Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 19, 2017

Kesopanan dan Kesusilaan - Tanggungjawab kita semua!

Zaman sekarang zaman orang biar anak! Biar anak anak leka dengan alat elektronik didalam bentuk telefon pintar atau tablet. 


Tak adanya di ajar tentang adat resam, adab, kesopanan dan kesusilaan.


Maka membesar lah anak anak itu buta dan jahil tentang cara cara membawa diri di khalayak ramai. Anak anak begini akan membesar jadi dewasa yang mementingkan diri sendiri dan tidak peduli tentang orang lain.

Sikap sebegini akan melahirkan sifat ego dan sombong diri. Rakus dan tidak menghormati hak hak orang lain dan mudah melenting, bergaduh dan mengeluarkan perkataan perkataan menjengkelkan serta kurang ajar kerana sudah biasa mendengar perkataan perkataan sebegitu diucapkan didalam media yang ditonton sehari harian.

Bak kata pepatah Melayu,'Alah bisa ; tegal biasa!' Sesuatu yang sering di dengar dan di saksikan akan menjadi kelaziman dan tidak merasa canggung lagi dengan nya.

Sikap dan sifat kasar serta biadap sudah menjadi lumrah bagi golongan seperti ini dan mereka tidakakan peduli tentang segala adat resam dan kelaziman kesopanan turun temurun.


'So what? Whatever!' menjadi sikap terpilih golongan kurang ajar dan biadap ini. Sikap suka menentang adat kesopanan dan kesusilaan yang menjadi salah satu Prinsip Rukunegara kita akan menular dari satu generasi kepada generasi yang lain sehingga akhirnya menjadi wabak yang menghancurkan jatidiri negara kita.

Maka, mahu tidak mahu, masyarakat kita perlu menghentikan pereputan nilai nilai murni yang menjadi asas peradaban kita masyarakat timur.

Andai kita alpa terhadap kewajipan mendidik anak2 kita secara apa yang menjadi adat resam dan warisan zaman berzaman maka akan ujud lah masyarakat pincang seperti yang terjadi kini di negara2 barat.

Di negara negara Barat, ikatan perkahwinan sudah jarang di amalkan dan telah lahir beratus juta anak anak di luar nikah. Anak anak ini lahir dan membesar secara tidak berayah dan mereka juga sering menjadi mangsa kepada pasangan pasangan ibu mereka yang sering bertukar. 

Institusi kekeluargaan yang menjadi teras masyarakat sudah semakin pupus di negara negara yang konon nya sudah mencapai kemajuan dari segi sains dan teknologi tetapi mundur dari segi kesopanan dan kesusilaan.

Malaysia perlu mengekang gejala kehancuran adat resam serta kepupusan nilai nilai kemanusiaan. Tidak ada salahnya kita bersopan santun, berbudi bahasa serta bertimbang rasa sesama kita.

Tak jatuh 'standard' andai bersifat budiman dan prihatin terhadap orang lain. Bersikap murni dan berbelas kasihan sesama manusia dan juga haiwan tidak akan menjatuhkan status seseorang malah menaikkan lagi imej ia di mata masyarakat.

Saya ingin menyeru anda ibubapa sekelian supaya kasihankan anak anak anda. Jangan membiarkan cahaya mata anda membesar menjadi orang orang yang bakal menjahanamkan masyarakat.
Sukakah anda jika anak anda bakal di katakan 'Kurang ajar! Biadap! Syaitan!' dan sebagai nya nanti bila ia berkelakuan menyalahi kelaziman timur kita nanti?

Ingat! Melentur buluh itu biar dari masa ianya masih di tahap rebung. Bila sudah mengeras menjadi buluh, sudah terlambat!