Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 13, 2018

GST 0% patut Turun Harga Barang? KPDNKK nak sponsor kos kos operasi lain ke???


Saya menonton BICARA KHAS Angkasapuri Rtm TV1 dimana Menteri KPDNKK Saifudin Nasution bercakap tentang keadaan dimana walaupun Kerajaan PH Malaysia menghapuskan Cukai GST ke 0%, harga barang2 dan makanan tetap tinggi malah semakin meningkat.

Saya hairan kenapa Menteri KPDNKK tidak mengambil kira akan punca punca lain yang membawa kepada kenaikan harga ini?

Apakah Menteri tidak nampak atau sedar akan perbezaan di antara perbelanjaan perbelanjaan yang perlu dibayar para peniaga berlesen dan peniaga haram di tepi tepi jalan?

Menteri perlu mengambil kira akan perkara perkara berikut:

1. Sewa premis seperti di pusat membeli belah yang semakin lama semakin dinaikkan para pemilik bangunan;

2. Bil letrik yang dibekalkan TNB semakin meningkat setiap bulan;

3. Bil bekalan air dari SYABAS dan lain lain pembekal air negara.

4. Kos bekalan gas masak yang turut naik harga;

5. Kos pengambilan pekerja asing secara sah yang semakin lama semakin meningkat dan rasuah yang diminta oleh para pegawai dari pelbagai agensi agensi kerajaan seperti Imigresen, KDN, KSM dsbnya;

6. Kos bahan asas makanan dan minuman seperti beras, ikan, daging, ayam, sayur sayuran, minyak masak, rempah ratus, dsbnya.

7.Kemerosotan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Semua perkara perkara ini harus dikawal dan diambilkira oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Setakat nak harap harga turun dengan menghapuskan GST yang memang menjadi salah satu punca kenaikan harga dan inflasi sekarang.

Najib Razak melatah tak ada makna bahawa GST 6% yang dikenakan oleh Kerajaan BN dibawah pentadbirannya bukan punca kenaikan harga barang. Ia memang salah satu punca kenaikan harga barang.

Adalah satu perkara mustahil untuk mengharap para pengusaha restoran untuk menurunkan lagi harga jualan makanan dan minuman mereka sedangkan kos segala barangan yang saya sebut di atas tidak di kurangkan melalui penguatkuasaan oleh KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MALAYSIA!

Peniaga peniaga haram tepi jalan tidak bayar sewa premis. Mereka berniaga atas angin. Rasuah tetap dibayar kepada PBT, untuk bekalan letrik dari TNB dan air dari SYABAS.

Cakap memang senang brader. Hak ni semua siapa nak kurangkan harga?

Teringat adegan berikut:

No comments: