Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, December 22, 2019

EB Duet - Eve Wong and Billy Ho ~ Malaysia's Absolutely Talented Musical Duo! Listen to and fall in love with them!


Getaran Jiwa by P.Ramlee

Besame Mucho

Can't Help Falling In Love With You by Elvis Presley

Sinaran by Sheila Majid

MEDLEY



Their playlist is at https://www.facebook.com/ebduet/playlist/2302776793332185


Eve Wong is on Facebook here: https://www.facebook.com/evewongmusic

Eve's YouTube Channel is at https://www.youtube.com/evewongmusic


I wish Eve Wong and Billy Ho, all the best in their musical journey and hope that they will achieve the global stage eventually.




Saturday, December 07, 2019

Ramai yang keliru di antara menolak pemimpin BN Melayu yang rasuah atau menyokong PH bawah PM Tun Dr.Mahathir Mohamad!

Baru baru ini tersebar luas rakaman video menunjukkan murid murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Ku dalam Bahasa Mandarin!



Bilamana saya siarkan video tersebut didalam akaun Facebook saya dan menzahirkan perasaan menyampah dan geram saya terhadap perbuatan teramat biadap dan penderhakaan terhadap martabat negara kita yang berasaskan Persekutuan Negeri2 Tanah Melayu itu, ada pula yang membalas dengan komen kurang cerdik: 
Agak malang bagi segelintir rakyat warganegara ini yang masih keliru dan tidak dapat membezakan di antara hak rakyat marhaen untuk menolak mana mana para pemimpin Melayu yang terbukti korup, rasuah, pecah amanah dan pengkhianat negara di dalam PRU ke 14 yang lepas dan memilih kepimpinan alternatif di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 dahulu, YAB Tun Dr.Mahathir bin Mohamad yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada PPBM, PKR, AMANAH dan DAP serta WARISAN.

Jika ada perkara perkara melampaui batas seperti yang sedang di lakukan puak puak cauvinis Cina dan India sejak kebelakangan ini, ianya tidak bermakna bahawa orang orang seperti saya yang mengundi PH di dalam PRU ke 14 setuju dengan perbuatan perbuatan mereka.

Jauh panggang dari api. Saya tetap menyokong ketuanan Melayu di dalam Malaysia tetapi saya mahukan kepimpinan Melayu2 yang berintegriti, jujur dan bersih serta memegang amanah terhadap negara ini.

Bukannya menyokong membuta tuli terhadap mana mana pemimpin Melayu yang haprak dan tak boleh di harap, rakus mentekedarah duit kerajaan dan berlagak seolah diri mereka itu maksum.

Saya menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan Malaysia dari tergadai ke tangan Negara Komunis China. 

Saya tidak setuju dengan cadangan untuk Anwar Ibrahim yang terbukti kaki temberang dan tidak pernah menunaikan janji janjinya terhadap rakyat untuk naik menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM ke 8!

Itu perbuatan khianat terhadap harapan para pengundi PH seperti saya yang menyokong PH semata mata kerana Tun Dr. Mahathir yang di persetujui untuk di lantik sebagai PM ke 7 andai gabungan Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Orang orang Melayu harus bijak dan tahu membezakan di antara yang hak dengan yang batil. Jangan semberono menyokong segala penyamun dan penyangak semata mata kerana ianya berbangsa Melayu.

Masih ramai lagi Melayu lain yang boleh kita angkat sebagai ketua kerajaan dan yang sadar diri, tidak rakus mengkhianati negara demi mengisi tembolok masing masing.