Permuafakatan parti parti komponen 'Pakatan Rakyat' atau 'Pakatan Harapan' untuk melantik mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 [1981 -2003] Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menerajui Kerajaan Malaysia Baru membuatkan kita semua teruja bahawa Wawasan 2020 yang tergelincir sekian lama sejak PM ke 6, Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak yang menyebabkan pentadbiran Malaysia dibawah pemerintahan nya terkenal sebagai negara paling korup dalam dunia akan kembali ke landasan pembangunan sebenar dan menyelamatkan negara kita ini dari hancur musnah seperti beberapa negara lain di dunia ini akibat salah urus ekonomi angkara rasuah tak tersekat dalam segala aspek pentadbiran.
Namun, selepas 14 bulan Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa, kita belum lagi melihat segala pemecah amanah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional atau BN dibawah Najib Tun Razak didapati bersalah walau berpuluh puluh tuduhan dikenakan terhadap mereka dimahkamah sehingga hari ini.
Walau hakim sudah bertukar dan Peguam Tommy Thomas [gambar diatas] dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Najib Tun Razak sesuci embun pagi dari sebarang penyelewengan harta negara akibat kesalahan songlap wang negara berpuluh malah beratus bilion dari dana 1MDB, kita hairan melihat Najib Tun Razak masih bebas kesana kemari dengan pegawai2 keselamatan pengiring dan bebas mengutuk, mengata dan mencerca Kerajaan Malaysia ikut sesuka hatinya!
![]() | |
|
Tun Dr.Mahathir sering mendabik dada tuanya menyatakan bahawa Malaysia Baru dibawah Perikatan Pakatan Harapan akan mendaulatkan prinsip 'Kedaulatan Undang Undang' @ 'The Rule of Law' bagi menjamin penguatkuasaan Undang Undang negara terhadap mereka yang bersalah, mencuri dan merompak wang milik negara tetapi setakat ini semuanya seperti gendang kosong sahaja!
![]() |
Dato Seri Najib Tun Razak PM ke 6 Malaysia |
Didalam persidangan Parlimen, Speaker-speaker Parlimen bagaikan harimau tak bertaring diperlekehkan dan dicabar ahli ahli Parlimen BN seperti YB Pasir Salak Tajudin Abdul Rahman, YB Arau Shahidan Kassim, YB Kinabatangan Bung Mokhtar Raden, YB Bera Ismail Sabri, YB Rembau Khairy Jamaludin, YB Ketereh Annuar Musa dan lain lain lagi.
Semua Ahli Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang berkokok bagaikan Ayam Sabung sebelum PRU ke 14 kini bagaikan 'ayam berak kapor' tak bersemangat dan lesu didalam Dewan Rakyat sedangkan mereka kini adalah pemerintah!
Sekarang ini heboh dengan penularan video seks sejenis yang melibatkan seorang menteri kanan PH iaitu Menteri Ekonomi! Apa kejadahnya ini?
![]() |
I say you! You say me! |
![]() |
Lokman Adam Ejen Provokateur? |
Apakah Pakatan Harapan ini akan tertiarap seperti UMNO dan Barisan Nasional didalam masa terdekat ini? Apakah kita akan kembali diperintah para penyamun dan kaki songlap seperti sebelum ini?
Andai Tun Dr.Mahathir kan pejam mata pergi menghadap Ilahi esok hari, siapakah dia yang akan dipilih sebagai pengganti beliau?
Naik pening kepala memikirkannya.
Terlepas dari mulut buaya, jatuh celepuk kedalam mulut sang harimau!
Hai....malanglah nasib kita semua, warganegara Malaysia.... :(
No comments:
Post a Comment