Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 19, 2017

Politik Malaysia Zaman Najib ~ Budaya Ampu Berleluasa dan Lenyap nya Integriti.

Dewasa ini kita semua nampak dengan mata kepala sendiri akan kemusnahan nilai nilai murni dan penghakisan sifat amanah dari mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin pentadbiran negeri negeri dan keseluruhan negara kita ini.

Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, budaya ampu mengampu, hasad dengki dan tidak amanah di kalangan para pembesar istana dan kerajaan berakar umbi hidup subur mencemarkan negeri dan negara sampai ke hari ini.

Jika dahulu nya kejatuhan Melaka di katakan berpunca dari petualangan Pateh Karma Wijaya dan Si-Kitul mendurjanai kewibawaan Datuk Laksamana Hang Tuah dan membebankan Bendahara Tun Perak dengan angkara-angkara yang timbul dari putar belit dan kerja kerja mengampu Sultan Melaka yang ketika itu masyhur dengan kebuasan gejolak nafsu nya, maka kini kita saksikan beberapa kerat para pembesar negara yang berjawatan sebagai menteri dan sebagainya turut melakukan perkara yang serupa cuma-nya kini terhadap Ketua Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan serta menyokong bulat bulat apa sahaja yang dilakukan Perdana Menteri.

Budaya mengampu ini sangat merbahaya kerana ianya akan memberikan kesan yang amat besar kepada si pelaku kesalahan seperti pecah amanah khazanah kewangan negara, salah laku dari segi menyalahguna harta dan milik negara serta kelaziman berboros di-dalam berbelanja baik untuk diri sendiri, kaum keluarga dan sebagainya dengan tanggapan bahawa ianya dibenarkan dan tidak salah untuk mereka berbuat demikian.

Di dalam Surah At Taubah Juzuk 9 Ayat ke 67, Allah berfirman:
'Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangan nya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.'

Sadaqallah hal adzim! [Benarlah Allah yang Maha Perkasa].

Sekarang ini kita menyaksikan d kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan yang korup, menyeleweng wang kerajaan yang diamanahkan kepada mereka dengan bersahaja. Tidak ada sedikit pun rasa bersalah, tidak malu dan segan terhadap kemungkaran yang sedang mereka lakukan malah bercakap dengan bongkak dan sombong bahawa mereka ada hak untuk berbuat demikian dengan alasan bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan mereka ada kuasa.

Seantero dunia heboh memperbincangkan skandal salah laku pemimpin # 1 Malaysia

Tetapi segala laporan berita seluruh dunia itu tidak sekali kali membuatkan pemimpin berkenaan berasa malu atau segan sebaliknya terus bersahaja menafikan sebarang tuduhan terhadap nya kerana mendapat sokongan tak sudah dari kaki kaki ampu nya yang gigih mempertahankan segala salah laku pemimpin pujaan.


Walaupun pelbagai macam pendedahan skandal rasuah dan salahguna kuasa oleh pemimpin berkenaan telah berlangsung tetapi selalunya di Malaysia ini, para penjenayah berkedudukan tinggi ini tidak akan dijatuhkan hukuman seperti sewajarnya.



Walau sudah terang terangan ditangkap oleh SPRM dengan segala bukti yang nyata seperti berjuta-juta ringgit [gambar di atas] di rampas oleh pihak berkuasa, kita sudah menyaksikan bahawa tidak berapa lama selepas di tahan, para penyamun berkaitan akan dilepas bebaskan dengan wang jaminan tak banyak mana pun.



Rasuah dan salahguna kuasa berlaku setiap hari tetapi tidak ada penegakan undang undang secara tegas. Segalanya 'bisa di atur'.

Budaya ampu mengampu terus subur dan tiada sedikit pun integriti di kalangan mereka yang berpangkat dan berkedudukan didalam segenap jabatan dan kementerian.


Ada kenyataan pemimpin korup di Malaysia yang berbunyi,'You help me ; I will help you!' Sudah terang lagi bersuluh, semua yang sedang berlaku adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dan hukum agama tetapi seperti sudah jadi kelaziman hari ini demi pangkat dan kedudukan duniawi.



Malaysia sering didakwa wujud sebagai sebuah 'Negara Islam' tetap pada hakikatnya jenayah rasuah dan pecah amanah berleluasa tanpa tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa kerana dikalangan yang berkuasa itu sendiri ramai yang 'kaki ngap'.



Keadaan sekarang begitu meruncing sehingga Mufti Perlis pun sudah berkali kali menegur seperti di bawah ini:
Setiap perdana menteri Malaysia kadangkala celupar mulut sehingga berani memperlekehkan hukum hakam Allahu Ta'ala.


Hasilnya ramai di kalangan umat Islam seMalaysia buta hukum hakam Agama Islam dan terus jahil walaupun hidup dikala sudah ada kecanggihan komunikasi dan lambakan ilmu pengetahuan yang boleh dicapai dari perkongsian para ulama serta bijak pandai Islam di dunia dalam jaringan internet dan siaran televisyen.

Saya tidak nampak mana mana pemimpin yang boleh di harapkan untuk menyelamatkan negara kita dari terus di kuasai oleh mereka yang korup dan zalim.



Keadaan yang digambarkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam seperti di katakan Dato' Ustaz Shamsuri Hj Ahmad sudah dan sedang berlaku hari ini di tanahair kita.


Dunia Akhir Zaman sekarang ini kebanyakan manusia sudah tidak peduli akan halal haram nya sumber rezeki untuk menjalani kehidupan masing masing serta untuk menanggung anak isteri dan kaum keluarga.

Kalau zaman dahulu kebanyakan kita tidak akan kalut untuk mengejar kemewahan hidup di dunia ini dan amat berhati hati didalam soal makan minum dan cara kita mendapatkan duit untuk hidup.

Sekarang ini mereka yang bergelar ustaz atau kerja dengan Jabatan Agama Islam sendiri bertazkirah sebelum Khutbah Jumaat untuk upah dan akan mengambil sampul wang ringgit dari Tok Imam seusai solat.

Ini hakikat dari keadaan yang saya saksikan sendiri di masjid kariah saya. Sedangkan orang yang masyarakat mengharapkan untuk mendapat bimbingan ilmu agama sanggup menjual ilmu Ad Deenul Islam yang sepatutnya disebarkan secara ikhlas demi ummah apatah lagi politikus yang sememangnya berjuang untuk mengisi tembolok masing masing?



Tajuk akhbar hari ini, 'KOPERAL MILIKI RM800,000.00'. Itu baru satu dari ribuan kes kes pecah amanah dan rasuah dari sindiket sindiket judi dan pengedaran dadah serta aktiviti aktiviti maksiat di sebuah negeri.

Belum seluruh Malaysia! Apa nasib negara kita selepas ini?
Post a Comment