Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 09, 2017

Tun Dr. Mahathir masih mendahului Bancian PM Pilihan di blog Mahaguru58


Hahahaha! Siapa kata Tun Dr.Mahathir Mohamad sudah tidak laku di mata masyarakat Malaysia hari ini?

Tun Dr. Hj. Mahathir Mohamad
Bancian PM Pilihan para pembaca di blog Mahaguru58 ini jelas menunjukkan bahawa mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia yang kini dipersendakan ramai 'cybertrooper' BN sebagai Tun 'U Turn' jelas mendahului calon calon lain didalam usaha saya untuk melihat siapakah dia PM pilihan di hati pembaca blog saya?
PM Dato' Seri Hj. Mohd Najib Tun Razak
Tun Dr.Mahathir yang kini berusia 92 tahun jelas mendahului Perdana Menteri Najib Razak yang terkenal dengan ungkapan 'Cash is King' manakala Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menjadi pilihan selepas kedua tokoh di atas.

Dato' Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi
Didalam satu lagi bancian di tepi sidebar blog saya ini Datuk Seri Ahmad Zahid mengatasi Tun dan Najib. Kini jelas bahawa andaikata pilihanraya umum di adakan didalam masa terdekat ini, Tun Dr.Mahathir yang kebanyakan pemerhati politik memandang enteng terhadap beliau mampu mengalahkan PM Najib Razak jika di pertandingkan secara 'gentleman' tanpa ada sebarang perbuatan khianat atau taktik kotor.

Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi juga mempunyai sokongan yang kuat di kalangan masyarakat taahair kita tetapi segalanya hanya akan menjadi realiti bila tiba hari sebenar PRU ke 14 nanti.

Sama sama lah kita menantikannya.

Saya ingin merakamkan jutaan terimakasih pada anda tuan/puan para pembaca blog Mahaguru58 yang amat saya hormati di atas kerjasama anda menjayakan bancian di atas talian ini.

Semoga setiap anda di berkati Allahu Rabbul Alamin dan selamat sejahtera di dalam kehidupan duniawi ini dan Insya Allah di Akhirat nanti.

Selamat berpuasa dan Selamat Maju Jaya! 
Post a Comment