Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 18, 2019

MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar ~ Malam Graduasi 2019



Baru baru ini, pada hari Sabtu, 12hb Oktober, 2019, saya menghantar isteri saya, Pengarah Kolej Poly Tech MARA Ipoh ke Maktab Rendah Sains MARA Sultan Azlan Shah yang terletak di KM 13, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Liman Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak di mana beliau di jemput sebagai salah seorang tetamu kehormat ke Majlis Graduasi 2019 MRSM tersebut.

Majlis Graduasi tersebut di jadualkan bermula pada jam 8 malam. Kami selamat sampai ke MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar tepat pada masuk waktu Solat Maghrib. 

Setelah memperkenalkan diri sebagai tetamu jemputan khas, kami di tunjukkan arah ke Surau MRSM tersebut oleh petugas keselamatan. 

Saya perhatikan bahawa dewan solat Surau MRSM Kuala Kangsar itu penuh dengan para jamaah yang terdiri dari pelajar pelajar, pensyarah pensyarah, kakitangan serta ibubapa yang hadir untuk meraikan kejayaan anak anak mereka yang akan bergraduat pada malam itu.

Saya memilih untuk menunggu acara majlis graduasi itu selesai dengan duduk didalam kereta kami sambil menonton ceramah2 agama Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr.MAZA melalui YouTube menggunakan telefon pintar saya buat seketika.

Selepas menonton beberapa video tersebut, saya mematikan enjin kenderaan dan keluar dari kereta. Saya melihat sekumpulan para pelajar lelaki sedang berkumpul di jalan dan pergi berkenalan dengan mereka.

Saya sempat berkongsi pelbagai perkara dengan mereka sambil menjawab beberapa soalan dari mereka berkaitan soal soal agama dan kehidupan. Ternyata mereka budak budak pintar dan bakal menjadi pelapis kepada pucuk pimpinan negara akan datang, Insya Allah.

Berikut adalah beberapa rakaman foto saya bersama mereka:






Semoga kesemua mereka beroleh kejayaan dalam pembelajaran mereka dan menjadi tokoh tokoh industri serta akademik di masa depan. Amin.

No comments: