Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, September 13, 2018

Kesah Pasangan Lesbian Melayu Kena Hukum 6 Sebatan di Terengganu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada kes sepasang wanita lesbian [musahaqah] Melayu yang dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali setiap seorang oleh pegawai Jabatan Penjara Malaysia di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu dengan disaksikan lebih 100 orang awam.


Pasangan Lesbian terbabit
Maka 'bagaikan enau dalam belukar', keluar lah seorang demi seorang 'ulamak' duniawi mula bersuara membicarakan tentang hukuman tersebut di dalam majlis majlis ceramah agama di masjid masjid dan surau surau di dalam negara.

Sebahagian mereka ini mengeluarkan pendapat menurut buah fikiran mereka sendiri dan ada pula pemimpin negara yang berkata bahawa Malaysia tidak patut kelihatan sebagai sebuah negara Muslim yang 'keras' didalam pelaksanaan hukum hakam Islamnya.

Didalam Surah An Nisa ayat ke 58, Allah Subhanahu Wa Ta'ala 
berfirman: 



'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.'


Di zaman ini, ramai dari kalangan mereka yang mengaku diri sebagai 'Muslim' pada hakikatnya hanya mendakwa diri sebagai orang Islam tetapi sebenarnya lemah dari segi pemahaman tentang ajaran Islam yang sebenar. 

Yang membuat kenyataan begitu begini menentang pelaksanaan hukuman sebat atau cambuk didalam negara Malaysia ini terdiri dari kalangan yang 'Muslim' hanya pada nama sahaja.

Mereka tidak benar benar percaya dan meyakini akan Syariat Allahu Ta'ala. Mereka berfikir bahawa hukum sebat ini adalah keputusan para hakim Mahkamah Syariah sahaja dan tidak diperintah oleh Tuhan Semesta Alam.

Ada yang menyoal kenapa perlu di sebat atau di rotan jika benar bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang?

Cuba kita semak apa yang Allahu Rabbul Alamin perintahkan kepada kita didalam Surah An Nur ayat pertama: 


'Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).'

Apakah golongan penentang pelaksanaan Hukum Syariah Allah ini buta terhadap perintah Allah yang terang terangan ini?


'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.'

Pasangan 'Lesbian' tersebut melakukan sesuatu perkara yang dilaknati Allah! Perbuatan mereka itu adalah salah dan dilarang didalam ajaran agama Islam.



Saya menerima keterangan berkaitan kes tersebut ini dari seorang peguam terkemuka didalam negara kita:

Ini kisah sebenar kes lesbian disebat di Terengganu yang ramai tidak tahu.

1) Siapakah pesalah?

Dua wanita berumur 24 dan 32 tahun. Seorang berasal dari Terengganu, seorang lagi dari Pahang.

2) Bila dan di mana mereka ditangkap?

8 April 2018.  Di parkir Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.

3) Pada jam berapa?

1.50 tengah hari.

4) Di manakah mereka ketika itu?

Dalam kereta bercermin gelap, di tempat duduk belakang.

5) Apakah yang ditemui ketika ditangkap?

1. Seluar dalam milik pasangan (dipercayai ditanggalkan)

2. Dildo @ Alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi           pemandu.

6) Apakah yang dilakukan mereka ketika itu?

Mereka berada di kerusi belakang, sedang asyik berasmara.

7) Mereka didakwa atas Akta apa?

Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Seksyen 30:
'Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah (persetubuhan diantara perempuan dengan perempuan) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu'.

Seksyen 59. Percubaan.

(1) Mana-mana orang yang cuba-

(a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan Hukum Syarak; atau

(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,

dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah perlakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

8) Apakah yang tertuduh mengaku?

Mereka mengaku salah.

9) Adakah mereka diberi peluang merayu?

Mereka diberikan 14 hari untuk merayu tetapi tidak berbuat demikian.

10) Apakah hukuman yang dijatuhkan?

Setiap seorang 6 sebatan dan denda RM3,300.00

11) Adakah sebatan dilakukan secara terbuka?

Tidak, ia dilakukan dalam kamar tertutup.

12) Dimanakah sebatan itu dilakukan?

Di dalam ruang Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

13) Adakah orang awam dibenarkan menyaksikan sebatan?

Ya.

14) Berapa bilangan orang awam yang menyaksikan sebatan tersebut?

100 orang terdiri daripada Wakil Media, Badan Bukan kerajaan (NGO) dan Wakil Persatuan Peguam.

15) Adakah ini kes pertama sebatan disaksikan oleh orang awam di dalam kamar mahkamah?

Tidak. Sebatan Syariah tertutup pernah dilakukan di negeri lain.  Ini cuma kes pertama Lesbian disebat, dan pertama kali dilakukan di negeri Terengganu.

16) Adakah sebarang rakaman dibenarkan ketika sebatan dilakukan?

Tiada sebarang rakaman dibenarkan. Kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kamar mahkamah.

17) Adakah sebatan Syariah sama kuat ayunannya dengan sebatan Sivil sehingga kulit luka dan terkoyak?

Tidak. Sebatan syariah tidak mencederakan. Ia lebih bertujuan mendidik. Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanakan sebat hendaklah menggunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk.

18) Berapa lama kah masa yang diambil untuk kedua-dua pesalah tersebut disebat?

Dalam 6 minit.

Kredit © Buletin TTKM, 2018

Ada begitu banyak perbezaan diantara cara Sebatan Syariah yang telah dilaksanakan di Terengganu dan pelaksanaan Hukum Syar'iyah di Nanggroe Aceh Darussalam.

Cuba lihat disini:



Di Aceh, mereka tidak punya Raja atau Sultan Sultan Melayu yang mengaku diri sebagai 'Ketua Agama Islam'. Orang orang Aceh di bawah perintah Gubernur Wilayah Autonomi Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam.

Hukum Syar'iyah Aceh dijalankan oleh DINAS SYARIAT ISLAM dan dihakimi oleh Mahkamah Syar'iyah Aceh.

Jangan menyamakan cara hukuman sebat yang dilaksanakan menurut perintah Allah dengan cara sebatan yang dilaksanakan menurut perintah Mahkamah Sivil.

Jauh bezanya.

Selaku umat Islam, kita hendaklah patuh terhadap perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak berkata ikut suka semasa hidup dengan Izin Allah di bumi ini.


Andainya berdegil juga, tunggu sajalah balasan Allah di dalam Alam Barzakh nanti dan seterusnya di Alam Akhirat pula.


Semasa kita di dalam kubur nanti, Malaikat Munkar dan Naqir tak akan peduli sama ada seseorang itu seorang Sultan, Perdana Menteri, Menteri begitu begini atau Peguam terhebat seantero dunia!

Tak adanya permaidani kuning atau merah terhampar menanti dikau. Hanya kain kafan yang putih menyelimuti jasad.


Semoga kita sama sama bersedia menyahut panggilan Ilahi nanti di dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin. 

No comments: