Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 24, 2019

Dr.Zaki Moyenda yang dulunya Kristian bercerita tentang kesamarataan dalam Islam.


Bilamana Muslim solat berjamaah, kesan dari berdiri, ruku' dan sujud bersama sama didalam satu saf tanpa membezakan di antara satu sama lain, menghadap ke arah Kiblat yang satu, adalah mengeratkan hubungan sesama kita sebagai satu Ummah.

Setelah menyaksikan kesamarataan orang orang Islam sewaktu bersolat sebegitu, ianya begitu mempengaruhi Dr. Zakiya Bomani Moyenda lantas beliau memeluk Ad Deenul Islam dan kini terkenal sebagai seorang pendakwah yang berusaha mengajak masyarakat di Florida, Amerika Syarikat untuk kembali kepada Allahu Ta'ala melalui ceramah ceramah penerangan tentang Islam berlandaskan ilmu pengetahuan sains secara profesional.

Kekadang kita yang Muslim ini mungkin tidak perasan tentang hal hal sebegini didalam menjalani kehidupan seharian kita. Ada mata mata yang memandang dan memperhatikan tingkah laku kita dan menilai akan Ad Deenul Islam melalui perbuatan dan sikap kita.

Ada perkara yang baik dan ada juga yang buruk dilakukan oleh umat Islam di negara ini sama seperti mana manusia manusia lain di muka bumi ini. 

Namun kita harus sedar bahawa kita ini mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk menunjukkan kepada dunia akan apakah itu Agama Islam dan bahawasanya orang orang yang bukan Islam menilai Islam itu sendiri melalui tingkah laku dan sikap umat Islam.

Maka haruslah sekelian kita memperbaiki diri dengan mengamalkan apa yang dituntut Ilahi dari diri kita dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan agama menurut Al Quran dan Hadis Hadis yang Sahih bagi membantu kita hidup sebagai Muslim dan Mukmin sejati.

Contohi sikap Dr.Zaki Moyenda dan serulah manusia ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ikutilah Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.

Insya Allah.

No comments: