Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 11, 2018

Jenayah Ragut / Rompak semakin berleluasa! PDRM harus lancar OPS CANTAS!


Saya menerima rakaman video CCTV kejadian rompakan / ragut ini dari seorang kenalan saya, Tuan Abdul Razak menunjukkan seorang perompak bermotosikal meragut beg tangan seorang wanita Melayu Muslim dengan begitu ganas sekali di pekarangan tempat meletak kereta Tesco Extra Ampang, Selangor baru baru ini.

Mangsa rompakan ini kelihatan jatuh tersungkur angkara rentapan ganas si perompak durjana itu.

Kejadian rompak secara meragut ini semakin berleluasa dimasa kini sebab sudah tiada lagi Balai Polis Bergerak ditempatkan di kawasan letak kereta Tesco Ampang sejak kebelakangan ini.

Dengan tiada kehadiran anggota Polis Di-Raja Malaysia disana memungkinkan perompak perompak bermotosikal ini berani menyamun orang awam yang ke pasaraya utama di kawasan Ampang ini.

Saya menelefon Balai Polis Ampang untuk bertanyakan perkara ini, mempersoalkan kenapa sudah di hentikan khidmat Balai Polis Bergerak di kawasan Tesco Ampang?

Jawapan yang saya terima adalah sekarang ini kekurangan anggota polis yang bertugas. Dengar lah rakaman perbualan telefon saya dengan pihak Balai Polis Ampang tersebut: 



Jawapan yang saya terima adalah Balai Polis Bergerak itu tidak dapat ditempatkan di pekarangan Tesco Extra kerana kekurangan anggota polis buat masa ini.

Seharusnya pihak Polis Di-Raja Malaysia merancakkan program pengambilan anggota anggota baru untuk mempercukupkan jumlah kakitangan bertugas. Buatlah promosi besar-besaran untuk anak anak muda dari kalangan rakyat Malaysia dari segala kaum untuk masuk berkhidmat kepada negara.

Naikkan lah gaji anggota anggota polis dan sediakan segala keperluan asas mereka. Berikan pelbagai insentif supaya kerjaya sebagai seorang anggota polis itu menjadi amat menarik dan boleh menjamin masa depan mereka.

Berbalik kepada soal perompak perompak yang semakin berani ini. Saya menyeru pihak berkuasa supaya bertindak dengan lebih tegas lagi untuk menangani peningkatan kadar jenayah sekarang ini.

Hanya OPS CANTAS sahaja jawapannya. 


Pihak Polis Di-Raja Malaysia patut melancarkan semula OPS CANTAS dan membanteras perompak-perompak secara menyeluruh. Usah biarkan cacing naik ke mata!

Tembak mati saja perompak perompak durjana ini! 

No comments: