Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 18, 2020

KPTM IPOH melahirkan pelapis-pelapis Industri Kreatif Negara Malaysia!


Filem pendek berjudul 'BULI SIBER' ini hasil kreatif para pelajar 'Diploma in Multimedia', Kolej Poly Tech Mara Ipoh, Perak. Mereka mengusahakan saluran SetOnScreen di YouTube dan telah memuatnaik beberapa video filem pendek hasil produksi mereka 


Bagi saya, selepas menonton filem pendek yang sarat dengan pengajaran agar perbuatan membuli seseorang melalui penyalahgunaan platform siber seperti Instagram, Facebook dan lain-lain aplikasi internet, saya rasa mereka ini berbakat besar dan berkemampuan menghasilkan karya karya bermanfaat kepada masyarakat kita khususnya dan Insya Allah kepada serantau Nusantara amnya.

Sepertimana yang kita semua tahu, saluran-saluran TV di Malaysia ini, terutamanya di RTM TV1 dan TV3 serta Astro Ria, senantiasa menyiarkan telemovie-telemovie yang asyik berkisar tentang cinta, skandal dan topik-topik yang tak habis-habis dengan seribu satu cerita yang klise dan berulang-ulang dengan persengketaan dan hasad dengki serta tidak membina daya fikir masyarakat Melayu serta warganegara-warganegara Malaysia yang lain.

Di KPTM Ipoh, Alhamdulillah, para pelajar bidang Diploma in Multimedia ternyata mampu berfikir di luar kotak dan sedang menghasilkan karya-karya filem pendek yang bagus dan bermutu. Cuba tonton filem pendek berjudul 'HARGAI' di bawah ini:


Pelajar-pelajar KPTM IPOH juga berjaya menerbitkan video-video komersial bagi pasangan pengantin yang mendapatkan khidmat SetOnScreen bagi mengabadikan majlis pernikahan mereka di dalam bentuk video muzik.

Berikut adalah satu video berjudul 'MAJLIS PERNIKAHAN IKHWAN & LIYANA'  


Produksi filem pendek pelajar-pelajar ini ada juga yang kelakar giler! Cuba saksikan cerita ini yang berjudul 'Malam Bulan Dipagar Bintang' : 


Hahahahaha! Saya ketawa terbahak-bahak menonton filem pendek tersebut!


Ikuti kata-kata aluan dari Puan Rosmawati Hamzah, Pengarah Kolej Poly Tech Mara Ipoh sekarang tentang program-program yang sedang di tawarkan oleh kolej yang sedang membantu anak-anak muda Bumiputera dan warganegara Malaysia dari bangsa-bangsa lain membina jatidiri mereka bagi menjadi pelapis-pelapis baru Industri Kreatif Negara kita, Malaysia yang tercinta.


Kampus baru KPTM IPOH sedang dibina di persekitaran yang lebih kondusif di Meru Raya, Ipoh dan proses pembinaan sedang rancak berjalan di dalam peringkat akhir.

Status projek pembinaan kampus baru KPTM IPOH di Meru Raya pada Mac, 2019




Status projek pembinaan kampus baru KPTM IPOH di Meru Raya pada Ogos, 2019



Ruang surau yang sangat luas
Meninjau kawasan pembinaan
Pihak pengurusan KPTM Ipoh membuat lawatan ke tapak projek KPTM IPOH Kampus Meru Raya


Berikut adalah sebuah filem pendek hasil kerja para pelajar KPTM IPOH yang memenangi hadiah baru-baru ini berjudul 'WAU':



Pelajar KPTM IPOH juga menghasilkan video promo iklan untuk produk tempatan:



Jika anda berminat untuk berjaya di dalam bidang industri kreatif, sila layari https://ipoh.kptm.edu.my/index.php/ms/

atau singgah di https://www.facebook.com/kptmipohperak/



Alamat KPTM Ipoh
Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,
30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-242 1003
Faks : 05-242 1002

Google Maps : Klik Di sini