Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 05, 2017

Bahasa Kebangsaan cuba dipinggirkan. Usaha Menteri Kesihatan buka pintu belakang?

Kerajaan patut mewajibkan kemahiran Bahasa Malaysia didalam setiap urusan yang melibatkan sebarang keistimewaan kerakyatan negara ini.
Bagi mendapatkan MyKad dan Paspot Malaysia harus di wajibkan sipemohon lulus Ujian Kemahiran Berbahasa Melayu selaras dengan keperluan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kita.

Pemohon kerakyatan Malaysia juga mesti lulus Ujian Rukunegara dan mampu menyanyikan Lagu Kebangsaan Malaysia serta faham akan makna setiap lirik Lagu Kebangsaan kita.
Adalah amat memalukan bilamana seseorang yang mengaku diri sebagai Rakyat dan Warganegara Malaysia gagal bertutur serta faham akan Bahasa Melayu sebagai teras komunikasi negara kita ini.
Tidak boleh berkompromi didalam perkara ini.
Begitu juga dengan kelulusan pengajian didalam negara. Setiap pelajar mesti diwajibkan lulus matapelajaran Bahasa Melayu sebelum di anugerahkan sebarang sijil, diploma, ijazah atau sarjana didalam pendidikan.
Titik.
Sepatutnya sebagai seorang warganegara dan rakyat Malaysia harus boleh bertutur dan berhubung dengan baik sesama kita dengan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya ada golongan yang tidak sedar diri di untung lahir dan hidup di bumi bertuah ini enggan untuk berkomunikasi didalam Bahasa Kebangsaan kita.
Bangla dan Nepal serta Myanmar dan lain lain pendatang berbangsa asing dengan mudah menguasai Bahasa Malaysia dan fasih didalam nya.
Namun mereka yang memegang MyKad serta Paspot Malaysia enggan berbuat demikian. Begitu sekali kebencian mereka terhadap Kedaulatan Bahasa Kebangsaan kita.

Mujur lah Kabinet Kerajaan Malaysia membatalkan keputusan Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC yang cuba membuka pintu belakang untuk golongan pelajar perubatan yang tidak mampu untuk bertutur dan faham Bahasa Kebangsaan kita.


Soalnya sekarang, adakah Kerajaan Najib Razak berani menguatkuasakan cadangan cadangan saya ini?
Jawapan nya tuan/puan sedia maklum. :P
Mustahil le jawabnya. 😆
Post a Comment