Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 02, 2017

Mahaguru58 di rancangan BLOG RTM TV1 ketika Ramadhan 1428 Hijrah / 2008 M

Siar ulang semasa saya dijemput pihak Radio Televisyen Malaysia TV1 untuk ditemubual oleh hos Hashim Abu Haniffah didalam rancangan 'BLOG' semasa didalam bulan Ramadhan pada September 2008 bersamaan dengan tahun Hijrah 1428 ketika mana kami para Blogger boleh dikatakan sedang 'hangat dalam pasaran' @ Media Sosial zaman itu.


Sekarang masyarakat lebih gemar berkongsi cerita atau berita didalam laman laman Facebook, Instagram dan sebagainya.

Sekali sekala, saya suka lah mengimbau semula kenangan ketika berpeluang menjejaki studio RTM di Angkasapuri.

Sekarang ni tak ada dah pihak Stesen stesen TV berani nak jemput Mahaguru58 kerana saya berblog secara kritik terhadap pentadbiran Kerajaan PM Dato' Seri Haji Mohd.Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Ada para menteri menteri kabinet yang dahulunya boleh ber'bro bro' dengan saya sekarang nak jawab salam melalui 'WhatsApp' pun dah tak berani. :P

Hehehehe. Biar lah. Tidak ada paksaan di dalam soal berinteraksi didalam lapangan media baik yang arus perdana atau di dalam dunia media sosial.

Semua yang mengenali siapa saya dan di mana kah pendirian dan pegangan saya tentang keadaan semasa di dalam bab bab politik, hal ehwal agama dan isu isu masyarakat, tahu bahawa tidak mudah saya berubah sikap untuk habuan duniawi.

Seperti slogan blog saya 'The Truth Must Be Told No Matter What So Justice Can Live!' ~ ' Kebenaran Itu Hendak Lah Di-Nyatakan Tidak Kira Apa Supaya Keadilan Dapat Hidup!'.

Slogan itu saya asaskan dari Hadis yang Sahih dari Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam yang bersabda " Katakan lah akan kebenaran walaupun ianya pahit!"

Sadaqa Rasulullah Rahmatul Alamin.

Selamat menonton dan Selamat menjalankan segala amal ibadah yang terdaya di dalam bulan yang paling mulia bagi kita Muslimin dan Muslimat yang beriman dan lain lain makhluk seisi alam yang sujud terhadap Allahu Rabbul Alamin.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment