Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, February 26, 2018

Saksafon 'Kassim Selamat' kini di miliki Cikgu Ahmad Din, Tauke D-Optometrist.





"Siapa dia Kassim Selamat? Loyar? Majistret?" soalan soalan cepumas pelakon Studio Cathay Keris Mak Dara yang berlakon sebagai Nyonya Mansoor, orang kaya Singapura yang benci pada ahli muzik!

Adegan di bawah adalah lagu 'Jangan Tinggal Daku' sebagai lagu pembukaan filem hebat ini.



Berikut pula adegan Kassim Selamat [P.Ramlee] yang sudah buta matanya meminta pinjam saksafon milik Ba'in, jiran Chombee [Zaiton] dan meniup lagu 'Jeritan Batin Ku' dalam filem ini. Peniup tenor saksafon ini sebenarnya Yusoff B.



Saya teruja bila mendengar tiupan tenor saksafon baru baru ini oleh seorang pengunjung Q Bistro, Dataran Dwitasik, Cheras, Kuala Lumpur semasa saya dan isteri sedang menikmati makan tengahari disana.


Saya bergegas bangun pergi mencari peniup saksafon tersebut dan meminta beliau meniup lagu 'Jeritan Batin Ku' yang di popularkan oleh seniman agong negara kita Arwah P.Ramlee di dalam filem klasik lagenda beliau 'Ibu Mertua Ku' dahulu.

Saya amat suka dan teruja sekali bila mengetahui bahawa saksafon tersebut adalah saksafon asal yang di gunakan P.Ramlee didalam filem tersebut.

Saksafon itu kini di miliki Cikgu Ahmad Din, pemilik kedai cermin mata D'Optometrist yang berdepan dengan Q Bistro tersebut. Lantas saya memohon izin merakam tiupan saksafon lagenda itu. Mazli, seniman yang meniup saksafon tersebut.


Bagi saya yang merupakan salah saorang dari beratus juta peminat P.Ramlee, peluang untuk mendengar tiupan dari saksafon asal yang di gunakan Arwah amat istimewa dan saya amat menghargai usaha Cikgu Ahmad Din [0192498886] untuk terus mengembalikan zaman kegemilangan muzik filem P.Ramlee sebagai halwa telinga kita di zaman moden ini.

No comments: