Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 17, 2019

Nasib Melayu Kini ~ Apakah Menang Sorak ; Hilang Nyawa ; Negara Tergadai?


Apakah saudara perasan bahawa dewasa ini tatkala Melayu diperkotak-katikkan dengan pelbagai cercaan, penghinaan baik terhadap diri melayu itu sendiri atau terhadap Agama Islam yang dianuti dan diamalkannya, rata rata Melayu itu dilarang untuk bertindak atau meluahkan rasa, membantah terhadap mereka yang menghiris perasaan dan jiwa sanubarinya?

Bilamana kita fikir balik akan kenapa nasib Melayu seperti ini sekarang, kita perlu ambil kira dari pelbagai sudut:

1. Peranan Ulil Amri @ Pemimpin Tertinggi sesebuah negara / masyarakat;

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman didalam Ayat ke 59 Surah An Nisa:


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Dari pengertian saya, maksud ayat tersebut di atas ini, bahawa kita yang mengaku diri sebagai beriman terhadap Tuhan kita, Allahu Rabbul Alamin dan Rasulullah, Nabi kita Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, diperintah supaya turut ta'at terhadap para 'Ulil Amri' yang memegang kuasa pemerintahan ke atas kita.

Namun perlu pula kita teliti akan ciri ciri 'Ulil Amri' yang dikatakan itu. Adakah ia mendaulatkan Hukum dan Perintah Syariat Allahu Ta'ala dengan sebaik baiknya atau cuma 'berdrama swasta' dengan memanipulasi akan hukum hakam Agama Allah itu supaya kelihatan seperti ada pelaksanaan Sistem Syariah Islam sedangkan pada hakikatnya TIDAK!

Malaysia benar benar ketandusan pemimpin Melayu yang ikhlas, jujur, beramanah dan berilmu didalam mentadbir dan memimpin negara menuju ke arah jalan yang di redhai Allahu Ta'ala. 

Padahal setiap tahun akan pulangnya ribuan graduan Syariah, Usuluddin dan pelbagai lagi lulusan universiti universiti Islam di Timur Tengah dan Nusantara.

Adakah mana mana Kesultanan Melayu menghantar Tengku Tengku Mahkota atau putera putera kerabat di raja pergi menuntut dan menguasai ilmu ilmu agama yang perlu ada pada duli duli tuanku bila naik takhta kesultanan selaku 'Ketua Agama Islam' bagi negeri masing masing dan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia bila tiba giliran nanti?

TAK ADA!!! Sultan Sultan dan Raja Melayu dari dulu sehingga sekarang lebih cenderung hantar Tengku Mahkota Baginda sekelian samada ke Akademi Tentera British di Sandhurst, ke Akademi Tentera West Point di Amerika Syarikat atau ke Akademi Tentera Dehradun di India.

Hasilnya? Sultan Sultan dan Tengku Tengku Mahkota yang kurang arif tentang hukum hakam Agama Islam dan terpaksa bergantung harap pada 'nasihat' Mufti Mufti Agama negeri masing masing yang belum tentu adalah yang tepat untuk menangani sesuatu masaalah berkaitan Islam yang timbul di jajahan takluk Kesultanan di bawah kuasa Baginda.

Begitu banyak ruang dan peluang yang terdapat di negara bertuah ini tetapi sayangnya hampir keseluruhan jentera kerajaan dan Raja serta Sultan-Sultan Melayu dari zaman selepas Kemerdekaan dari penjajah terakhir Semenanjung Tanah Melayu ini tidak menunaikan secara jelas akan tugas, amanah dan tanggungjawab masing masing untuk menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah Daulah Islamiyyah didalam ertikata sebenarnya.

Orang Inggeris ada pepatah 'Just paying lip service'. Maksudnya sekadar cakap saja. Tak ada niat langsung untuk menunaikan tanggungjawab menegakkan dan mendaulatkan Agama Islam didalam setiap aspek kehidupan kita sebagai umat Islam.

Makanya, saya tidak hairan melihat dan membaca tentang adanya mereka dikalangan orang orang Melayu yang amat jahil tentang agama yang kononnya mereka anuti dan beriman terhadap Allahu Ta'ala!

Semuanya propaganda saja lebih! Yang menampilkan diri sebagai 'Ustaz' hari ini lebih cenderung untuk mengejar glamor dan berbuat lawak mengalahkan peserta peserta komedi semasa.

Yang bergelar 'Ustazah' lebih gemar bertabarruj @ bersolek mengalahkan 'artis' dan bersuara manja bagai nak menggatal dan menggoda.

Golongan yang mengaku parti politik alim ulamak lebih kuat makan duit rasuah mengalahkan parti politik sekular. Bila di soal, maka laju sahaja menghalalkan cara demi misi mengisi tembolok masing masing.

Berbalik kepada soalan 'Nasib Melayu Kini'; saya berpendapat bahawa terpulang kepada setiap Melayu itu sendiri untuk berusaha menaikkan taraf hidup masing masing didalam segala perkara dan tidak selamanya bergantung harap kepada subsidi dan bantuan kerajaan semata mata!

Tak sadarkah tentang hakikat para pendatang asing yang berusaha secara gigih merebut peluang kerja dan niaga yang ada di negara bertuah ini?

Setakat iri hati dan dengki terhadap pendatang Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Thailand, Nepal, Myanmar, Kemboja, Vietnam, China, Syria dan negara negara lain tak ada gunanya!


Saksikan betapa seorang lagi pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh berusaha merubah nasibnya dengan gigih sehingga berjaya dan kini bergelar 'Dato Seri' kurniaan siapa lagi jika tidak Sultan Pahang sebelum ini. :P


Baca laporan blog OhBulan disini tentang kisah Bangla boleh dapat gaji bulanan lebih RM5 Ribu dan jadi kaya raya sebab rajin berusaha. 

Sadar tak sadar, akan tiba kembali suatu hari dimana Melayu akan 'Menang Sorak ; Kampong Tergadai' JIKA orang orang Melayu tidak berhenti dari berperang sesama sendiri!

Saya cuma boleh menulis menegur disini. Terpulang lah kepada tuan dan puan untuk mengambil iktibar dan memperbetulkan keadaan.

Google+ will be taken down soon! Hooray!


Oh my! What a wonderful, super duper news for an oldtimer Blogger like me! I absolutely detested the intrusion of Google+ into my life when Google forced this horrible system into our accounts through Blogger!

I don't know which cow dung of a fellow over at Google HQ came up with that dang fangled idea in the first place?

It was so nasty!

Bloggers lost their rights to moderate all comments coming in and had to accept Google+ to continue blogging and this practically dampened my spirits to blog!

As a result, I sort of lost my enthusiasm to write about anything because some cowardly anonymous bastard using just a pseudonym could slyly pass ludicrous and offensive comments which could put blogger admins in trouble if they didn't see what crappy comments had made their stinking way into our comments section!

So, apart from the new Malaysian Government's passing into law the 'NO SMOKING!' law at public restaurants and all eateries which really has made my life comfortable so much that eating out is now a pleasure [save for the annoying 'Assalamualaikum Gang' who disturb us just when we are about to take the first bite' or the screaming, shrieking brats whose ill-informed sorry excuses for parents just do not bother to control or raise them right], this piece of news about Google+ getting the 'Get the Hell out Kick' by Google HQ really gladdens my long suffering heart!



Thank you Allah!

I was so pissed off with Google+ forcing itself into my life that no matter how much my urge to write or comment about any issues worth speaking about, just made me lose my interest when I thought about the anonymous !@#$%^&'s who would leave illogical, rude out of topic, stupid foul comments without having the 'balls' so to speak as to their true foul stinking identities!!!

So, YES!!! I am looking forward to the blessed, wonderful day when Google+ will be incinerated from my Blogging life!

Alhamdulillah Syukur!!! 👍👍👍