Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, May 09, 2018

PRU 14 ~ Liputan Mahaguru58 yang mengundi di P124- Bandar Tun Razak, Cheras, KL.

Bergambar kenangan bersama anggota anggota Polis Di Raja Malaysia yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000, KL selepas menunaikan tanggungjawab mengundi calon Ahli Parlimen P 124, Bandar Tun Razak di dalam PRU ke 14 pada pagi ini.

Saya rasa PDRM sekarang ni cenderung mengambil anggota anggota polis wanita yang ada rupa dan jelita. Yang lelaki pun tak kurang segak. Semoga sekelian mereka sentiasa selamat dan sihat sejahtera serta berjaya di dalam kerjaya masing masing. Amin Ya Allah.

Saya beratur untuk membuang undi di Saluran 1 untuk warga warga emas dan boleh tahan juga masa yang di ambil dari mula beratur sehingga sampai giliran lebih kurang 2 jam lebih walaupun ada para pengundi yang menyuruh saya potong giliran memandangkan saya bertongkat. 

Saya menolak dan berkata bahawa saya masih boleh sama sama beratur bersama mereka. 5 tahun sekali, Insya Allah boleh gagahkan lagi. 

Berikut adalah di antara gambar gambar para pengundi lain termasuk jiran jiran saya yang sempat saya rakam.


Jiran saya Encik Yaakob Yap ceria berjalan menuju ke arah isteri belia yang sedang tersenyum di dalam gambar di atas.

Seorang lagi jiran saya Saudara Rashidi Ahmad kelihatan sibuk dengan telefon bimbit beliau.


Wanita Cina yang perasan saya menghalakan lensa kamera saya ke arah nya memberikan senyuman manis meraikan rakaman gambar fotonya.






Mural wajah mantan mantan Perdana Menteri kita seperti Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn.


Mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan lambang2 projek kejayaan beliau seperti KLCC, Putrajaya, Litar F1, Proton, Cyberjaya, Menara KL.

Mantan Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Badawi.

Mantan Perdana Menteri ke 6, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.


Ada gaya tersendiri Saudara Rashidi kawan saya ini. Macam peragawan. Hehehehehe.

Rajin ikut ayahnya pergi mengundi. Seperti kelaziman zaman sekarang, janji ada gajet telefon pintar, tak meragam lah si kecil ini.
Suasana di luar yang penuh dengan bendera parti BN memonopoli segenap pelusuk jalan raya di hadapan pusat mengundi.

Semoga kita semua sabar menanti keputusan PRU ke 14 ini di mana saya mendapat khabar bahawa sedang berlaku Tsunami Politik yang tidak terjangka jangka.

Presiden2 MCA dan MIC serta beberapa Timbalan Menteri BN kalah! Belum tahu lagi siapa yang bungkus dan tamat riwayat politik mereka.

No comments: