Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 13, 2018

Tun Dr.Mahathir dah lama beri amaran tentang Najib! UMNO buat bodoh saja!


Video di atas adalah rakaman ucapan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang UMNO dan bahaya kehancuran parti tersebut serta kemusnahan Barisan Nasional angkara kerakusan dan keterlampauan politik wang yang menjadi amalan pucuk pimpinan UMNO sejak beberapa lama ini.


Tun Dr. Mahathir Mohamad dah lama beri amaran tentang salahlaku Najib dan tentang bahaya2 yang boleh menggugat keselamatan negara kita tetapi pimpinan UMNO tidak mengendahkan kata kata Tun dan asyik memuji tinggi melangit akan pemimpin idola pujaan hati mereka yang berpegang pada prinsip 'Cash is King!'

Video di atas ni dari tahun 2015. Bukan rahsia tetapi adakah pimpinan tertinggi UMNO ambil peduli?

Tak ada. Maka semakin lama semakin parah lah kedudukan UMNO dan BN di mata rakyat Malaysia yang semakin sempit kewangan masing masing.

Sekarang apa yang Tun cakap tu dah menjadi hakikat, kan?

UMNO sudah jadi kebencian majoriti rakyat dan para pengundi warganegara Malaysia.

Apa tuan tuan dan puan puan fikir UMNO akan berupaya kembali memerintah kita selepas kekalahan sebesar ini di dalam PRU ke 14 pada 9hb. Mei lalu?

Mustahil. 

TIADA MAAF BAGI MU. 



Kan dah kena? Jangan pandang rendah terhadap kewibawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad. PM ke 4 dan kini kembali sebagai PM ke 7 dan paling dihormati dan disegani seantero dunia.



Jangan lupa bahawa sepandai pandai Najib dan Rosmah songlap segala kekayaan duit dari Perbendaharaan dan Khazanah Malaysia dengan pelbagai projek projek putar alam mereka seperti 1MDB dan yang sewaktu dengan nya, akhirnya kecundang jua!
Hari ni dah terbukti bahawa segala apa yang Tun Dr. Mahathir kata adalah benar belaka. Belajar lah untuk sedar diri.

Tunggu lah pelaksanaan proses perundangan negara kita di bawah pentadbiran Bapa Pembangunan Malaysia kita yang bukan sembarang pemimpin.



Hari tu bukan main Najib menghina Tun Dr. Mahathir depan ribuan ahli ahli MCA. Dia kata 'KEPALA BAPAK ENGKAU!' kat Tun!

Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Yassin menyesali keceluparan si pengkhianat negara:


Hari ini jutaan warganegara Malaysia begitu bersyukur kerana telah berjaya mengundi menjatuhkan rejim paling korup di dalam sejarah politik negara kita.


Pengucap 'KEPALA BAPAK ENGKAU' sekarang sudah kalah dengan begitu teruk sekaligus menghancurkan Barisan Nasional sehingga terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden UMNO:


Semua penyokong Kerajaan Pakatan Harapan termasuk saya menitiskan airmata kesyukuran bilamana kami menang dan menyaksikan istiadat perlantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7: