Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 28, 2020

MyKad Palsu, Pelancong China dan India Masuk tak Keluar, Cara-cara Banteras Masaalah!



Saya merujuk kepada masaalah rekod Imigresen Malaysia di atas yang menunjukkan bahawa terdapatnya sebegitu ramai pelancong dari Negara China dan India yang tidak ada rekod di Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri bahawa mereka telah keluar dari Malaysia. Soalnya adalah apakah langkah-langkah pengesanan telah di-ambil pihak Imigresen untuk menjejaki, menangkap dan mengambil tindakan terhadap mereka yang berkenaan ini atau sekadar keluarkan kenyataan semata-mata?

Apakah sudah kena Sindrom Si-Luncai? Asyik 'Biarkan! Biarkan!?

Ini baru pelancong China dan India. Yang masuk melalui penerbangan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa negara seperti KLIA 1 dan 2, Subang, Bayan Lepas, Ipoh, dan sebagainya. Belum di kira dari jalan darat atau laut.

Bagaimana pula dengan pelancong-pelancong dari lain-lain negara serata dunia? Pakistan, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria dan bermacam-macam lagi?


MYKAD PALSU








Saya tak boleh terima hakikat bahawa adanya begitu ramai sekali pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, SANGGUP menggadaikan maruah diri dan menjahanamkan negara tercinta Malaysia ini demi gelojohkan segenggam wang ringgit! Sanggup beri makan anak bini dengan pendapatan haram sebegitu! Jadi darah daging tu! Macamana lah tak lahirnya ramai generasi bebal dan bengap di akhir zaman ini di sini?

Sila rujuk kepada blog ini yang mendedahkan tentang jenayah yang cukup besar ini. 





Rata-rata, kes menggunakan MyKad Palsu yang di jual oleh para pegawai JPN @ Jabatan Pendaftaran Negara yang korup ini terdiri dari warganegara China yang mempunyai sumber kewangan yang begitu banyak bagi menyogok pegawai-pegawai JPN yang merupakan PENGKHIANAT BESAR terhadap kedaulatan negara kita!


Terlalu banyak kes MyKad Palsu ini sehingga tak terkongsi bahan bukti satu persatu di dalam artikel ini. Tuan puan taip saja 'MyKad Palsu' di enjin carian DuckDuckGo, Google atau apa sahaja dan lihatlah lambakan hasil carian anda.

Masih ingat tak gambar-gambar para pelancong China dok tunjuk duit Ringgit Malaysia berkepuk-kepuk dalam bas di tangan mereka?






Tonton video penuh mereka sedang galak menayangkan kepuk-kepuk duit Ringgit Malaysia dengan klik kat sini

Mana lah tak mudahnya mereka menyogok sesetengah pegawai-pegawai JPN, Imigresen, PDRM, Kastam dan sebagainya yang gelap mata melihat duit berkepuk-kepuk gitu? Ini saya nak tegaskan bahawa segala pendedahan disini adalah berasaskan bukti-bukti yang dilaporkan di media massa dan akhbar.

Beralih pula kepada para pelancong dari India yang turut sama menghilangkan diri selepas masuk ke negara kita, Malaysia tercinta ini dan belum di kesan dan dijejaki oleh pihak-pihak berkuasa Malaysia. Pelancong-pelancong India ini tak adalah gah nak menunjuk-nunjuk duit berkepuk sebab mereka yang datang kesini sebenarnya adalah golongan yang mencari peluang kerja dan cari makan tetapi tidak melalui cara yang sah. Mereka menghilangkan diri ke dalam masyarakat India Malaysia dan tak ditangkap sebab pihak-pihak Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam usaha untuk menjejaki pendatang-pendatang asing ini.


CARA-CARA BANTERAS MASAALAH PENDATANG ASING YANG MENGHILANGKAN DIRI:

Pihak Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri mesti menjalankan penguatkuasaan pemeriksaan dan saringan ke atas semua orang yang ada di dalam negara kita ini secara teratur dan betul-betul mengikut kaedah yang terbukti berkesan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman, Singapura dan sebagainya.

Cara nya mudah jika betul-betul nak buat kerja mengesan pelancong-pelancong China, India, Myanmar, Pakistan, Nepal, Nigeria dan lain-lain negara.

  • Mahu tak mahu, mereka yang menghilangkan diri ini atau menyelinap masuk ke dalam masyarakat Malaysia dan menyamar sebagai rakyat negara ini akan cuba untuk memperbaharui lesen atau dokumen rasmi menggunakan MyKad Palsu yang telah mereka beli dari pegawai-pegawai JPN yang korup itu atau dari sindiket-sindiket yang buat kerja haram ni.
  • Bilamana pegawai kerani atau petugas kaunter mengesyaki bahawa si-polan yang berada di hadapan mereka itu ada masaalah untuk bertutur atau berkomunikasi didalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia, terus arahkan masuk ke bilik pengesahan kerakyatan.
  • Di bilik pengesahan kerakyatan, wajib menunjukkan bukti sijil kelahiran atau sijil kewarganegaraan bagi mereka yang mendakwa jadi warganegara Malaysia.
  • Mereka wajib mengambil ujian kerakyatan dimana mereka perlu menulis jawapan kepada soalan soalan wajib yang asas (contoh) seperti:
  1. Bilakah tarikh Kemerdekaan Malaya;
  2. Bilakah tarikh Pembentukan Malaysia;
  3. Berapa jumlah Negeri-negeri dalam Malaysia;
  4. Namakan Negeri-negeri tersebut;
  5. Berapakah Wilayah Persekutuan didalam Malaysia;
  6. Dimanakah terletak ibunegara Malaysia;
  7. Apakah nama DYMM Seri Paduka Baginda YDPA sekarang?
  8. DYMM SPB YDPA ke berapa sekarang?
  9. Dari Kesultanan manakah Baginda?
  10. Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang?
  11. Bilangan keberapakah PM sekarang?
  12. Dari Negeri apakah PM sekarang berasal;
  13. Apakah nama Lagu Kebangsaan Malaysia;
  14. Nyanyikan Lagu Kebangsaan Malaysia;
  15. Apakah nama Bendera Negara Malaysia;
  16. Berapa kah bilangan jalur di Bendera Malaysia;
  17. Berapakah jumlah bucu kepada bintang di dalam Bendera Malaysia;
  18. Apakah Bahasa Kebangsaan Malaysia;
  19. Apakah Agama Rasmi Negara Malaysia;
  20. Apakah Rukunegara Malaysia;
  21. Bacakan Rukunegara Malaysia;
  22. Di manakah Undang-undang Negara Malaysia di gubal?
  23. Gabungan parti-parti politik manakah Kerajaan Persekutuan Malaysia;
  24. Dan sebagainya.
Andaikata mereka tidak dapat menjawab dengan betul atau tidak tahu berbahasa Malaysia, maka dokumen mereka hendaklah di rampas serta-merta dan mereka di tahan oleh pihak Imigresen da di serahkan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia untuk di siasat dan di hadapkan ke Mahkamah di atas tuduhan cuba mendapatkan sesuatu dokumen rasmi pengenalan diri secara tidak sah dan haram.

Percayalah! Hanya dengan menapis dan menyaring setiap permohonan lesen atau kad dokumen rasmi penduduk dan warganegara seperti ini, masaalah pendatang asing secara tidak sah boleh di hapuskan.

Cuba semak jumlah soalan soalan yang perlu di jawab oleh setiap pemohon kewarganegaraan Amerika Syarikat? Klik disini


Ini baru sebahagian dari contoh soalan-soalan yang perlu di jawab oleh setiap pemohon kewarganegaraan Amerika Syarikat. Tidak mudah. Bukan seperti di Malaysia ini.

Suap beberapa ratus atau ribuan ringgit sahaja, sudah boleh dapat MyKad atau Paspot Malaysia Palsu!


Mana perginya Maruah Bangsa dan Negara???

Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mengesahkan kewarganegaraan. Cuba ikuti kisah seorang remaja berusia 14 tahun (6 tahun dahulu), Yanesha yang terpaksa menjalani ujian DNA untuk mengesahkan bahawa ayahnya adalah seorang warganegara Malaysia. Klik disini untuk membaca kisah nya.


Saya menyeru pihak berkuasa Malaysia supaya berhenti menyalahkan semua pihak pihak terdahulu. Tidak akan menyelesaikan masaalah ini.

Kuatkuasakan undang-undang seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini. Mulakan dengan melakukan saringan kewarganegaraan di kawasan Selangor dan Malayan Mansion yang sekarang ini sudah di kepong dengan kawat berduri serta di kawal anggota polis dan tentera.


Masuk dan periksa setiap orang yang kini terperangkap di dalam kedua blok Selangor dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sekarang juga untuk mengesan pendatang-pendatang asing yang sekian lama ini tidak tertangkap.



Sekarang Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan @ PKPD telah dilaksanakan di kawasan Selayang di mana terdapat ramai pendatang-pendatang asing. Tunggu apa lagi? Pergi lah memeriksa secara ketat setiap orang yang kini terkepong dengan jaringan kawat berduri yang tajam. Usah biarkan masa berlalu. Saya percaya mesti akan dapat di tangkap mereka yang masuk tinggal secara haram di dalam negara kita.

Selepas itu boleh lah pula kepong kawasan-kawasan di Chinatown pula untuk mengesan dan menjejaki pendatang-pendatang dari Negara China pula yang di katakan melebhi 70000 orang itu.

JANGAN CUMA BERI STATISTIK BEGITU BEGINI TETAPI MASIH NGANGA LEPAS TU MENGELUH MENGADU NASIB!

Friday, April 24, 2020

The Muslim Bloggers Alliance wishes every Muslim a Blessed Ramadhan!


We, the  members of The Muslim Bloggers Alliance, wish each and every Muslim, a Blessed Ramadhan!
As we all know, the Covid 19 pandemic is still posing a grave danger to all Mankind and thus, the authorities have ordered that we do not gather at the masjids or suraus as we usually do during Ramadhan to avoid spreading the lethal virus to others.
It is therefore, our duty to ensure the safety of others by practicing our faith in the confines of our homes during these times and practice good hygiene. If we have to go out to purchase our groceries, medicines, etcetera, please wear your face masks and adorn surgical gloves to avoid contamination.
Keep a safe distance from others and follow all safety regulations as advised.
May Allah protect us and keep us safe from harm.
Ameen.

Thursday, April 23, 2020

Al-Fatihah! Mohd Filus Ghazali MySC kembali ke Rahmatullah hari ini [26/12/1962-23/4/2020]



Pada hari ini,23hb April 2020 bersamaan 29hb Syaaban 1441 Hijrah, sahabat saya, Pengarah Filem dan Sinematografer, Mohd. Filus bin Ghazali telah kembali ke Rahmatullah akibat Serangan Jantung di Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan. 

 Saya mula mengenali Arwah Mohd Filus bila saya di jemput oleh alumni Bengkel Penulisan Skrin FINAS saya, Puan Roziah Ahmad, mewakili Pengarah Filem Tuan Syed Zulkifli bin Syed Masir @ Syed Zul Tojo untuk menonton filem Hijabsta Ballet arahan bersama Haji Thorpe Ali pada jam 10.30 pagi, bertempat di MM Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 13hb Julai, 2017.

Arwah Mohd Filus merupakan Sinematografer filem Hijabsta Ballet tersebut. Gambarfoto Arwah di atas adalah di antara gambar2 yang saya rakam selepas tayangan previu filem tersebut. 



Artikel asal tentang previu filem Hijabsta Ballet boleh di layari disini

Semoga ruh Arwah tenang di sana. Al Fatihah!


Monday, April 13, 2020

Tahukah anda??? Runtuhan Gereja St.Paul itu asalnya tapak Istana Kesultanan Melayu dan Masjid Agung Melaka!

* Paparan terbaik dalam tatapan 'View Web Version'



Saya percaya bahawa kebanyakan kita yang pergi bercuti dan melancong ke Bandaraya Bersejarah Kota Melaka sekarang ini dan gah berselfie serta berposing sakan di atas runtuhan Gereja St.Paul dan persekitarannya TIDAK SEDAR bahawa ditempat kita berdiri itulah TAPAK ASAL ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA dan MASJID AGUNG yang dihancur-musnahkan oleh para penjajah Portugis dahulu pada tahun 1511!

Kompleks Istana Kesultanan Melayu Melaka yang termasyhur itu di hancurkan oleh para penjajah Portugis termasuklah Masjid Agung Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan batu batu Istana Melaka serta Masjid Agung tu di gunakan penjajah untuk membina Gereja St.Paul mereka di tempat bersejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka terdiri sebegitu lama dahulu!

Hari ini, berpusu pusu (sebelum terjadinya wabak Covid-19) kita rakyat Malaysia dan para pelancung dari seluruh dunia beriya-iya ke Melaka dan bergambar di hadapan bangunan Stadhuys [pusat pentadbiran Penjajah Belanda] dan juga di runtuhan Gereja St.Paul [peninggalan penjajah Portugis] tanpa sedar bahawa TIADA SATU PUN PENINGGALAN BANGUNAN BERSEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA DI TINGGALKAN PENJAJAH KE HARI INI!!!

Mana dia para pejuang Bangsa Melayu serta Kerabat-kerabat Di-Raja Kesultanan Melayu yang mengaku sebagai pewaris Empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu?

Apa dia? Sudah tak ada? Kita kini di era zaman Sains dan Teknologi kurun ke 21???

Hello brader!

Janganlah ba alif ngang sangat sampai tidak tahu menghargai Warisan Melayu zaman berzaman!

Apa dia??? Malu mengaku sebagai Melayu???

Hello Syeh!

Tahu ke tidak bahawa Ketamadunan Melayu itu adalah yang tertua di rantau Asia Tenggara ini???


Tonton video di atas dan hadam ertikata bahawa Ketamadunan Melayu Kedah Tua di Sungai Batu adalah berusia 788 Tahun Sebelum Masehi!!! 

Kita perlu sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan realiti akan kewujudan Ketamadunan Melayu Kedah Tua yang kesan kesan peninggalan kerja kerja melebur besi tercanggih di zaman dahulu di jumpai pasukan arkaeologi dari Pusat Penyelidikan Arkaeologi Global [PPAG], Universiti Sains Malaysia yang diketuai Pengarah PPAG Professor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin pada tahun 2009.

Relau peleburan besi yang di ketemui di tapak arkaeologi Sg Batu, Tamadun Kedah Tua 


Professor Dato Dr Mokhtar Saidin di tapak arkaeologi Tamadun Kedah Tua Sg.Batu



Pakar pakar arkaeologi dari serata dunia hadir ke tapak penggalian arkaeologi Sg Batu, Kedah untuk melihat sendiri dan mengesahkan bukti bukti penemuan relau-relau peleburan besi dari Ketamadunan Kedah Tua yang berusia lebih dari 788 tahun sebelum Masehi. 

Segala bukti menunjukkan bahawa Ketamadunan Melayu itu adalah ketamadunan manusia yang tertua di Nusantara dan orang orang Melayu tidak perlu berasa malu berketurunan Melayu. Kemuncak ketamadunan Melayu boleh dikatakan berlaku semasa zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka namun bilamana berlakunya peristiwa penaklukan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15 pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis yang mempunyai misi menyekat kegemilangan Melaka sebagai pusat ketamadunan Islam di rantau Asia ini, sejarah kewujudan Istana Kesultanan Melayu Melaka dipadamkan dari lipatan sejarah oleh para penjajah Barat yang mahukan pengaruh Kristian mengambil alih identiti ketamadunan Melayu Melaka yang berteraskan Islam!

Lihatlah gambaran rupa sebenar Istana Kesultanan Melaka yang begitu gah gemilang sebelum di hancur luluhkan oleh penjajah Portugis! 
Istana sebenar merupakan bangunan yang mempunyai 7 tingkat! Bukannya sebagaimana dibina replika Istana Kesultanan Melayu Melaka seperti yang ada di Melaka sekarang. 

Ini terbukti dengan merujuk kepada illustrasi asal dari perkongsian orang orang Barat yang menulis tentang penaklukan Melaka oleh pejuang pejuang Salib Kristian Portugis di dalam penerbitan penerbitan mereka. Turut di gambarkan oleh para pengkaji sejarah menurut catatan para penulis Barat yang menggambarkan keadaan pelabuhan dan kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka.




Soalan saya adalah, kenapa pihak Kerajaan Malaysia sejak Merdeka tidak pernah berusaha untuk membina semula Istana Kesultanan Melayu Melaka di tempat asalnya?

Kenapakah dibiarkan Melaka terus dijajah dengan kehadiran runtuhan Gereja St.Paul di bukit yang dinamakan Bukit St.Paul dan tidak dikembalikan nama asal bukit tersebut serta di biarkan sahaja segala kesan kesan penjajahan Portugis dan Belanda menjadi mercu tanda Bandaraya Melaka yang penuh bersejarah?

Bangga ya?

Apa maknanya berkerajaan Kesultanan Melayu sedangkan monumen monumen bekas penjajah Portugis dan Belanda yang terus di agung agungkan!

Tuesday, April 07, 2020

Gombak Hillbillies - Covid 19 Blues



I just love this homegrown excellent singing group calling themselves ' Gombak Hillbillies' with their totally entertaining song titled 'Covid 19 Blues'!

If Ellen de Generes or Simon Cowell gets wind of their brilliant performance , I daresay that Gombak Hillbillies will surely get invited to perform at their platform and truly be famous all over the world!

Well done Gombak Hillbillies! You've made us Malaysians proud to have such huge talents at home. You deserve to go international once Covid 19 ceases!