Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 14, 2017

Nothing to Hide 2.0 ~ Budaya Samseng Dunia Politik Semasa Malaysia ~ Apa kesudahan nya nanti?

Peristiwa semalam di acara 'Nothing to Hide 2.0' anjuran PPBM mengejutkan rakyat negara ini kerana 'Budaya Samseng' meletus lagi di zaman kita sedang hidup dengan segala kemudahan komunikasi dan mempunyai cara untuk menimba segala ilmu dan meneruskan kelaziman ketamadunan kita sebagai warga Malaysia yang kaya dengan segala warisan adat resam Melayu zaman berzaman.
Sekarang tahun 2017, bukan zaman pra merdeka dimana mungkin tidak ramai orang yang berpelajaran tinggi atau berilmu agama. Namun hakikat kejadian semalam semasa Tun Dr.Mahathir sedang menjawab soalan hadirin jelas menunjukkan bahawa terdapat provokasi terancang dari pihak pihak yang belum di kenalpasti oleh pihak berwajib seperti Polis Di-Raja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Bagaimana boleh saya simpulkan kejadian semalam sebagai satu perancangan pihak pihak yang bertujuan untuk menggagalkan acara atau program dailog pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr. Mahathir?
Lemparan suar api [flare] bukan sesuatu yang orang kebanyakan akan lakukan sewenang wenangnya. Balingan kerusi dan botol air bukan lah suatu kerja luarbiasa. Sudah sering kita lihat didalam YouTube akan kejadian kejadian yang sama serupa itu.


Tetapi pembakaran suar api [flare] adalah perbuatan sengaja pihak pensabotaj yang memang sudah membeli dan membawa serta membakar suar-suar api itu dengan niat mahu mencetuskan keadaan huru hara dan menghancurkan program dailog terbuka oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohamad!

Menjelang ketibaan PRU ke 14 didalam masa beberapa bulan lagi, maka pihak yang berkenaan sudah tentu tidak mahu mantan Perdana Menteri ke4 Malaysia mendedahkan apa apa lagi fakta serta berita berkaitan skandal penyelewengan dana oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia sekarang dibawah Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak!
Namun mereka lupa bahawa di zaman adanya kecanggihan sains dan teknologi serta kemajuan prasarana komunikasi melalui jaringan internet dan keupayaan sesiapa sahaja untuk merakam video dan serta merta memuatnaikkan nya ke halaman-halaman media sosial sedunia dengan menggunakan telefon pintar masing-masing, seantero dunia mampu melihat dan menilai akan punca-punca keadaan huru hara semalam dan siaa pencetus nya?

Menurut laporan laporan berita hari ini, pihak Polis Di-Raja Malaysia berjaya menahan 2 orang yang di syaki dan penyiasatan sedang di jalankan. 

Dalam video Astro Awani berikut, kita boleh tengok cara mereka yang berniat jahat melakukan serangan ke arah pentas dimana Tun Dr.Mahathir sedang berucap menjawab pertanyaan dari penonton.

Kita tunggu sahaja dan melihat 'siapa yang akan kena nanti?