Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 24, 2017

Jalan Berlobang Jerangkap Maut! JKR nganga! PBT Berdengkor! Ikatan Silaturrahim Brotherhood Unsung Heroes Malaysia!

Kebanyakan kita rakyat Malaysia yang berkenderaan pasti inginkan laluan jalanraya kita selamat untuk di gunakan sepanjang masa.

Namun sepertimana kita sedia maklum, kerapkali kita mendengar, menyaksikan atau mengalami sendiri kecelakaan di atas jalanraya yang disebabkan tayar kenderaan terjerumus masuk kedalam lobang yang disebabkan kerosakan pada jalanraya itu sendiri.

Bilamana ada kenderaan berat yang sarat dengan muatan berlebihan melalui jalanraya ianya sering menyebabkan jalan tar rosak tercungkil segala batu dan kerikil serta tar akibat gerakan roda jentera2 berat tersebut.

Maka terjadi lah lopak dan kekadang sejumlah besar tanah di bawah jalanraya itu sendiri runtuh dan menjadi lobang besar yang pastinya menjadi jerangkap maut bagi pengguna jalanraya yang tidak sedar akan bahaya yang menanti mereka!

Gambar dibawah ini contoh seorang penunggang motosikal yang maut mengalami kecelakaan setelah bergesel dengan sebuah lori berat akibat mengelak jalan yang berlobang. Laporan berita berkaitan.


Selalunya di Malaysia ini, pihak yang sepatutnya menjaga dan menyelia sistem jalan dan lebuhraya kita akan berlepas tangan dengan menyalahkan para pengguna dengan menuduh para pengguna tidak berhati hati dan lalai semasa menggunakan jalan jalanraya kita.

BELUM PERNAH TERCATAT DIDALAM SEJARAH NEGARA MALAYSIA INI MANA MANA PEGAWAI JKR ATAU MENTERI KERJA RAYA / PIHAK BERKUASA TEMPATAN/ AGENSI / JABATAN KERAJAAN/ SWASTA/ KONTRAKTOR KERJA KERJA AWAM BERANI MENGAMBIL/ MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SAMADA UNTUK MELETAKKAN JAWATAN SERTA MERTA ATAU TAMPIL KEMUKA UNTUK MEMBERIKAN GANTIRUGI ATAU PAMPASAN KEPADA MANA MANA PENGGUNA JALANRAYA YANG MENGALAMI KECELAKAAN ANGKARA KEROSAKAN SEDIA ADA PADA JALANRAYA TERSEBUT!

BELUM ADA SETAKAT SAAT PENERBITAN ARTIKEL INI.

Di Malaysia ini, kemukakan lah segala bukti kelalaian/ kealpaan/ salah laku walau setinggi gunung di muka pengadilan. Takkan adanya sebarang kesabitan di atas jenayah yang di lakukan para pegawai dan pembesar negeri atau negara.

Mahkamah kat negara ini tidak berfungsi terhadap para penjenayah yang seakan kalis tindakan undang undang bagaikan 'kuali bersalut Teflon'.

Satu demi satu nyawa nyawa yang tidak berdosa akan melayang akibat kedurjanaan ini.

Mujur ada juga segelintir 'juara yang tidak di dendang' tampil menghulurkan bantuan. Khidmat secara sukarela membaiki kerosakan kerosakan jalanraya ini setelah beberapa rakan mereka turut terkorban akibat kecelakaan yang berpunca dari jalan jalan yang berlobang ini.



Ikatan Silaturrahim Brotherhood di asaskan oleh pelakon Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi 






Mungkin segala orang2 kaya dan berpangkat di negara ini buta hati dan koma perasaan kerana tidak mempedulikan bahaya jalan2 berlobang ini kerana sering di bawa dengan kereta2 mewah melalui lebuhraya yang telah siap di pastikan keselamatan laluan mereka oleh anggota anggota polis trafik pengiring terlebih dahulu dan selalunya memecut laju di lorong paling kanan sekali selepas DI HALAU KETEPI para pengguna jalanraya yang MEMBAYAR TOL tidak seperti mereka para jutawan dan hartawan yang LALU SECARA PERCUMA SAHAJA!

Mereka tidak sadar diri di untung sedangkan para pengguna jalanraya rakyat marhaen seperti kita menghadapi bahaya maut bila bila masa sahaja kerana adanya kerosakan kerosakan jalanraya seperti lobang lobang maut ini.

Sementara itu, aktivis sukarelawan Lando Zawawi siap menyediakan perkhidmatan peguam bagi membantu mangsa mangsa jalanraya menuntut pihak pihak terbabit di muka pengadilan. Saksikan video ini:

Media perdana seperti Berita Harian turut menyiarkan rakaman video memaparkan aktiviti kemanusiaan Ikatan Silaturrahim Brotherhood ini di saluran You Tube BH:

RTM TV1 pun pernah menyiarkan tentang aktiviti kemanusiaan Ikatan Silaturrahim Brotherhood [Cawangan Kuantan] yang mengeluarkan duit poket mereka sendiri membeli tar dan batu kerikil serta membuat kerja2 menampal lobang lobang pada jalanraya di tengah malam sebagai usaha mereka menyelamatkan nyawa para pengguna jalanraya sedangkan orang2 kaya dan pembesar negeri alpa tentang tanggungjawab mereka dan tidur sedap sedap selesa di mahligai masing masing! Saksikan:


Agak agak tuan/puan, akan adakah kesedaran di pihak kerajaan baik yang negeri ataupun persekutuan untuk mengambil iktibar mencontohi Ikatan Silaturrahim Brotherhood pimpinan Lando Zawawi ini atau mereka akan terus...terus buat bodoh saja sampai Kiamat?



Jika tak salah saya, didalam paparan video di atas, ada keratan suratkhabar yang menerbitkan ulasan Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan sebagai berkata ' Itu dia orang punya pasal!' bila di tanya tentang aktiviti Ikatan Silaturrahim Brotherhood yang menampal lobang lobang maut di jalan jalanraya!

Hello brader! Menteri Wilayah Persekutuan buat kerja apa ya? Kesejahteraan dan keselamatan rakyat didalam Wilayah Persekutuan ini tidak termasuk portfolio kamu ke syeh???

Apa punya !@#$%^&*!!