Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, March 30, 2020

Cina Malaysia! Bukan semua mereka Rasis! Bantuan yang tak di sangka semasa Patah Kaki di waktu Perintah Kawalan Pergerakan!

Jiran kami di Ipoh ini Mr Chor berbangsa Cina datang membantu saya bila tahu kereta kami sudah seminggu tersadai tak boleh dihidupkan enjinnya sebab bateri kereta dah 'kong'.

Saya dah putus asa selepas telefon setiap perkhidmatan jual bateri kereta tak buka dan khidmat ganti bateri juga tidak ada yang beroperasi. 😭

Mujurlah saya ada bawa basikal saya dari KL. Dah setahun lebih baru sekarang saya dapat guna sebab baru sembuh dari kesan kesan pembedahan Carbuncle @ Bisul Berangkai yang serius akibat komplikasi Diabetes.

Mujur juga saya ada pam angin sebab kedua tayar dah mula kempis setelah setahun lebih tidak dapat mengayuh basikal sebab pembedahan di punggung kanan saya. 😪

Saya mengayuh basikal sejauh 2 kilometer lebih untuk sampai ke pasaraya terdekat untuk beli kabel pengecas bateri kereta.

Sampai ke pasaraya pun dah dekat jam 7 malam. Kena tahan dengan polis peronda. Beritahu dia saya cuma nak gi beli kabel pengecas bateri kereta sebab bateri kereta dah mati seminggu lebih.

Sesampai di pasaraya, pengawal keselamatan dah hampir tutup pintu. Mujur dia izinkan saya masuk membeli apa yang saya perlukan itu.

Mengayuh lah balik dengan mengayuh perlahan lahan dengan kudrat yang ada. Berhenti rehat bila terasa penat.

Datang pula anggota polis peronda bermotor yang lain bertanya nak ke mana tu berbasikal sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berkuatkuasa?

Cerita lah keadaan kereta yang sudah tersadai seminggu lebih sebab perintah tersebut dan lupa nak hidupkan enjin cas bateri.

Diberikan topeng muka kepada saya dan disuruhnya saya berusaha mengayuh balik secepat mungkin.

Sesampai nya saya ke kawasan rumah, anjing anjing jiran pun mula menyalak-nyalak bising sebab tak kenal saya yang sedang bertopengkan muka 😜

Jiran saya selang dua rumah lagi keluar ke balkoni rumah teres nya melihat kekecohan anjing anjing nya dan terlihat saya lalu bertanya "Apa hal Haji Zainol?" 🤔

Bila saya khabarkan pada nya tentang masaalah bateri kereta kami dah kong seminggu lebih, dia terus berkata,'Wait! I'll come!'

Dia terus datang dengan berseluar katok, berlenggeng tetapi bertopengkan muka, membawa jumper cable dan bateri.

Bila kami cuba hidupkan enjin kereta Preve saya, enjin tak boleh hidup juga sebab bateri memang dah flat habis.

Dia berkata, 'Wait. I'll drive my car over!"

Lantas kembali ke rumah nya dan memandu kereta Toyota Harrier nya yang berkuasa tinggi masuk menghadap kereta kami dan terus menyambung kabel pengecas dari bateri keretanya ke bateri kereta Preve kami.

Sekali tekan saja punat enjin kereta Proton Preve kami terus enjin hidup! 👍🤗🤲😍💪 Syukur Alhamdulillah!!! 

Dalam keadaan sekarang di masa saya begitu susah hati; tak tahu kepada siapa lagi saya nak meminta tolong, Allahu Rabbul Alamin menghantar Jiran Cina saya Mr Chor menyelamatkan kami dari keadaan 'patah kaki' tak dapat memandu kereta kami untuk pergi mendapatkan rawatan perubatan atau membeli barang barang keperluan harian kami untuk meneruskan kehidupan kami di dalam tempoh berkurung sekarang!



Kami amat terhutang budi kepada jiran kami Mr Chor yang sanggup datang membantu kami menghidupkan kembali bateri kereta Proton Preve kami!

Saya menadah kedua tangan saya 🤲 berdoa agar Allah merahmati dan memberkati Mr Chor sekeluarga dengan Taufik dan Hidayah Nya dan membalas jasa Mr Chor kepada kami di waktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa keadaan genting penularan wabak Covid 19 sekarang ini.

Mr Chor adalah bukti kukuh bahawa bukan semua Cina di Malaysia ini yang rasis dan kiasu @ pentingkan diri sendiri.

Kami terhutang budi kepada nya sampai bila bila. Jutaan Terima kasih Mr Chor 🤗👍😍

Semoga anda sekeluarga selamat sejahtera. 🤗