Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 14, 2018

PAS PERLIS [ARAU] kutip INFAQ WAJIB RAMADHAN! Mewajibkan yang Sunnah!!!

Saya membaca satu terbitan pada laman Facebook Dato Ahmad Tamimi Siregar memaparkan tentang KUTIPAN INFAQ WAJIB RAMADHAN oleh PAS PERLIS (ARAU) dimana mereka mencetak RESIT yang seolah RASMI siap dengan nombor siri.




Tiada peruntukan hukum meWAJIBkan yang SUNNAH didalam Ad Deenul Islam!

PAS PERLIS [ARAU] terang terangan cuba mengelirukan Ummah dengan mencetak perkataan WAJIB INFAQ RAMADHAN pada resit dan menyamakan jumlah RM7 pada resit kutipan mereka sama dengan jumlah kadar ZAKAT FITRAH rasmi oleh kerajaan.

Zakat Fitrah itu wajib ke atas setiap umat Islam yang mampu sekali setahun didalam bulan Ramadhan akan tetapi ada kelonggaran pada golongan fakir miskin yang tidak berupaya.

Ini dah boleh dikira sebagai meWAJIBkan sesuatu amalan yang SUNNAH dan termasuk didalam kategori JENAYAH KOMERSIAL.

Mereka ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pihak berwajib seperti POLIS DIRAJA MALAYSIA dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA harus bertindak!

Jangan main main dengan hukum hakam agama.

Siap cetak Hadis Sahih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda 'Apabila seorang anak Adam mati maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya' (Hadith Sahih. Riwayat Muslim dan lain lainnya)

* Satu Kupon Untuk Satu Orang Sahaja

Hadith ini sahih tetapi tindakan PAS PERLIS CAWANGAN ARAU memaparkan maksud hadith ini untuk membenarkan perbuatan mereka mengutip sedekah dengan meletakkan label WAJIB INFAQ RAMADHAN ternyata SALAH sebab mengelirukan yang jahil dan ada unsur penipuan sebab menyamakan kadar kutipan mereka ini dengan KADAR ZAKAT FITRAH [RM7] yang rasmi oleh JABATAN AGAMA KERAJAAN KERAJAAN NEGERI.

Sesungguhnya kita sedang hidup di Akhir Zaman dimana kecenderungan golongan yang mengaku 'alim' sering benar berlaku 'zalim' pada mereka yang jahil dengan melakukan perkara perkara jenayah seperti ini!


Bawa bawa insaf lah 'Syeikh'! Dunia ni sekejap saja brader! Siksa kubur dan Api Narr al Jahannam itu kekal!

* Ada seorang hamba Allah menghubungi saya dan mengatakan bahawa kutipan itu adalah dikalangan ahli PAS sahaja. Beliau tidak memaklumkan saya samada diri beliau itu sendiri seorang ahli PAS.

Soalan saya 'Kenapa tidak di cetak 'UNTUK AHLI AHLI PAS SAHAJA'?

Kekadang bilamana sesuatu kemungkaran itu dibongkar, maka akan keluarlah segala macam 'pembela' dari belukar. Sama kes dengan si Najib bin Abdul Razak. Banyak sungguh pembela tidak diiktiraf sanggup membela sang pemecah amanah.

Dunia Akhir Zaman, kan?

No comments: