Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 04, 2017

Bursa Iman ~ Naik turun nya tahap Keimanan kita.

Pagi tadi saya bersarapan di Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju, Tesco Extra Ampang dan sempat berbual dengan sahabat saya Tuan Jafarullah Khan, tuanpunya restoran berkenaan.

Di antara bahan perbualan kami, ada saya sentuh tentang naik turunnya tahap keimanan kita selaku umat Islam di Akhirul Zaman ini.

Boleh dikatakan sama sahaja seperti sesebuah Bursa Saham. Cumanya ini lebih kepada 'Bursa Iman'. Ada kalanya tahap keimanan kita terhadap Allahu Rabbi begitu tinggi sehingga kita sudah sedia berada di masjid sebelum masuk waktu solat fardhu yang berkenaan. 



Tok Bilal belum sempat melaungkan azan, kita sudah siap berwudhu' dan berada di saf pertama dengan penuh tawadhuk dan menghayati setiap lafaz zikrullah yang bibir kita sempat lafazkan! Subhanallah!





Tetapi ada kalanya tahap keimanan kita turun mendadak sehingga kita alpa dan lalai untuk menyahut panggilan Ilahi tepat pada waktunya sehingga kita melewat lewatkan fardhu solat dan amal ibadah kita sehingga ke akhir waktu.

Makanya kita hendaklah berusaha untuk memastikan 'Bursa Iman' kita tidak merudum jatuh  dengan cara memastikan nilai nilai keimanan kita sentiasa di kemaskini dan tidak di biarkan kering kontang akibat alpa pada ibadah yang wajib dan yang sunat.

Sesungguhnya nikmat beriman hanya akan kita rasai bila kita menghayati erti setiap amal dan ibadat yang kita lakukan. Tanpa mengerti akan maksud dan makna setiap amalan yang kita lakukan akan menyebabkan kita tidak merasakan kemanisan Iman itu. 

Bagaikan makanan tanpa perisa. Tawar dan kosong semata mata. 

Mudah2an saham Bursa Iman kita semua sentiasa tip top dan memperolehi baraqah dari Allahu Ta'ala! Amin ya Rabb. :)