Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 22, 2017

Sekolah Jenis Kebangsaan di antara punca rakyat Malaysia jadi rasis dan prejudis?

Sebelum Semenanjung Tanah Melayu ini merdeka dari penjajahan British, rata rata penduduk Tanah Melayu ini hidup didalam rukun damai dan dapat menerima kehadiran satu sama lain didalam ertikata mencari rezeki secara bekerja kuat didalam bidang masing masing.

Orang orang Melayu, ramai yang bekerja sebagai pesawah, ada yang berkebun, bertani, penoreh getah, nelayan dan peniaga kecil. 

Ada pula bangsa Cina yang sebelum kedatangan penjajah Inggeris telah datang berniaga kain serta pelbagai peralatan kegunaan seharian dan perusahaan di Semenanjung Tanah Melayu ini dengan menjaja barangan runcit dari kampong ke kampong dan ada yang membuka kedai di pekan pekan serta bandar bandar di seluruh tanahair ini.

Orang orang India dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ada yang datang belayar membawa barang dagangan berupa rempah ratus dan bekerja di pelabuhan sebagai buruh kasar dan sebagainya.

Zaman saya belajar di sekolah rendah dahulu (1965-1970) dan di sekolah menengah (1971-1976) tidak ada pengasingan para pelajar dari segi bangsa dan agama. 

Sepanjang pengalaman saya belajar bersama kawan kawan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dan kepercayaan agama, masing masing saling hormat menghormati dan bertoleransi di antara satu sama lain.

Kesepakatan terjalin kukuh dan kemesraan di antara kami memang wujud dan ikhlas. Kaya dan miskin sama sama belajar di dalam suasana harmoni dan tidak ada perbuatan membezakan atau mendiskriminasi sesiapa dari segi apa pun jua.

Zaman itu boleh di katakan kehidupan kami sebagai rakyat dan warga Malaysia memang aman dan selesa walau berbeza bangsa, agama dan status sosial.

Sejak negara kita merdeka dari penjajahan British, ada usaha untuk ketiga tiga bangsa utama di tanahair kita ini iaitu Melayu, Cina dan India untuk mewujudkan sekolah2 jenis kebangsaan dan institusi pendidikan masing masing sekaligus mengujudkan jurang perbezaan ketara di antara kaum2 utama rakyat Malaysia ini.

Hilang lah sudah segala usaha untuk menyatupadukan masyarakat kerana dari bangku sekolah rendah lagi sudah tidak bercampur gaul dan berpeluang untuk memahami dan menghayati segala adat budaya dan resam kaum yang lain.

Maka terpisah lah sebahagian besar dari masyarakat kita dari satu sama lain terutamanya kaum Cina yang sebahagian besar dari mereka seolah menjadi orang asing di dalam negara kita sendiri. 

Saksikan kedangkalan mereka berbahasa Melayu walau sudah terlantik ke jawatan penting sebagai wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri! :P




Apakah puncanya? Ianya bermula dari peringkat anak anak mereka masih kecil lagi!

Anak2 mereka di masukkan ke tadika dan sekolah jenis kebangsaan Cina sahaja dan di asuh bertutur didalam Bahasa Mandarin sahaja. 


Akibatnya anak2 Cina ini tidak tahu berbahasa Melayu dan menjadi bagaikan kera sumbang sahaja. Tidak tahu cara bergaul dan bermesra dengan jiran tetangga dari kaum2 Melayu, India dan lain2.

Ahli2 Parlimen yang berbangsa Cina terbukti amat lemah penguasaan Bahasa Kebangsaan mereka dan terserlah didalam sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. Saksikan suatu contoh:






Orang2 berbangsa India tak lah seteruk rakan senegara mereka yakni Cina dan kebanyakan rakyat Malaysia yang berketurunan India boleh berinteraksi dengan elok sesama warganegara.



Mahu tak mahu kerajaan Malaysia perlu merapatkan kembali jurang di antara masyarakat kita dengan cara manyatukan semua aliran sekolah2 dari jenis kebangsaan sekarang ke konsep sekolah 1Malaysia dan mengadakan kelas2 khas untuk pembelajaran bahasa2 ibonda kaum2 tertentu serta adat resam masing-masing terus subur dan di teruskan.

Insya Allah, saya percaya kerukunan dan keharmonian di antara kaum didalam negara kita ini akan lebih erat dan padu.