you have no idea as to what is being done to your car because their service area is off limits to you as the owner and you just pray that whomsoever is handling your car's servicing is really doing that as expected.

Well, after reaching the 12 month's servicing benchmark, I decided to send our car to the C.K.L. Pandan Indah Sdn.Bhd. Proton Service Centre. The service centre is part of the Lim Tayar franchise.

What I appreciated the most from the service these young mechanics provided was the way they handled our Proton Preve!

They told me that the cable which was connected to the car's lighting system needed to be replaced and since our car was still within the Warranty Period, it will be replaced without charge.

Could be the reason why one of the headlight bulbs had to be replaced last month?

So, I was happy that the mechanics at this Proton Service Centre did the needed replacement out of their commitment to us, their clients.

Over at the Desa Tun Razak Proton Service Centre, those fellows had not bothered to carry out such replacement work. 

So to me as a paying customer, I am very satisfied with the quality of service that C.K.L. Pandan Indah Sdn.Bhd. provides.






After having our Preve serviced yesterday, I sensed that they had not carried out the engine tuning and called them up to ask about it?

Mr.Por Kee, the Asst. Supervisor apologized for their having missed doing that and asked me to bring our car over today for the electronics tune up. So I did just that today and had my car serviced by this very efficient young mechanic by the name of Ah Khin. 

I asked Ah Khin to check as to what was causing some creaking sounds and if necessary, to tighten up whatever nuts and bolts that needed such attention and to my utmost satisfaction, Ah Khin did a bloody good job!

Damn! After he said that our car was ready to go, I went along with him for a test drive and to my immense satisfaction found our Proton Preve to be as good as it was the day I drove it out of the showroom a year before! Fantastic job!

Not a sound was to be heard from our car as we drove over bumps, etc. and it felt so good to be able to drive in complete comfort and satisfaction! 

I seriously recommend any of you who wants excellent servicing for your car here in KL to look for Ah Khin at the above Proton Service Centre.

He says that he plans to open his own Proton Service Centre in the future. I think that he'll be able to do just that soon enough if he keeps up to the standard of service he currently provides.

May his dreams come true. Ameen. 

Thank you Ah Khin! You made my day, young man! Xie Xie Nee!

Monday, December 08, 2014

Datuk Fuad Hassan kembali ke Rahmat Allah! Al Fatihah! Maklumat Majlis Pengkebumian Allahyarham.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji Uun! Al Fatihah!

Isnin. 8hb Disember 2014.

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dipercayai akibat sakit jantung pada 12.20 tengah malam tadi .

Abang Allahyarham Tan Sri Musa Hassan berkata, adiknya disahkan meninggal dunia selepas dirawat di hospital berkenaan apabila rebah ketika menghadiri satu majlis makan malam yang diadakan kelmarin di Kemaman, Terengganu.


Datuk Fuad Hassan adalah anak kedua kepada tokoh pengajian Al-Quran Tan Sri Hassan Azhari manakala Tan Sri Musa Hassan yang juga abang sulung kepada Allahyarham adalah bekas Ketua Polis Negara kita. Datuk Jalaludin Hassan, seorang pelakon, adalah adik kepada Allahyarham.


Berikut adalah butiran maklumat  mesej WhatsApp tentang perancangan majjlis pengkebumian janazah Allahyarham yang saya terima secara peribadi dari Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi :


" Tan Sri Musa Hassan: PERGERAKAN JENAZAH


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan di ambil oleh Pihak PDRM dan akan di mandikan serta di kafankan di IPD Kuantan.  


Sebaik sahaja  selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. 


Jenazah akan di kebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham."




Bersama lah kita mendoakan agar ruh Allahyarham di Rahmati Allahu Ta'ala dan di tempatkan bersama sama mereka yang di redhai Allah. Amin.

Tuesday, November 25, 2014

PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (GURU MARA)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai:

- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Bidang dan subjek yang ditawarkan:
- Bahasa Melayu
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sains (Biologi, Fizik dan Kimia)
- Ekonomi
- Matematik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Media
- Pengurusan Perniagaan
- Perniagaan Antarabangsa
- Pendidikan Senireka/Visual
- Senireka Grafik
- Rekacipta
- Komputer Multimedia dan Animasi
- Geografi
- Sejarah/Sivik
- Perakaunan
- Undang-undang
- Internal Affairs Management

Iklan Pengambilan:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/iklan/IKLAN.pdf

Borang Permohonan Online:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014

Lokasi : Seluruh Malaysia

Wednesday, October 22, 2014

Najib Razak gets bumped! Guess President Obama now has a new club member!




Well, what can I say? Seems that President Obama who was forced to change his seat at Nelson Mandela's funeral by Michelle Obama now has a new friend or rather 'Hassled Husbands Club' member to confide in!

Condolences to both Najib Razak and Obama!

Our sympathies!

Selangor Darul Ghaflah? Bala Bencana mula menimpa!



Apakah umat Islam di Malaysia ini sadar atau tidak bahawa Hari Kiamat semakin hampir? 

Segala tanda2 kecil kedatangan Hari Kemusnahan Dunia ini sudah berlaku dan berlalu pergi tanpa kita ambil langkah2 menghadapi Ketentuan Ilahi ini!

Baru berlaku puting beliung skala kecil di Jalan Pandamaran, Klang, Selangor, Melayu Muslim yang di timpa bencana dah kelam kabut melaung IQAMAT dan bukan AZAN!

Bayangkan keadaan sebenar yang PASTI AKAN BERLAKU seperti di terangkan di dalam FIRMAN ALLAHU TA'ALA di dalam Surah Al Qiyamahhttp://quran.com/75 ?

Bila permukaan bumi ini akan di goncang dan di kibas kibas oleh para Malaikat Allah bagaikan mengibas tikar atau hamparan?

Kemana kah pergi nya nanti segala kesombongan manusia manusia yang bangang bahalol dok gi buat kerja kerja bodoh seperti baru baru ini dengan program sentuh, peluk dan anjing mereka?

Kalau ikutkan hati.....mati! Ikutkan rasa...binasa lah kalian yang terlibat dok buat angkara durjana di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini!

Bala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala mula menimpa negara terutama di Selangor Darul Ghaflah!

Kasihan saya saksikan orang di dalam rakaman video ini yang di dalam keadaan kalut dan kelam kabut tenggelam punca sehingga dia melaungkan IQAMAT dan bukannya AZAN bila di timpa bencana!

Jelas menunjukkan keadaan umat Islam hari ini yang jauh hanyut dengan godaan dunia sementara ini dan tidak bersiap sedia menantikan kedatangan Hari Kiamat yang telah di janjikan dan di pastikan Allahu Ta'ala dan di terangkan ciri ciri nya oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam!

Semua tanda2 kecil menjelang kedatangaan Hari Kiamat sudah berlangsung samada secara sadar atau tidak tetapi kebanyakan masyarakat Melayu Muslim Malaysia masih terus berhibur dan bermaksiat tak sudah sudah!

Nak kena bencana gempa bumi atau tsunami baru nak cari sejadah! 

Selepas ini, musibah apa lagi nak menimpa Selangor Darul Ghaflah?

Semuanya ini berbalik semula kepada siapakah mereka yang di lantik memerintah Malaysia?

Kaji akan peribadi setiap seorang Sultan Sultan dan Raja Melayu yang sedang berkuasa dan Tengku Tengku Mahkota Kesultanan Melayu yang bakal menaiki takhta menggantikan ayahanda ayahanda mereka!

Kaji juga akan siapakah dia Perdana Menteri dan Timbalann Perdana Menteri serta gaya dan kehidupan peribadi mereka yang di sembunyikan dari mata masyarakat melainkan ada tersiar tanpa sengaja di dalam mana mana laman sosial oleh mereka sendiri yang jelas mendedahkan gaya hidup yang tidak Islami?

Sesungguhnya di dalam dunia siber ini tidak susah nak membongkar rahasia petualang petualang ini yang mengundang Kemurkaan Allahu Ta'ala!

Bila dah kena penampar dahi oleh Amarah Allah baru kelam kabut nak kembali ke sejadah!

Wednesday, October 01, 2014

Translating is not just a matter of replacing words but more of understanding the context and content of the subject!

There are those who think it is okay to use the free online translating services or to use an application that they think will give them accurate translations of whatever it is that they wish to translate?

Chances are that they might just end up getting the wrong message across as what they intended to share might just be lost in translation and they end up causing much more harm to their work or trade what more if it involves something much more personal or intimate with their intended partner or partners.

Getting to send across what one really means needs to take into consideration the true meanings of one's exchanges, correspondence or delivery of one's intention.
A translating application would only be able to give you the nearest equivalent to a word or phrase but a well versed knowledgeable human translator who understands the context and content of what it is that you really wish to convey will be able to deliver exactly that!

The human translator will be able to immediately identify your intention in the needed language that you wish to have it delivered. 

Machine translators on the other hand depend on the type of data and input entered into it's system and the process of coming to whatever closest results that has been entered into it's program? The output may be close to or totally in contrast to what you intended to say or share?
I am providing my services here at Read N Write. Net. Accurate Translations, Fast Service, Reasonable & Affordable Fees.

Satisfaction Guaranteed. Contact +60163969881 to discuss about your task at hand or assignment. You can also email me at editor.readnwrite.net @ gmail.com.

All inquiries are welcome. English to Malay / Malay to English. Proof Reading. Script Writing. Article Writing. Blog Advertising.

http://www.readnwrite.net/2014/10/translating-is-not-just-matter-of.html

Tuesday, September 30, 2014

Jayalalitha Jayaram, Tamil Nadu Chief Minister guilty of Corruption & Embezzlement, Jailed 4 Years!


Indian Tamil Nadu Chief Minister, 66 years old Jayalalitha Jayaram, has been found guilty of Corruption and Embezzlement of Disproportionate Wealth!
She has created dubious history by becoming the first ever Tamil Nadu Chief Minister to be disqualified as a Member of the Lower Assembly whilst in office!

She was tried and found guilty in the Karnataka Court and is now in jail on a 4 years jail term!

The now jailed Jayalalitha was earning a token salary of just 1 Indian Rupee per month!

Her wealth which was estimated to be Rs.3 Crore when she first took office as the Tamil Nadu Chief Minister ballooned to Rs.66 Crore and now her entire ill gained wealth which included tea estates, real estate in the form of bungalows, complexes,28 kilos of gold jewelery, more than 12000 silk sarees, suitcases full of Indian Rupees stockpiled like those you see in Tamil movies and still being audited forms of wealth that boggles the mind!
She has also been fined Rs 100 Crores and barred from politics for 10 years! 1 crore is 10,000,000 rupees.

How much is Rs 100 Crore in US Dollars? I used this converter and got the following answer =
10,000,000,000.00 INR=162,231,100.59 USD
That's USD$162 Million, 231,100 dollars! She must have been stashing away all her ill gotten wealth in so many places that it will take ages for the Indian Authorities to trace and confiscate!

Talk about Tamil movies come alive!

Meanwhile, her party supporters are running amok in Tamil Nadu and protesting in the usual manners which includes rolling on the roads, shutting down businesses, etc.


Which brings me to think of the PKR de facto Chief Anwar Ibrahim who was said to be earning a token salary of RM1.00 per month as the Selangor State Economic Adviser during former Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim's administration!
Wonder what our Malaysian Auditor-General's Office will find when the fellow gets investigated?

Will they find similar stashes of cash and other forms of wealth?

Wallahu'alam.

Saturday, September 27, 2014

Zed Zaidi dipilih secara rasmi menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia semula dengan suara majoriti!

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pelakon Zed Zaidi dipilih sebagai Presiden Seniman yang baharu apabila mendapat suara majoriti dengan memperoleh sebanyak 109 undi daripada 252 undian keseluruhan.

Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan pencabarnya, Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 71 undi manakala seorang lagi calon, Afdlin Shauki hanya memperoleh 66 undi. - UTUSAN ONLINE

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Zed Zaidi @ Rozaidi Jamil di atas kemenangan ini!


Ada pula laporan berbeza dari Nelly Natalia, isteri Zed seperti tersiar di laman Facebook beliau. Akan kita semak semula selepas mendapat maklumat lanjut. Insya Allah.


Sudah sepatutnya Zed Zaidi di nobatkan sebagai Presiden Seniman setelah beliau berhempas pulas menjaga kebajikan para artis dan seniman baik yang baru apatah lagi yang veteran!




Presiden SENIMAN Rozaidi Abdul Jamil @ Zed Zaidi menziarahi pelakon veteran Datuk Yahya Sulung dan menghulurkan sumbangan persatuan semasa arwah sakit terlantar di rumah.
Sekian lama ini kita sering membaca dan mendengar tentang para artis dan karyawan yang terlantar menderita sakit atau mati di dalam keadaan hina tanpa bantuan pihak pentadbiran sebelum ini.



Zed Zaidi bersama Ahli Ahli Jawatankuasa SENIMAN



Zed Zaidi sanggup melepaskan jawatan Presiden sebelum ini untuk mengelakkan pendaftaran Persatuan Seniman dibatalkan pihak ROS!



Orang lain berebut rebut nak jadi Presiden tetapi tak ada sangat sumbangan terhadap kebajikan ahli ahli Seniman. 

Kemenangan Zed hanya boleh di sebut 'Bak sireh pulang ke gagang!

Ada pula wartawan hiburan Berita Harian bergelar Kak Pora berhasad dengki terhadap kejayaan Zed Zaidi selama ini dengan cuba memburukkan imej Zed dengan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dan fitnah dibawah:



Zed Zaidi mungkin tak sesempurna mana tetapi beliau terbukti mampu membawa SENIMAN ke tahap lebih tinggi lagi dari segala mereka yang pernah menerajui persatuan sebelum ini!

Maka sebab itu sebahagian besar ahli ahli SENIMAN bangun menyokong kepimpinan Zed Zaidi dan hadir menunjukkan sokongan padu mereka terhadap nya!



Saya turut hadir dan merakam video penerangan Zed Zaidi dan peguam persatuan di FINAS


Datuk Yusf Haslam berucap 

Zed Zaidi seorang graduan lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) pemegang IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (Dengan Kepujian)

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati perjuangan Zed Zaidi untuk membina semula Persatuan SENIMAN demi kebajikan para artis dan seniman negara kita!

Amin Ya Rabbal Alamin!

Syabas saya ucapkan kepada semua ahli ahli SENIMAN yang telah mengundi Zed Zaidi mengembalikan Presiden SENIMAN yang di sokong ramai!

PKR ~ Parti Kencingkan Rakyat Selangor - Drama Politik Anwar pedajal Lee Chin Cheh, Khalid Ibrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, Muslimin dan Muslimat yang di hormati sekelian.

Saya percaya bahawa setiap warga Malaysia yang sedang mengikuti perkembangan terkini krisis politik yang di cetuskan oleh Anwar Ibrahim di Selangor Darul Ehsan sedang tertanya tanya samada kemelut yang di sengajakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat @ PKR ini akan reda dengan perlantikan YB Mohamad Azmin bin Ali, Timbalan Presiden PKR oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru semalam?



Krisis ini di cetuskan Anwar Ibrahim melalui 'Kajang Move' dengan memaksa Ahli Dewan Undangan Negeri N25 PKR Kajang YB Lee Chin Cheh untuk meletak jawatan bagi membuka ruang untuk Anwar Ibrahim bertanding di Kajang di dalam Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang yang baru. 

Tujuan Anwar adalah supaya diri nya dapat di lantik menjadi Menteri Besar Selangor dan seterusnya merintis jalan ke Putrajaya untuk akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu puncak aspirasi politik diri nya sejak dari zaman Tun Dr.Mahathir lagi!


Mahu tak mahu maka YB Lee Chin Cheh terpaksa mengisytiharkan dirinya meletak jawatan dari menjadi ADUN N25 Kajang berkuatkuasa sertamerta pada 27hb Januari 2014! 



Ini adalah visual surat rasmi perletakan jawatan beliau:



Demi terpaksa akur kepada kerakusan nafsu mengejar kuasa Ketua Umum parti PKR yang di anggotainya, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor seperti Lee Chin Cheh terpaksa menyerahkan kerusi yang di menangi nya didalam Pilihanraya Umum ke 13 dengan tiada alasan kukuh selain dari menurut kemahuan seorang manusia yang hidup mati nya hanya mahu berkuasa di Malaysia dengan apa sahaja cara nya! 

Walaupun terpaksa menyembelih kerjaya politik seorang ADUN seperti Lee Chin Cheh yang tidak ada apa apa rekod kesalahan baik dari segi politik atau salah laku pentadbiran. Satu kes penganiayaan politik secara terang terangan namun tak ada sesiapa pun dari PKR yang telah tampil untuk membela YB Lee Chin Cheh, seorang lagi mangsa kerakusan nafsu politik Anwar!

Makanya Anwar Ibrahim pun mengatur strategi untuk menobatkan dirinya sebagai calon PRK N25 Kajang bagi menggantikan Lee Chin Cheh dan seterusnya menggantikan MB Selangor ketika itu YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dari PKR juga sebagai batu loncatannya nak ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya!



Kelicikan Anwar Ibrahim di dalam arena politik bakal menjadi 'benchmark' 'political dictatorship' seseorang yang bercita cita besar seperti nya sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai maksud dan matlamatnya untuk berkuasa secara mutlak!

Di atas kekecewaan orang lain @ YB Lee Chin Cheh, Anwar Ibrahim dengan rakusnya berusaha untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil N25 Kajang baru dan menyebabkan pengeluaran kos belanja pilihanraya tanpa perlu kepada semua pihak yang terbabit!



Namun segala impiannya musnah hancur berkecai apabila Mahkamah Rayuan mendapati ia bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya sekaligus menghalang Anwar Ibrahim dari layak bertanding di PRK N25 Kajang! Anwar tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan tidak boleh bertanding di dalam mana mana pilihanraya. 



Mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman di tangguh dan Anwar di benar mengikat jamin sebanyak RM10000.00. Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah terhadap penangguhan hukuman tersebut.

Terpaksa lah Anwar mencalonkan isterinya Wan Azizah bagi menggantikannya di dalam PRK N25 Kajang bertanding melawan calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun dari MCA!

Maka bermula lah episod Wan Azizah dengan kipasnya!





Seperti di jangkakan, Wan Azizah berjaya menewaskan Datuk Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti sebanyak 5379 undi.





Wan Azizah kemudiannya mengangkat sumpah menjadi ADUN N25 Kajang pada 7hb April dan bermula lah usaha Anwar Ibrahim untuk mendesak MB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan kerusi Menteri Besar Selangor di isi oleh isterinya!



Perancangan Anwar Ibrahim itu bagaimanapun di tentang Tan Sri Khalid yang enggan melepaskan jawatannya semudah itu sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan berikrar untuk terus bertugas mentadbir Kerajaan Negeri Selangor sekaligus menjadi batu penghalang kepada projek 'Kajang Move' Anwar.

Kemarahan Anwar Ibrahim terus memuncak dengan keengganan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. 

Persengketaan di antara Anwar dan Tan Sri Khalid bertambah sengit dengan tindakan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan Projek Langat 2 bagi membantu mengelakkan krisis air di Selangor dari berulang!



Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah serta pemimpin pemimpin PKR lain kemudiannya melancarkan roadshow bagi menjatuhkan imej dan integriti Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menuduh beliau terlibat dengan salah laku begitu begini. 

Di bawah ini adalah di antara sebab sebab mengapa Anwar Ibrahim suami isteri begitu berseteru dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor:



Tan Sri Khalid dikatakan sebagai amat berhati hati dengan pengeluaran sebarang dana dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor dan tidak memberi layanan istimewa terhadap mana mana pemimpin PKR serta DAP sehingga mereka sakit hati dengan beliau.

Maka di lancarkan lah kempen menikam 'kawan' yang tidak mahu kowtow terhadap hasrat dan perancangan Anwar untuk mencalonkan isteri nya sendiri bagi menggantikan Khalid!



Di tayangkan slaid pada skrin besar didalam roadshow menjatuhkan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim kepada para hadirin majlis mereka.






Pengarah Startegi PKR Rafizi Ramli turut berucap menyampaikan kata kata berbisa bagi melumpuhkan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat Pembangkang yang hadir.



Begitu rakus sekali hasrat Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dengan apa sahaja cara sehingga mereka sanggup mengkhianati Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang ahli parti PKR yang telah begitu banyak membantu keluarga Anwar tatkala di landa pelbagai krisis berikutan Anwar Ibrahim kerap terlibat dengan pelbagai kontroversi serta di sabitkan dengan salah laku seks.



Tersiar didalam internet satu dokumen yang terpapar di bawah surat tawaran kepada Tan Sri Khalid Ibrahim akur dengan 'Kajang Move' Anwar Ibrahim:


Di dalam usaha mereka untuk memujuk Khalid Ibrahim melepaskan kerusi MB kepada Wan Azizah sudah tentu mereka akan cenderung untuk menjanjikan apa sahaja. Namun Tan Sri Khalid Ibrahim jenis tak mudah makan suap (sudah cukup kaya) dan ia tetap dengan keputusannya untuk terus bertugas sebagai MB Selangor sehingga penggal nya tamat.

Pucuk pimpinan PKR akhirnya mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Khalid dari parti mereka. Pertama sekali dengan menghantar satu notis tunjuk sebab kepada Khalid.



KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE
PARTI KEADILAN RAKYAT
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014




Khalid Ibrahim ni bukan jenis mudah menyerah kalah. Beliau terus memohon menghadap Duli Tuanku Sultan Selangor bagi memaklumkan akan Baginda Tuanku mengenai keadaan terkini dirinya yang kini telah di pecat dari PKR.




Sesudah di pecat dari PKR, Tan Sri Khalid berstatus Ahli Bebas dan selepas beliau mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor, di perintah Tuanku Sultan untuk terus berkhidmat sebagai Datuk Menteri Besar Selangor menunggu perkembangan seterusnya.
Saksikan video ini:



DYMM Sultan Selangor cukup mesra dengan Menteri Besar Baginda kerana bersih, cekap dan amanah sehingga boleh mengkayakan Kerajaan Negeri Selangor dengan Rizab berjumlah lebih RM3 Billion! MB lain mana ada?

Betapa mesranya Tuanku bersama Tan Sri Khalid!


Sebaik sahaja sedar bahawa diri telah di khianati Anwar, maka Khalid Ibrahim seperti manusia lain pun bertindakbalas dengan memecat kesemua 6 orang Exco Selangor dari (3 orang dari DAP dan 3 lagi dari PKR)! 




Tinggal 4 orang Exco PAS yang terus bersama Tan Sri Khalid untuk mengelakkan MB Selangor dari membubarkan Dewan Undangan Negeri dan yang memungkinkan Pilihanraya Negeri di adakan. Ianya mungkin menyebabkan Pakatan DAP-PKR-PAS kalah dan kehilangan kuasa memerintah Selangor! Semuanya strategi politik. Tikan menikam, Pecat memecat.

Akhirnya Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya PKR, DAP dan PAS mengemukakan 3 nama calon ADUN dari setiap parti berkenaan untuk Baginda pilih seorang ADUN berkenaan untuk di lantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.


PKR dan DAP berkeras untuk mencalonkan hanya Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menderhaka terhadap titah Tuanku Sultan!


Cuma PAS sahaja yang akur terhadap perintah Tuanku dan menghantar 3 nama calon sepertimana di arah tetapi di waktu yang sama pucuk pimpinan PAS Pusat serta PAS Selangor berkata mereka tidak pelahap jawatan MB!



Betapa tidak cerdik nya kepimpinan PAS yang melepaskan begitu saja peluang keemasan untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor dan terus membiarkan pucuk pimpinan PKR yang tamak mengejar kuasa dan mempersetankan sesiapa sahaja didalam kemaruk mereka!



DAP menyokong membawa rebah kerana mereka lagi suka bila Melayu berantakan sesama sendiri! Peduli apa mereka jika PAS dengan PKR terus bercakaran dan bersengketa dan sekali sekala mereka mengadu dombakan PAS dan PKR dengan UMNO untuk merenggangkan tali persaudaraan sesama Islam dan sebangsa Melayu itu!

DAP dan PKR sudah mati akal nak buat macamana lagi?

Segala usaha Pengarah Strategi PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Inrahim tak menjadi! Lebih menyakitkan hati mereka bila BN menyokong Tan Sri Khalid terus menjadi MB!
Semua kemelut politik Selangor ini menyebabkan Tuanku Sultan Selangor tidak berkenan langsung dengan kerakusan dan keterlampauan Anwar Ibrahim serta isterinya Wan Azizah sehingga Baginda menolak permohonan kedua mereka untuk masuk mengadap Baginda bagi memaklumkan Baginda bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memimpin Kerajaan Negeri Selangor!



Keengganan Tuanku Sultan Selangor itu menerima Anwar Ibrahim dan Wan Azizah masuk mengadap Baginda menggagalkan segala perancangan Ketua Umum PKR itu untuk memerintah Selangor secara proksi melalui isteri nya di kerusi MB. 

Pepatah Inggeris kan sebut keadaan ini sebagai 'throwing a spanner into the works!'



Segala strategi, segala perancangan perampasan kuasa Menteri Besar oleh Anwar Ibrahim hasil idea Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli semua hancur musnah dan tidak kemana kerana Duli Tuanku Sultan Selangor bukan seorang Sultan yang mudah di tipu atau di desak dengan apa cara sekalipun! Ini Sultan yang berdaulat lah! Bukan boleh pelemah sesuka hati! 



Gedebuk gedebak begitu begini, akhirnya Tuanku Sultan Selangor menerima perletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Datuk Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor. 

Baginda Tuanku pun terpaksa memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari PKR juga kerana PAS tidak berminat terhadap memegang jawatan itu dan DAP memang tidak menepati syarat syarat untuk menduduki Kerusi Menteri Besar kerana bukan Melayu dan bukan Islam!

Tetapi Baginda tidak berkenan terhadap Wan Azizah untuk menjawat kedudukan MB itu apatah lagi Anwar Ibrahim?


YB Azmin Ali bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka di katakan saling menghormati.
Tup tup esok keluar lah berita bahawa Menteri Besar Selangor yang baru adalah Timbalan Presiden PKR iaitu YB Mohamed Azmin bin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa!



Berakhirlah episod 'Langkah Kajang' cetusan Anwar Ibrahim dan kini Azmin Ali sudah memegang jawatan yang di idam idamkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang memang nampaknya boleh melupakan cita cita mereka untuk menjadi MB Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya!



Akhirnya bak kata pepatah Melayu lama, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah terkena sumpahan ' Yang di capai tak dapat ; yang di kendong tercicir!

Datuk Menteri Besar Selangor YAB Tuan Mohamed Azmin Ali juga yang kini tersenyum riang walaupun ada desas desus mengatakan beliau tak akan di benarkan Anwar Ibrahim untuk menjawat Kerusi MB Selangor sampai cukup penggal.

Anwar nak buat macamana lagi jika kata putus dari Istana Alam Shah tetap MENOLAK PERMOHONAN UNTUK MASUK MENGADAP TUANKU SULTAN SELANGOR?

Apa apa pun jangan sangka Anwar Ibrahim akan menyerah kalah begitu saja!


Cita cita nya tetap sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia!





Bak kata Arnold Schwarzenegger di dalam watak filem Terminator Anwar kan berkata 'I will be back! Saya kan kembali!'



Kita tengok lah nanti apa muslihat Anwar lagi untuk berusaha menjadi PM Malaysia dengan apa cara saja sebelum menghembus nafas terakhir?